Isnin, 27 September 2010

Kembara Seminar Penulisan di SMK Mutiara oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Kali ini Tuan Resmanshah bersama PERWILA berkunjung pula ke SMK Mutiara yang merupakan sekolah mempunya dua aliran iaitu aliran agama dan biasa. Pelajar di SMK Mutiara ini aktif dalam sukan, lakonan, nasyid, dikir barat, pantun, syarahan dan aktiviti lain.



Kelihatan ahli PERWILA Norgadis Labuan, Suili Bakar (ANS), Rafidah Mohamad, Hajjah Hasnah turut bersama menemani Tuan Resmanshah dalam seminar beliau.


Kelihatan para pelajar di bilik seminar yang cukup luas dan cantik


Respon yang baik dari para pelajar di SMK Mutiara terhadap ceramah Tuan Resmanshah membuatkan sesi seminar itu ceria dan meriah.


Hari kedua...28 September 2010, Kami telah difahamkan bahawa bilik seminar untuk ceramah penulisan telah dipindah ke tingkat satu memandangkan bilik seminar sebelum ini, digunakan untuk mesyuarat.

Para pelajar menghayati cerita pengalaman dan didikan agama yang dikongsikan oleh Tuan Resmanshah


Cikgu Masri Ayong mewakili SMK Mutiara menyampaikan cenderahati kepada Tuan Resmanshah dan Tuan Suili Bakar (ANS) juga turut menerima cenderahati mewakili PERWILA



Kesibukan Tuan Resmanshah menandatangani novel dan buku beliau


Suara Resmanshah KLIK SINI

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA