Rabu, 12 September 2018

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Malaysia Ke-32, Tahun 2018

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Malaysia Ke-32, Tahun 2018, Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti berikut;

Tarikh Saringan: 22hb September 2018 (Sabtu)
Tarikh Sayembara Akhir: 23hb September 2018 (Ahad)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Auditorium Anjung Budaya, Taman Damai, W. P. Labuan

TUJUAN

  1. Memilih peserta mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke-32.
  2. Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi.
  3. Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi.
  4. Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi.


SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun keatas dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya dua tahun. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2017) tidak dibenarkan menyertai.


PUISI PILIHAN

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014.

Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.



PENDAFTARAN / PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, sila hubungi;

017-835 4504 (En. Gabriel Kimjuan) atau 014-560 9573 (Haji Suili Bakar)

Rabu, 5 September 2018

Selamat Hari Merdeka Dan Selamat Hari Malaysia Dari PERWILA


Kamilah Pewaris Malaysia Baharu
Memartabat Bangsa Penyambung Tradisi
Sayang Malaysiaku

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA