Sabtu, 22 Mei 2010

Pelancaran Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' Di Dataran Labuan




Setelah setahun menunggu, akhirnya pada 22 Mei 2010 bersamaan hari sabtu, Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' terbitan pertama Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan PERWILA akhirnya dilancarkan dengan rasminya di Dataran Labuan.

Majlis Pelancaran Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah.

Antologi Puisi 'Sepulau Sekasih Kita' ini memuatkan 115 buah puisi hasil karya 11 orang penulis Labuan. Tema puisi yang terkandung dalam antologi ini adalah terdiri daripada pelbagai sudut pandangan dan buah fikiran sama ada mengenai pengalaman, nasihat atau yang berbentuk kritikan dan cita rasa para penulis dalam kehidupan atau pengalaman masing-masing.

Dari kanan Y.Bhg. Datuk Hj. Yunus Bin Hj. Kurus, Hjh Hasnah Sambas, Y.B. Kol (K) Datuk Yussof Bin Hj. Mahal ( Ahli Parlimen WP Labuan), Y.B. Datuk Hj. Hajiji Bin Hj. Noor (Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah), Dr. Harun Hj. Pudin (Ketua 1 PERWILA), Hj. Othman Mahali (Bendahari PERWILA), Rafidah Mohamad (P.Setiausaha PERWILA), Norgadis Labuan (AJK PERWILA) dan Suili Bahar ANS (AJK PERWILA)




Majlis Pelancaran Antologi 'Sepulau Sekasih Kita'


Saudara Abdul Laham Ludin mendeklamasi puisi 'Sepulau Sekasih Kita' Karya Samsa Harris


Pengunjung yang hadir



Gerai Jualan Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA