Sabtu, 12 Jun 2010

Kembara Sastera PERWILA ke Beaufort

Kembara Sastera PERWILA meneruskan perjalannya dari Lawas dan bertemu karyawan Beaufort pada 12 Jun 2010, Sabtu.

Kembara Sastera PERWILA sempat singgah dan bergambar di Sipitang

Ketibaan Kembara Sastera PERWILA di Beaufort telah disambut oleh Sdr Matbali Hj Musah yang merupakan pengerusi penganjur sambutan Kembara Sastera PERWILA di Beaufort.



Kami berehat sebentar disalah sebuah restoran dan bersembang-sembang dengan Sdr Matbali sebelum kami ke Pejabat Kemas untuk majlis sambutan.


Ketibaan Kembara Sastera PERWILA di Pejabat Kemas Beaufort disambut dengan irama kulingtangan dari Kumpulan Gema Warisan Beaufort



Kembara Sastera PERWILA bersama karyawan Beaufort


Sdr Matbali Hj Musah membaca puisi karya Shamsa Harris "Sepulau Sekasih Kita"



Hajjah Hasnah, N Athirah dan Najwa N mempersembahkan bacaan puisi


Penyampaian Cenderakenangan Kepada Sdr Matbali Hj Musah dan Penyampaian Cek Bernilai RM 1,000 Kepada Rumah Anak-Anak Yatim Al-Aman Beaufort oleh Ketua Rombongan Kembara Sastera PERWILA Sdr Sahar Misron


Bergambar Bersama kumpulan Gema Warisan Beaufort dan Cenderakenangan dari Sdr Matbali Hj Musah untuk Kembara Sastera PERWILA


Bergambar ramai bersama Kembara Sastera PERWILA dan karyawan Beaufort

Terima kasih kepada Sdr Matbali Bin Hj Musah, pengerusi penganjur sambutan Kembara Sastera PERWILA dan juga terima kasih kepada Kumpulan Gema Warisan Beaufort serta semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Kembara sastera PERWILA di Beaufort.

Datang ke Beaufort dihari sabtu,
datang bersama teman dan rakan,
walaupun jauh berbatu-batu,
kenangan indah tetap disimpan.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA