|  | 
| Tuan Haji Othman Bin Mahali, Ketua Satu PERWILA dianugerahkan Tokoh Bahasa, Sastera dan Budaya Wilayah Persekutuan Labuan 2015 | 
Sabtu, 31 Oktober 2015
Keratan Akhbar: Angkat Martabat Bahasa Melayu
Rabu, 23 September 2015
SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK (SDS) ANTARA JABATAN KERAJAAN
SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK (SDS) ANTARA
JABATAN KERAJAAN
2. SYARAT PENYERTAAN
3. SISTEM PENGHAKIMAN & HAKIM
4. TEKS SAJAK
SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2015
1.  PENGANJUR 
Pertandingan
ini  dianjurkan oleh PERWILA dengan kerjasama Jabatan
Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah.
2. SYARAT PENYERTAAN
Pertandingan ini
hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan kerajaan sahaja. Setiap jabatan
hanya dibenarkan menghantar satu (1) orang 
peserta sahaja. 
Pegawai/Kakitangan
kerajaan yang menang tempat pertama, ke-2 
dan  ke-3 dalam Sayembara
Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2015 tidak dibenarkan menyertai. 
Peserta
dikehendaki  mengisi Borang  Penyertaan 
yang  boleh  dimuat turun  dari blog ini atau dapatkan sesalinan di Pejabat  Pelancongan, Kebudayaan
dan Kesenian  Perbadanan  Labuan 
(Tingkat  1,  Wisma Perbadanan). Borang yang
lengkap  diisi hendaklah dikembalikan
bersama 3 salinan teks sajak pada atau
sebelum 21 Oktober 2015 kepada: 
Urus Setia SDS PERWILA 
d/a Perpustakaan Kolej
Maktrikulasi Labuan 
u.p.: En. Francis Labi.
(Borang dan risalah di atas boleh dicetak menggunakan kertas bersaiz A4. Klik kanan dan 'Save Image As...')
3. SISTEM PENGHAKIMAN & HAKIM
Sistem
penghakiman dan hakim akan disediakan oleh PERWILA.
4. TEKS SAJAK
Peserta
dikehendaki memetik 1 teks sajak dari Buku
Antologi Puisi Sepulau Sekasih Kita (SSK) terbitan PERWILA. Buku antologi puisi
SSK boleh dibeli dari urus setia dengan harga RM10.00 senaskhah. 
5.  HADIAH 
Setiap peserta
akan menerima sijil penyertaan dan hadiah pemenang adalah seperti berikut:
I. Johan                         RM300.00
II. Naib Johan                RM200.00
III. Tempat Ke-3
           RM150.00 
IV.  Saguhati bernilai   RM50.00 (6 hadiah)
6.  TARIKH & TEMPAT 
Saringan :        30.10.2015
(Jumaat) Masa: 8:00 malam 
Akhir      :        31.10.2015 (Sabtu)     Masa: 2.00 petang
Tempat   :         Anjung Budaya, Taman Damai,
Layang-Layangan
Majlis penyampaian
hadiah akan diadakan pada 1 November
2015 (Ahad)
7.  TEMA PAKAIAN PESERTA 
Oleh kerana
program ini adalah bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, semua peserta dikehendaki memakai
pakaian kebangsaan.
Selasa, 15 September 2015
Sani La Bise Dinobat Johan SDPK 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan
|  | 
| Penganjur bergambar bersama peserta SDPK 2015. | 
SDPK 2015 Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan ini diadakan di ruang pameran Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan sebagai jalinan kerjasama untuk mempromosikan Pameran Kemerdekaan 2015 yang sedang berlangsung di ruang tersebut.
SDPK yang dianjurkan oleh PERWILA bertujuan memilih peserta yang akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke SDPK Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 16 hingga 18 Oktober 2015 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Dalam SPDK ini setiap peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014.
Dalam SDPK ini, Sani Bin La Bise (Labuan International School) yang mendeklamasikan puisi berjudul Merdekakah kita, karya Hashim Yaacob mendapat pungutan markah sebanyak 271 sekaligus dinobatkan sebagai Johan SDPK 2015 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Sani Bin La Bise menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 200.00 di samping sijil penghargaan dan juga hadiah hamper.
|  | 
| Ketua Satu PERWILA menyempaikan hadiah kepada Johan SDPK 2015, disaksikan oleh Ketua 2 PERWILA. | 
Naib Johan pula disandang oleh Abdul Laham Bin Rudin mewakili Jabatan Kesihatan dengan markah terkumpul 250 mendeklamasikan puisi berjudul Bicara Merdeka Buat Generasi Muda, karya Nordin Hashim manakala Haji Alias Bin Hussin menduduki tempat Ke-3 dengan markah 229 melalui puisi berjudul Mengisi Rumah Merdeka, yang ditulis oleh Ratna Laila Shahdin.
Naib Johan menerima hadiah tunai berjumlah RM 150.00, sijil penghargaan dan hadiah hamper. Tempat Ketiga SDPK pula menerima wang tunai RM100.00, sijil dan hadiah hamper.
Peserta yang mendapat hadiah saguhati SDPK 2015 ialah Hartini Binti Tengah - Senandung Bonda Kandung (karya Zurinah Hassan), Rizuan Bin Asmarah - Tunas Pahlawan (karya Abdul Karim Gullam), Mohd. Ridwan Irfan B. Nasip - Merdekakah kita (karya Hashim Yaacob), Mohd Nasrul Azmi - Landskapkan Cadangkan Merdeka (karya Meriam Awang Cah), Mohd Waffie Bin Matdin - Merdekakah kita (karya Hashim Yaacob), NUR Liyana Binti Sahudi - Zikir Merdeka, (karya Jamilah Harun) dan Azraidie Bin Jasni - Tunas Pahlawan (karya Abdul Kalim Gulam). Kesemua peserta yang mara ke peringkat akhir turut diberikan sijil penghargaan dan hadiah hamper yang disumbangkan oleh Bank Kerjasama Rakyat, Cawangan Labuan.
Berita berkaitan:
Selasa, 1 September 2015
Keratan Akhbar: PERWILA terus berdiri teguh dalam martabat dunia sastera negara
|  | 
| Utusan Malaysia, Khamis, 27.08.2015, Muka Surat 27 | 
Perwila terus berdiri teguh dalam martabat dunia sastera negara
LABUAN 26 Ogos - Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (Perwila) bertekad untuk terus memartabatkan bidang kesusasteraan di negara ini khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Ketua Satu Perwila, Othman Mahali berkata, persatuan itu mempunyai kerjasama baik serta sentiasa berganding rapat dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sejak 30 tahun lalu dalam menganjurkan pelbagai program dan aktiviti berkaitan sastera, bahasa dan budaya di negara ini.
Selain itu katanya, Perwila juga mendapat tunjuk ajar daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di peringkat Pusat dan Cawangan Sabah dalam membantu melancarkan program anjuran persatuan itu.
"Perwila berperanan menyumbang kepada pembangunan pemikiran masyarakat melalui penghasilan karya yang bermutu dan berkualiti seperti penulisan cerpen dan novel, puisi, teater dan drama.
"Sehubungan itu, Perwila akan terus berjuang dalam memartabatkan bidang kesusasteraan di negara ini, selain menjaga kebajikan ahli yang bergiat aktif dalam memperjuangkan bidang sastera, bahasa dan budaya di Wilayah Persekutuan Labuan" katanya ketika berucap sempena Majlis Semarak 30 Tahun Perwila, di sini baru-baru ini.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang juga Penaung Perwila. Program tersebut mendapatkerjasama dan komitmen daripada Perbadanan Labuan, Gapena,.
DBP Cawangan Sabah dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML).
Yang hadir sama Pengarah DBP Cawangan Sabah, Asmiah Ajamain;Setiausaha Agung Gapena, Hamzah Hamdani; Ketua Dua Perwila, Sahar Misron dan wakil KML,Nor Azam Ali.
Dalam majlis tersebut, bekas Ketua Satu Perwila, Prof. Madya Dr. Harun Pudin dan Othman Mahali masing-masing menerima Anugerah Khas Tokoh Perwila dan Anugerah
Sasterawan Perwila 2015.
Watikah penghargaan turut diberikan kepada Pengasas Perwila termasuk Allahyarham Datuk Seri Mohamed Omar Bledram (Ketua Satu), Ahmad Badri Mardi (Ketua Dua), Othman Mahali (Setiausaha), Ismail Gustim (Penolong Setiausaha) dan Allahyarham Ibrahim Ismail (Bendahari). Lapan lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) turut diberi penghargaan iaitu Abd. Rahman Daud, Hasnah
Sambas, Ab. Rani Embi, Mahmud Ahmad, Idris Uchat, Sarawallieh Ashrin, Hussin Mohd. Walli dan Ismail Kasah.
Perwila turut memberikan pengiktirafan kepada ahlinya yang berkhidmat tidak kurang 25 tahun iaitu Abd. Rahman Lamudin (1987-2015) dan Hasnah Sambas (1985-2015) yang menerima Anugerah
Khas Setia Bakti, sementara Tawil Baddu (1987-2015) dan Fatimah Ibrahim (1989-2015) menerima Anugerah Khas Setia Bakti.
Anugerah Penggerak Bahasa dan Sastera Budaya pula diberikan kepada Sahar Misron dan Masmah Mohd. Ali.
Sumber: Utusan Malaysia
Jumaat, 28 Ogos 2015
Khamis, 27 Ogos 2015
Keratan Akhbar: Othman Mahali dinobat Sasterawan PERWILA 2015
|  | 
| New Sabah Times, Bahasa Melayu, 26 Ogos 2015 (Muka Surat 8, petak 4) | 
Rabu, 19 Ogos 2015
KEPUTUSAN RASMI SAYEMBARA PENULISAN PUISI 30 TAHUN PERWILA
LAPORAN PENYERTAAN
Sebanyak
47 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia. 
LAPORAN PENILAIAN
Jabatan
Sastera Ikhtisas, Kolej Matrikulasi Labuan yang dilantik sebagai panel penilai
puisi telah memutuskan bahawa penilaian puisi adalah berdasarkan tema, diksi
dan keindahan bahasa.
ULASAN PENILAI
“Puisi bertema bebas
seperti yang dimaklumkan oleh pihak penganjur (PERWILA) membolehkan setiap
puisi mempunyai kekuatan yang tersendiri. Oleh itu, pihak penilai telah membuat
turutan pemilihan puisi berdasarkan perkaitan dengan sambutan 30 tahun PERWILA tanpa menyentuh sentimen perkauman, politik, agama dan individu.”
SENARAI
PEMENANG SAYEMBARA PENULISAN PUISI SEMPENA 30 TAHUN PERWILA
A. PEMENANG KATEGORI
MALAYSIA
| 
KEDUDUKAN | 
TAJUK | 
NAMA PENULIS | 
HADIAH (RM) | 
| 
JOHAN           | 
PERWILA | 
Muhamad
  Muzhafar B. Hamzah | 
1,000.00 | 
| 
NAIB
  JOHAN | 
Tiga
  dekad PERWILA | 
Suili Bin Bakar | 
700.00 | 
| 
 TEMPAT KE-3 | 
Doa
  buat PERWILA | 
Rozeline
  Vitalis | 
500.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Aku
  ingin bebas | 
Buck
  Lee Pik Seng | 
300.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Dia
  Sang Pujangga | 
Muhammad
  Azri  Bin Store Paip | 
300.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Busur
  Keramat Ibunda | 
Siti
  Nazurah Binti Mohd Kamel | 
300.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Panggung
  Seni | 
Kamal
  Bin Ishak | 
300.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Sebuah
  Persahabatan | 
Aminah
  Binti Azman | 
300.00 | 
|  |  | 
JUMLAH | 
3,700.00 | 
B. PEMENANG KATEGORI
LABUAN
| 
KEDUDUKAN | 
TAJUK | 
NAMA PENULIS | 
HADIAH (RM) | 
| 
JOHAN           | 
Semangat
  Ukuhuwah | 
Kimberly
  Carmelia Kenadie | 
700.00 | 
| 
NAIB
  JOHAN | 
Tari
  Penaku | 
Mazlan
  Bin Mohamad | 
500.00 | 
| 
 TEMPAT KE-3 | 
Pintu
  Dunia | 
Masmah
  Binti Mohd Ali | 
400.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Impian
  Sang Kupu-kupu | 
Rafidah
  Binti Mohamad | 
250.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Pasrah
  Di Bumimu | 
Mazli
  Bin Mohamad | 
250.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Taman | 
Rabia
  Aisah Binti Mazlan | 
250.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Perjalanan
  Waktu | 
Sani
  Bin La Bise | 
250.00 | 
| 
SAGUHATI | 
Tentang
  Aku, Dia dan Mereka | 
Gabriel
  Kimjuan | 
250.00 | 
|  |  | 
JUMLAH | 
2,850.00 | 
Langgan:
Ulasan (Atom)
PERWILA
Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985.  Persatuan ini  dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini. 
Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA
 
 



