Jumaat, 11 Jun 2010

Majlis Berdudun Kembara Sastera PERWILA ke Temburong

11 Jun 2010. Kira-kira jam 7.30 pagi dari Limbang, Kembara Sastera PERWILA meneruskan perjalanan menuju Temburong Brunei DS untuk menemui karyawan Temburong.


Kembara Sastera PERWILA di bawa melawat ke Geleri Seni di Temburong

Ketua Rombongan En Sahar Misron, Norgadis Labuan, N Athirah dan Nurzafirah Nadirah sempat ditemuramah oleh RTB semasa melawat geleri tersebut




Bergambar di Depan Dewan Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar, Daerah Temburong, Brunei DS.


Bacaan puisi dari karyawan Temburong dan PERWILA


Persembahan Tarian Murut "Alai Lun Raya"


Majlis Penyampaian Cenderakenangan dari kedua belah pihak.


Bergambar ramai bersama Kembara Sastera PERWILA dan karyawan Temburong, Brunei DS.

Terima kasih kepada Tetamu Kehormat Yang Mulia Dg. Hjh. Aminah Binti Hj. Momin, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei DS dan semua yang terlibat menjayakan dan menyerikan Majlis Berdudun Kembara Sastera PERWILA di Temburong Brunei DS.

Berlayar jauh membawa kuini,
Sembah patik bunga berkarang,
Walau jauh terpisah di sini,
Jasamu tuan tetap dikenang.

Khamis, 10 Jun 2010

Majlis Berdudun Rombongan Kembara Sastera PERWILA di Limbang


Gambar ini diambil untuk dimasukkan ke dalam suratkhabar (Dermaga WP Labuan)


N Athirah merupakan juru kamera video dalam kembara kali ini


Berada dalam bas sepanjang perjalanan. Untuk sampai ke Limbang, rombongan ini terpaksa 3 kali menaiki feri dan 4 kali cop pasport. Walaupun meletihkan namun keceriaan tetap ada.



Kembara Sastera PERWILA singgah makan tengahari di Lawas. Setelah selesai makan tengahari perjalanan diteruskan kembali. Rombongan Kembara Sastera PERWILA mengambil masa kira-kira 10 jam dari WP Labuan untuk sampai ke Limbang.


Ketua Rombongan Kembara Sastera En. Sahar Misron sedang memberi ucapan dan menyampaikan cek bernilai RM 1,000.00 untuk Pusat Komuniti Desa Pabahanan Limbang.




Makan malam istemewa yang disediakan oleh karyawan Limbang PENGKARYA



Persembahan syair, deklamasi puisi, lagu puisi dan muzik tradisional di sampaikan oleh ahli PENGKARYA dan ahli PERWILA juga turut membuat persembahan deklamasi puisi pada malam tersebut..

Pertemuan malam itu juga turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohamad Haji Abu Bakar, mewakili Ahli Parlimen Limbang yang juga merupakan pencinta sastera. Beliau juga sempat mendeklamasi puisi pada malam itu. Majlis diakhiri dengan acara bergambar ramai bersama ahli PERWILA dan PENGKARYA.

Sekalung ucapan terima kasih kepada En Benyamin Bin Matussin, En Jeffri Haji Mail, En Zaini Bilong, En Durahman Haji Murah dan semua AJK yang terlibat menjayakan Majlis Berdudun Rombongan Kembara Sastera PERWILA di Limbang.

Di luar sana terang cahaya,
Bayu meniup dedaun kelapa,
Terima kasih kepada pengkarya,
Budimu tuan tidak dilupa.

Rabu, 9 Jun 2010

Kembara Sastera PERWILA

Esok Kembara Sastera PERWILA akan memulakan perjalanannya untuk menemui para penulis / karyawan di Limbang, Temburong (Brunei), Lawas, Sipitang, Beaufort dan Membakut.

AJK Kembara Sastera PERWILA
  • Ketua Ronbongan ~ En. Sahar Misron
  • Penyelaras ~ Tuan Haji Othman Mahali
  • Bendahari ~ Puan Masmah Mohd Ali (Norgadis Labuan)
  • Setiausaha ~ Cik Rafidah Mohamad (Tinta Sutera)
AJK Persembahan
  • Puan Halizah Mohd Ali
  • Puan Rosminah Jambol
AJK Dokumentasi dan Saranta
  • En. Yahya Ahmad Puteh
AJK Jamuan dan Kebajikan
  • Puan Hajjah Hasnah Sambas
  • Tuan Haji Abd. Tahman Hj. Lamudin
AJK Keselamatan dan Kebajikan
  • Us. Mohd Farihi Ab. Halim
  • En. Abbas Hj. Mahmud
AJK Penginapan
  • En Tawil Beddu
AJK Pemandu Rombongan
  • EN Suili Bakar
Pemandu Bas
  • Tuan Haji Razak


Ahad, 6 Jun 2010

Minggu Ke 5. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA

Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA Minggu ke 5 ini diadakan pada 5 Jun 2010 di SMK Lajau WP Labuan


Tuan Haji Yusof Bin Haji Chuchu


Senam Seni 1 Malaysia, acara rutin dipagi sabtu


Antara ahli PERWILA yang menjadi AJK program. Dari kanan Hajjah Hasnah Sambas, Rabiah Aisah Mazlan, Norgadis Labuan dan Rafidah Mohamad.



Ini merupakan permainan "Kereta Api Belon"


Sembang-sembang cerpen bersama Tuan Haji Othman Mahali sambil membaca cerpen hasil karya pelajar.


En Halim Bin Mulia (Pegawai Bahagia Anti Dadah WP Labuan)



Program minggu ke lima ini, PERWILA telah menjemput pegawai Bahagian Anti Dadah untuk memberi ceramah berkenaan bahaya dadah kepada para pelajar yang hadiri.


Terima Kasih Kepada
Kumpulan Tenaga Pengajar Senam Seni, AJK PERWILA, Hjh Hasnah Sambas, Hj Othman Mahali, Suili Bakar, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabia Aisah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 5 program promosi kesihatan dan kesenian ini.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA