Sabtu, 21 Mei 2011

Perkampungan Sasterawan Sabah 2011

Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah akan menganjurkan PERKAMPUNGAN SASTERAWAN 2011 di Kota Kinabalu sebagaimana maklumat di bawah:.

Tarikh : 18 dan 19 Jun 2011
Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah

Semua ahli IPS yang berminat digalakkan menyertai perkampungan ini. Sebarang pertanyaan boleh menghubungan Ketua Satu IPS (016-8120664) atau Setiausaha Satu IPS (019-8094249) untuk tujuan penyelarasan.

Anda juga boleh menghubungi terus DBP Cawangan Sabah dan bercakap dengan Pegawai Projek, Encik Rusdi Awang (019 8432403/088 439314-317).

Tema Perkampungan: SASTERA MENJANA 1MALAYSIA.



Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun PERWILA Ke 26

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Moga PERWILA akan terus melahirkan penulis-penulis yang hebat.

Ahad, 15 Mei 2011

HADIAH SASTERA PERWILA 2008-2009

Hadiah Sastera Perwila 2008-2009 sempena GAPENA 40 tahun dan 26 tahun PERWILA.

Ganre: Cerpen, sajak dan skrip drama (karya tahun 2008-2009)

Syarat:
  • Ahli PERWILA yang sah sahaja
  • Karya hendaklah telah diterbitkan samada akbar, bulletin, buku antologi dan rakaman radio.

Hadiah
i) Cerpen – RM400 / RM300 / RM200
ii) Sajak – RM400 / RM300 / RM200
iii) Skrip Drama – RM400 / RM300 / RM200

Jawatankuasa Pengumpulan Karya

Pengerusi - Ketua 1 Dr Harun Hj Pudin
Setiausaha - Nadirah Junior
AJK - Rosminah / Jijah / Ag Asim

Semua Karya boleh dihantar kepada:

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
Bilik 3-01, Tingkat 3, Bangunan USIA,
Jalan Dewan, Peti Surat 81429,
87014, Wilayah Persekutuan Labuan.

atau

Tuan Haji Othman Mahali

Kios Home Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh tutup penerimaan 31 mei 2011

Khamis, 5 Mei 2011

Pertemuan Sasterawan Nusantara Di Palembang

Pertemuan Sasterawan Nusantara Di Palembang, Sumatera Indonesia ini dibuka kepada ahli Perwila yang berminat.

Mula berangkat dari Labuan 15 Julai 2011 dan kembali ke Labuan pada 22 Julai 2011

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi:
Tn Hj. Othman Mahali (016-8321065)

Untuk Tempahan tiket
Nadirah Junior (014-8668403)

Senarai Nama Ahli Perwila Yang Bakal Ke Palembang

  1. Tn Hj Othman Mahali
  2. Tn Hj Abd Rahaman Lamudin
  3. Tn Hj Suili Bakar
  4. Hjh Hasnah Sambas
  5. Nadirah Junior

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ketua 2 Perwila, Sahar Misron

Selamat menyambut hari lahir hari ini untuk Ketua Dua PERWILA, En Sahar Misron dari Perwila. Semoga gembira merayakan hari lahir ini bersama keluarga tercinta dan moga akan terus berkarya dalam dunia sastera.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA