Khamis, 4 September 2014

Antologi Puisi "Kembali MH370" telah siap dicetak



Alhamdulillah, Antologi Puisi "Kembali MH370" telah siap dicetak. Terima kasih kepada semua yang membantu sehingga terbitnya antologi ini. Kepada penyumbang puisi yang belum menghantar alamat, bolehlah inbox alamat anda kepada Gabriel KimMaharatu Rafidah Mohamad atau saya Norgadis Labuan sendiri untuk tujuan pengiriman. Senarai nama penyumbang boleh disemak di blog PERWILA


Kepada peminat sastera di Labuan, Pertandingan Deklamasi Puisi Merakyatkan Seni Budaya akan diadakan pada hari sabtu ini 6 Sepetember 2014, bermula jam 9 pagi, bolehlah datang beramai-ramai ke Anjung Budaya Tmn Damai Layang-Layangan dan kepada penyumbang puisi "Kembali MH370" yang berada di WP Labuan bolehlah datang menuntut buku kalian. Selain daripada itu, Pelancaran Antologi Puisi "Kembali MH370" akan diadakan pada masa tersebut.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT)

Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara (SAKAT) 
17 - 18 September 2014 (Negara Brunei DS)

Tema: "Sastera dalam Media Baru: Potensi dan Sumbangan" 

Antara Pemakalah: 

Tuan Hj Md Rojan (kertas Perdana),
Prof. Koh (Korea), Berthold (German), 
Henrik Lambert (Prancis), 
Prof Henrik Mier (Holland), 
Norman Kru (Besar Kemungkinan), 
Wakil penerbit Upin Ipin, Prof Kratz (Britain) dan ramai lagi. 

Festival Teater MASTERA 
17 - 19 September 2014 

Kump. Putra Seni Brunei Grup Teater Indonesia 
Pemain Monodrama Malaysia 
Kump Teater Singapore. 

18 sept 2014 (malam) 
Penyampaian Anugerah Sastera MASTERA.

AHLI PERWILA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 23 Ogos 2014

Menghadiri Dialog Teluk Ke-9 2014


Wakil PERWILA ialah
Hjh Hasnah Sambas
Hj Suili Bakar ANS
Norgadis Labuan
Gabriel Kim
Nurzafirah Nadirah Binti Abbas



Jumaat, 22 Ogos 2014

Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam Nusantara Ke-3

MAHRAJAN PERSURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE 3 Di Membakut, Sabah

(21-22 OGOS 2014)

Suili Bakar, Gabriel Kinjuan dan Nurzafirah Nadirah wakil dari PERWILA  turut membuat persembahan bacaan puisi bersama-sama penyair dari Sabah, Brunei, Indonesia dan Singapura dalam program Mahrajan Persuratan Dan Kesenian Islam Nusantara Ke-3 di Membakut, Sabah  baru-baru ini.

Rabu, 20 Ogos 2014

Senarai Ahli PERWILA Yang Bakal Menghadiri Mahrajan Dan Dialog Teluk

MAHRAJAN PERSURATAN & KESENIAN ISLAM NUSANTARA KE 3 Di Binsulok Membakut
(21-22 OGOS 2014)
Wakil PERWILA

1. Hjh. Hasnah Sambas
2. Hj. Suili Bakar
3. Masmah Mohd Ali
4. Gabriel Kimjuan
5. Nurzafirah Nadirah binti Abbas

DIALOG TELUK KE-9 Di Beaufort Sabah (23-24 OGOS 2014)
Wakil PERWILA

1. Hjh. Hasnah Sambas
2. Hj. Suili Bakar
3. Masmah Mohd Ali
4. Gabriel Kimjuan
5. Nurzafirah Nadirah binti Abbas
6. Aizamin Abd Aziz

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA