Program minggu ke 8 ini berlangsung di SMK Pantai WP Labuan. Seperti biasa, acara senam seni adalah aktiviti pembukaan setiap kali program ini dijalankan melainkan terjadinya kejadian yang tidak dapat dielakan seperti hujan turun. Walau bagaimanapun, aktiviti senam seni pagi itu telah dibatalkan kerana tenaga pengajarnya tidak hadir tanpa pemberitahuan awal. Untuk tidak mengecewakan para peserta program, akhirnya AJK yang bertugas waktu itu telah membuat aktiviti bacaan puisi untuk peserta yang hadir.
Dari kiri Norgadis Labuan, Salbiah Ajis, PuanRosminah dan Ali Awang Lahap
Adik Siti Khadijah Binti Firdaus
Puisi bertajuk Musnah karya Faten Hamama

Adik Dg. Farah Athirah Binti Ag. Asim
Puisi bertajuk Embun karya Hajjah Hasnah Sambas

Adik Nor Zafiah Binti Salleh
Puisi bertajuk Ibu karya Norgadis Labuan

Adik Ahmad Zulhilmi
Puisi yang bertajuk Suara Kasih Di Teluk karya Haji Othman Mahali
Adik Mohd Asri Bin Ruslle
Puisi yang bertajuk Gerbang Rindu karya Norgadis Labuan
Salbiah Ajis turut membaca puisi bertajuk Andainya Aku Jatuh Cinta karya Norgadis Labuan yang mana puisi tersebut pernah dirakamkan dan disiarkan di Labuan FM
Aktiviti selanjutnya adalah Ujian Saringan Kesihatan oleh pegawai kesihatan. Ujian Saringan ini hanya dibuat untuk peserta yang belum membuat ujian sebelum ini.
Para peserta program menunggu giliran untuk dibuat ujian saringan
Setelah aktiviti Ujian Saringan Kesihatan, para peserta program sepatutnya mendengar ceramah Motavasi Kesihatan yang bertajuk Pemeliharaan Dengan Bebas Rokok. Apa yang amat mengecewakan AJK PERWILA yang bertugas, penceramah yang ditunggu tidak menghadirkan diri tanpa sebab-sebab atau tanpa pemberitahuan awal. Akibatnya, AJK PERWILA yang bertugas dan para peserta program yang hadir terpaksa menunggu selama 1 jam. Akhirnya atas keputusan AJK PERWILA yang bertugas waktu itu, program ditamatkan kira-kira jam 11.15 pagi.
Kesetiaan para peserta program menanti penceramah yang tidak kunjung tiba
Bergambar ramai sebelum bersurai
Terima Kasih Kepada
Pegawai Kesihatan, AJK PERWILA, Salbiah Ajis, Puan Rosminah, Ali Awang Lahap, Norgadis Labuan, N Athirah, Nurzafirah N dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 8 program promosi kesihatan dan kesenian ini