Sabtu, 29 Mei 2010

Minggu Ke 4. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA

Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA, minggu yang ke 4 yang berjalan pada sabtu 29 mei 2010 ini berjalan dengan lancar sekali walaupun sambutan dari para pelajar amat berkurangan memandangkan cuti sekolah baru saja bermula.

Seperti biasa, acara pagi dimulakan dengan senam seni 1 Malaysia yang dibimbang oleh Haji Yusof Bin Haji Chuchu bersama dengan ahli kumpulannya.



Senam Seni 1 Malaysia


Penyampaian Hadiah Pemenang Pantun (Keputusan Seri Lelaki Dan Perempuan)


Gambar Kenangan Bersama Hadiah



Bacaan puisi


Minggu ini PERWILA menjemput Cik Rafidah Binti Mohamad untuk memberi ceramah berkenaan cerita pendek atau lebih dikenali sebagai cerpen. Cik Rafidah juga memberi pendekatan dan tunjuk ajar bagaimana menulis cerpen dengan baik.



Terima Kasih Kepada
Kumpulan Tenaga Pengajar Senam Seni, AJK PERWILA, Hjh Hasnah Sambas, Hj Othman Mahali, Suili Bakar, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabia Aisah, N Athirah , Nurzafirah Nadirah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 4 program promosi kesihatan dan kesenian ini.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA