Memaparkan catatan dengan label Jemputan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jemputan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2022

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2022

 UNTUK WARGA LABUAN !


SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2022

*Peringkat Saringan*

19 Ogos 2022 (Jumaat)

2.30 petang - 5.30 petang


*Peringkat Akhir*

20 Ogos 2022 (Sabtu)

09.30 pagi - 12.30 tengah hari


Orang Ramai Dijemput Hadir Bagi Meraikan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Labuan 2022.


Kehadiran anda amatlah dihargai bagi menjadikan satu hari setiap tahun sebagai perayaan untuk golongan penulis.


Kepada peserta yang berminat menyertai sayembara ini, sila klik pautan di bawah untuk pendaftaran.

https://forms.gle/1onC3WsaN1yYHo9d7

Rabu, 12 September 2018

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Malaysia Ke-32, Tahun 2018

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Malaysia Ke-32, Tahun 2018, Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti berikut;

Tarikh Saringan: 22hb September 2018 (Sabtu)
Tarikh Sayembara Akhir: 23hb September 2018 (Ahad)
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Auditorium Anjung Budaya, Taman Damai, W. P. Labuan

TUJUAN

  1. Memilih peserta mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke-32.
  2. Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi.
  3. Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi.
  4. Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi.


SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun keatas dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya dua tahun. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2017) tidak dibenarkan menyertai.


PUISI PILIHAN

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014.

Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.



PENDAFTARAN / PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan untuk pendaftaran, sila hubungi;

017-835 4504 (En. Gabriel Kimjuan) atau 014-560 9573 (Haji Suili Bakar)

Khamis, 23 Jun 2016

Majlis Lima Jiwa Satu Hati (MAJLISAH)

 
Y. B Datuk/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Encik/Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa  Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) akan mengadakan program Majlis Lima Jiwa Satu Hati (MAJLISAH) pada 26 & 27hb Jun 2016 bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan dan SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan.

MAJLISAH adalah program yang dijalankan secara kerjasama oleh PERWILA, Kolej Matrikulasi Labuan, Grup Bersama Terbitkan Antologi (BeTA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan SMK. Pantai, W. P. Labuan.

Program ini bertujuan memasyarakatkan penulis, menyemarakkan seni bahasa dan persuratan agar dapat memugarkan kecintaan masyarakat Labuan terhadap sastera dan Bahasa Kebangsaan.

Pengisian Program

Tarikh: 26 Jun 2016 (Ahad)
Tempat: Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan
Peserta: Warga KML dan masyarakat di W. P. Labuan

9:00 Pagi - 11:00 pagi
- Majlis Perasmian MAJLISAH oleh Y. B Ahli Parlimen P66 Labuan
(Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Kampung di Wilayah Persekutuan Labuan dijemput hadir)

-Pelancaran buku-buku terbitan PERWILA dan BeTA

11:00 pagi - 1:00 petang
Bedah Buku Terbitan PERWILA (Mawar Merah)

2:00 petang - 4:00 petang
Pertandingan Deklamasi Sajak

Tarikh: 27 Jun 2016 (Isnin)
Tempat: Dewan SMK Pantai, W. P. Labuan
Peserta: Warga SMK Pantai

9:00 pagi -  11:00 pagi
Wacana Puisi: Inspirasi dan Motivasi Di SMK Pantai

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Aizamin Abd Aziz (019-4488 428)

Selasa, 5 Mei 2015

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERWILA BIL. 01/2015


Kepada;
* Semua AJK PERWILA,
Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan-tuan dan puan-puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat AJK PERWILA pada ketetapan seperti berikut:


  • Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pantai,
  • Tarikh   : 8 Mei 2015
  • Hari      : Jumaat
  • Masa    : 8:00 malam

Sebarang usul boleh dihantar melalui e-mail atau SMS ke nombor 016-8023456 selewat-lewatnya pada jam  2 petang pada 8 Mei 2015.

Kehadiran tuan/puan amat diperlukan untuk melancarkan aktiviti PERWILA.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

(FRANCIS LABI)
Setiausaha PERWILA 2015/2017.

* Tuan/puan yang dijemput ke mesyuarat ini akan menerima sms atau panggilan telefon.


Rabu, 22 April 2015

Jemputan Menghadiri Bengkel Pemantapan Organisasi PERWILA 2015


Bengkel Pemantapa Organisasi PERWILA 2015 ini diadakan adalah untuk menambah baik pengurusan persatuan oleh AJK-AJK yang dilantik.  Bengkel yang dihadiri oleh ..... AJK tersebut mendapat bimbingan daripada Puan Rafidah Mohamad.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT)

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) 
17 - 18 September 2014 (Negara Brunei DS)

Tema: "Sastera dalam Media Baru: Potensi dan Sumbangan" 

Antara Pemakalah: 

Tuan Hj Md Rojan (kertas Perdana),
Prof. Koh (Korea), Berthold (German), 
Henrik Lambert (Prancis), 
Prof Henrik Mier (Holland), 
Norman Kru (Besar Kemungkinan), 
Wakil penerbit Upin Ipin, Prof Kratz (Britain) dan ramai lagi. 

Festival Teater MASTERA 
17 - 19 September 2014 

Kump. Putra Seni Brunei Grup Teater Indonesia 
Pemain Monodrama Malaysia 
Kump Teater Singapore. 

18 sept 2014 (malam) 
Penyampaian Anugerah Sastera MASTERA.

AHLI PERWILA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 20 Ogos 2014

Senarai Ahli PERWILA Yang Bakal Menghadiri Mahrajan Dan Dialog Teluk

MAHRAJAN PERSURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE 3 Di Binsulok Membakut
(21-22 OGOS 2014)
Wakil PERWILA

1. Hjh. Hasnah Sambas
2. Hj. Suili Bakar
3. Masmah Mohd Ali
4. Gabriel Kimjuan
5. Nurzafirah Nadirah binti Abbas

DIALOG TELUK KE-9 Di Beaufort Sabah (23-24 OGOS 2014)
Wakil PERWILA

1. Hjh. Hasnah Sambas
2. Hj. Suili Bakar
3. Masmah Mohd Ali
4. Gabriel Kimjuan
5. Nurzafirah Nadirah binti Abbas
6. Aizamin Abd Aziz

Isnin, 7 April 2014

Bengkel Menulis Novel

Bengkel Menulis Novel 2014

Terbuka kepada penulis WP Labuan 15 tahun ke atas.

Tarikh 
11-13 April 2014

Tempat 
SMK Pantai WP Labuan

Rabu, 8 Mei 2013

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERWILA (01) 2013



Tuan/Puan,

Kepada semua AJK PERWILA, tuan/puan dengan hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat AJK PERWILA sebagaimana maklumat berikut:

Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pantai,
Tarikh : 8 Mei 2013
Masa : 7.45 malam

Kehadiran tuan/puan amat diperlukan untuk mensirnakan lagi PERWILA

info: Rosminah Jambol (SU PERWILA 2013/2015)

Khamis, 25 April 2013

Jemputan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan PERWILA 2013



Tuan/Puan,


JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PERWILA 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Adalah dimaklumkan mesyuarat di atas akan diadakan mengikut ketetapan di bawah.

     2.1   Tarikh   : 30 April 2013 (SELASA)
     2.2   Masa    : 07.30 malam
     2.3   Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Pantai, WP Labuan

3.   Segala perhatian dan kerjasama amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.



       Yang benar,
(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Khamis, 11 April 2013

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERWILA KE-11 2013



Tuan/Puan,


JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERWILA  KE-11 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Adalah dimaklumkan mesyuarat di atas akan diadakan mengikut ketetapan di bawah.

     2.1   Tarikh   : 13 April 2013 (Sabtu)
     2.2   Masa    : 08.00 malam
     2.3   Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Pantai, WP Labuan

3.   Agenda:
      3.1   Ucapan Pengerusi
      3.2   Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
      3.3   Perkara berbangkit
      3.4   Menentukan tarikh, masa dan tempat untuk mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2013
      3.5   Laporan Kewangan
      3.6   Hal-hal lain

4.   Segala perhatian dan kerjasama amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.



       Yang benar,
(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Sabtu, 16 Februari 2013

Jemputan Mesyuarat Ke-3 DBK Ke-11 2013



Datuk/Tuan/Puan,


JEMPUTAN MESYUARAT KE-3 DBK KE-11 2013

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Adalah dimaklumkan mesyuarat di atas akan diadakan mengikut ketetapan di bawah.

     2.1   Tarikh   : 25 Februari 2013 (Isnin)
     2.2   Masa    : 02.00 petang
     2.3   Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat 10, Menara Perbadanan, WP Labuan

3.   Agenda:
      3.1   Ucapan Pengerusi
      3.2   Mengesahkan minit mesyuarat 5/10/2012
      3.3   Perkara berbangkit
      3.4   Laporan oleh Jawatankuasa kecil
      3.5   Hal-hal lain yang berkaitan, jika ada

4.   Segala perhatian dan kerjasama amatlah dihargai dan terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih.


Sekian, terima kasih.



       Yang benar,
(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Selasa, 8 Januari 2013



AJK Dan Ahli Perwila


Tuan/Puan,


Mesyuarat AJK Persatuan Penulis Wilayah Persekutun Labuan(PERWILA) Ke-10

Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dengan ini Tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah.

Tarikh : 9 Januari 2013 (Rabu)

Masa : 08.00 malam

Tempat : SMK Pantai, WP Labuan

Kehadiran Tuan/Puan sangat-sangat diharapkan demi melancarkan perjalanan aktiviti PERWILA.

Sekian, terima kasih.



       Yang benar,
(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Jumaat, 30 November 2012

Perbincangan Pelantikan Urus Setia DBK Ke-11



Perbincangan Pelantikan Urus Setia dan AJK DBK Ke-11 akan diadakan pada ketetapan berikut

Tarikh: 7 Disember 2012 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: SMK Pantai WP Labuan

Selasa, 6 November 2012

Jemputan Mesyuarat AJK PERWILA Ke-9



AJK Dan Ahli Perwila


Tuan/Puan,


Mesyuarat AJK Persatuan Penulis Wilayah Persekutun Labuan(PERWILA) Ke-9

Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dengan ini Tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah.

Tarikh : 10 November 2012 (Sabtu)

Masa : 08.00 malam

Tempat : SMK Pantai, WP Labuan

Kehadiran Tuan/Puan sangat-sangat diharapkan demi melancarkan perjalanan aktiviti PERWILA.

Sekian, terima kasih.



       Yang benar,
(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Rabu, 10 Oktober 2012

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012


Saringan
Tarikh: 12 Oktober 2012
Masa: 9.00 pagi dan 2.30 petang
Tempat: Jabatan Penerangan Labuan, Ujana Kewangan WP Labuan.


Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 diadakan pada 
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 7.30 malam
Tempat: Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan Labuan.

Jumaat, 14 September 2012

Jalinan Mesra Aidilfitri PERWILA 2012

Tarikh: 15 September 2012
Masa: 10.30 pagi
Tempat: SMK Pantai Labuan

Semua ahli PERWILA dijemput hadir.

Jumaat, 17 Ogos 2012

BENGKEL PENULISAN KREATIF

BENGKEL PENULISAN KREATIF KOTA KINABALU,  YANG DISEKALIKAN DENGAN PERKAMPUNGAN PENULIS GAPENA, AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 1-2 SEPTEMBER 2012( SABTU-AHAD)
TEMPAT:HOTEL YAHO, SEMBULAN KOTA KINABALU.
MASA: MULA JAM 8.00 PAGI ( SABTU TU)

ANJURAN:
BADAN BAHASA DAN SASTERA SABAH (BAHASA)

DENGAN KERJASAMA:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
GABUNGAN PENULIS NASIONAL (GAPENA)

PENYERTAAN: TERHAD 20 ORANG SAHAJA TERDIRI DARIPADA PENULIS SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
YURAN PENYERTAAN : RM 10.00

PERASMI PEMBUKAAN: PROF. DATUK WIRA DR. ABDUL LATIF BAKAR (KETUA SATU GAPENA)
PERASMI PENUTUPAN: DICADANGKAN DARIPADA DBP.

PENCERAMAH/PMBIMBING:

TUAN HAJI HAMZAH HAMDANI (GAPENA)
PUAN AZMAH NORDIN (PENERIMA SEA WRITE AWARD)
EN. JASNI MATLANI (BAHASA)
EN. RAMLI JUSOH (BAHASA)

PENGINAPAN: DISEDIAKAN DI HOTEL YAHO (BERMULA 1 SEP 2012)
MAKAN MINUM: DISEDIAKAN PENGANJUR.

BOLEH MENGHUBUNGI SITTI RAHMAH G IBRAHIM ATAU JASNI MATLANI UNTUK TUJUAN PENYERTAAN.

Sabtu, 7 Julai 2012

Hadiah Sastera PERWILA 2008/2009

Hadiah Sastera PERWILA (HSP) 2008/2009 
Sempena GAPENA 40 tahun dan 26 tahun PERWILA

Majlis Hadiah Sastera PERWILA akan diadakan pada:
Tarikh: 7 Julai 2012
Masa: 7.30 Malam
Tempat: Restoran Deepsea Labuan

Hadiah Ganre Puisi Wang Tunai, Sijil Dan Cendera Kenangan
  • Tempat Pertama RM400.00
  • Tempat  Kedua  RM300.00
  • Tempat Ketiga RM200.00 
  • Saguhati RM100.00


Hadiah Ganre Cerpen Wang Tunai, Sijil Dan Cendera Kenangan
  • Tempat Pertama RM400.00
  • Tempat  Kedua  RM300.00
  • Tempat Ketiga RM200.00   
  • Saguhati RM100.00

Anugerah Khas "Setia Bersama PERWILA" juga akan disampaikan kepada 2 orang  ahli PERWILA yang masih aktif dan telah lama bersama PERWILA.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA