Ahad, 16 Mei 2010

Minggu Kedua. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA


Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian anjuran PERWILA ahad 16 mei 2010 ini telah menjemput Puan Agnes pegawai Kesihatan WP Labuan untuk memberi motivasi anti rokok kepada peserta program.


Bergambar bersama Puan Agnes Pegawai Kesihatan WP Labuan. Dari kiri Sdr Suili Bakar ANS, Puan Agnes, Cik Rafidah dan Norgadis Labuan.


Puan Agnes telah menyampaikan ceramah berkenaan
  • Pengenalan Kepada Rokok
  • Penyalahgunaan yang membawa kepada amalan bahan lain
  • Kesan dan akibat pengambilan
  • Rumusan dan Penutup

Seterusnya para peserta program diminta menulis sekurang-kurangnya sebuah puisi setiap kumpulan berkenaan bahayanya rokok. Amat membanggakan, lebih 10 puisi telah dihasilkan oleh mereka.


Puisi yang siap dibacakan di hadapan peserta yang lain.

Para peserta program ini juga telah menerima sehelai t-shirt setiap seorang dari PERWILA.

Terima Kasih Kepada
Kumpulan Tenaga Pengajar Senam Seni, AJK PERWILA Sahar Misron, Hjh Hasnah Sambas, Hj Othman Mahali, Suili Bakar, Tawil Beddu, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabia Aisah, N Athirah, Nurzafirah Nadirah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu ke 2 program promosi kesihatan dan kesenian ini.

Isnin, 10 Mei 2010

Minggu Pertama. Program Promosi Kesihatan Dan Kesenian Anjuran PERWILA


Aktiviti membuat beberapa kumpulan dan sedikit penerangan dari Tn. Hj Othman


Mencipta nama kumpulan masing-masing (Aktiviti Berkumpulan)


Memperkenalkan ahli kumpulan masing-masing (Aktiviti Berkumpulan)


Sembang-sembang puisi bersama Norgadis Labuan


Bacaan puisi oleh Saudara Suili Bakar.


Tenaga pengajar Senam Seni

Senam Seni sebagai penutup minggu pertama program promosi kesihatan dan kesenian

Terima Kasih Kepada
Kumpulan Tenaga Pengajar Senam Seni, AJK PERWILA Sahar Misron, Hjh Hasnah Sambas, Hj Othman Mahali, Suili Bakar, Tawil Beddu, Norgadis Labuan, Rafidah Mohamad, Rabia Aisah, N Athirah dan kepada guru-guru SMK Lajau / SMK Pantai serta semua yang terlibat menjayakan minggu pertama program promosi kesihatan dan kesenian ini.

Rabu, 5 Mei 2010

ATUR ACARA PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA 4 DI BRUNEI DS


ATUR ACARA TENTATIF
PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA 4

JUMAAT, 16 JULAI 2010

Pagi – petang: Kehadiran dan urusan penginapan bagi peserta luar negara dan sesi pendaftaran
7.00 malam: Acara Pembukaan Rasmi PPN4
• Bacaan surah Al-Fatihah, Tahlil dan Doa Selamat
• Ucapan Pengerusi PPN4
• Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat
• Pelancaran Antologi Sajak Gema Nusantara
• Ucaptama
• Makan Malam
• Persembahan Penyair Nusantara
• Pertukaran Momentu

SABTU, 17 JULAI 2010

8.00 – 9.45 pagi: Gema 1: Penyair Pembina Masyarakat
• Pemakalah Brunei Darussalam
• Pemakalah Filipina
• Pemakalah Indonesia
• Pemakalah Kemboja
• Pemakalah Malaysia
• Pemakalah Singapura
• Pemakalah Thailand
9.45 – 10.15 pagi: Minum pagi
10.15 pagi – 12.00 tgh: Gema 2: Kepenyairan: Akreditasi dan Kredibiliti
• Penyair Brunei Darussalam
• Penyair Filipina
• Penyair Indonesia
• Penyair Kemboja
• Penyair Malaysia
• Penyair Singapura
• Penyair Thailand
12.00 tgh – 2.30 ptg: Makan tengah hari / Solat Jumaat - Zuhur / Rehat
2.30 – 4.00 ptg: Forum Penyair Nusantara: “Rangsangan Lonjakan Industri Kreatif Menerusi Dunia Perpuisian”
• Panel Brunei Darussalam
• Panel Indonesia
• Panel Malaysia
• Panel Singapura
• Panel Filipina / Kemboja / Thailand
4.00 – 5.00 ptg: Gema 3: Kepenyairan Media Baru
• Akademia / Pengamal Media dari Brunei Darussalam
• Akademia / Pengamal Media dari Indonesia
• Akademia / Pengamal Media dari Malaysia
• Akademia / Pengamal Media dari Singapura
5.00 ptg – 7.00 mlm: Minum Petang / Solat Asar / Rehat
7.00 – 8.00 mlm: Makan malam
8.00 – 11.00 mlm: Festival Penyair Nusantara (Bersempena dengan sambutan Perayaan Ulangtahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64 Tahun)

AHAD, 18 JULAI 2010

8.00 – 10.00 pagi: Lawatan ke Kg. Ayer
10.00 pagi – 12.00 tgh: Baca Puisi di Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kg. Ayer
12.00 tgh – 2.00 ptg: Makan tengah hari / solat
2.00 – 3.00 ptg: Bicara Penyair (sumbang saran setiap ketua perwakilan negara)
3.00 – 3.45 ptg: Sidang pleno
4.00 ptg: Acara Penutupan Rasmi PPN4
• Pembentangan Resolusi
• Ucapan Pengarah Program
• Penyerahan Simbolik kepada Tuan Rumah PPN5
• Ucapan Penutupan Rasmi oleh Tetamu Kehormat
• Pertukaran Cenderamata
• Doa Selamat
• Acara Bergambar Ramai
• Jamuan
Malam: Acara bebas

ISNIN, 19 JULAI 2010

Kepulangan peserta luar negara.



DITERIMA DPD: ZEFRI ARIFF,Setiausaha I ASTERAWANI,

Jemputan Dari Asterawani


Asterawani
Peti Surat 62, Pejabat Pos PMM, Berakas BB3577, Brunei Darussalam.
Web: http://www.asterawani.20m.com e-mel: asterawani@yahoo.com

22 Rabiulakhir 1431
7 April 2010

Kepada,

Assalamu alaikum,

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA KE-4

Dengan penuh hormat, sukacita dimaklumkan kepada Tuan-Tuan / Puan-Puan bahawa ASTERAWANI akan menganjurkan Pertemuan Penyair Nusantara Ke-4 pada 16 – 18 Julai 2010 bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.

2. Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh hormat dan sukacita mengundang Tuan-Tuan / Puan-Puan untuk menyertai majlis di atas. Sayugia juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur hanya akan menyediakan kemudahan penginapan dan pengangkutan domestik kepada peserta luar negara.

3. Pihak penganjur juga bercadang akan menerbitkan dan melancarkan antologi sajak pada pertemuan berkenaan. Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan kepada para peserta agar dapat menghantar tiga buah sajak, sekeping foto, dan biodata bagi tujuan tersebut kepada pihak penganjur tidak lewat daripada 31 Mei 2010.

4. Bersama ini disertakan atur cara tentatif pertemuan tersebut sebagai rujukan pihak Tuan-Tuan / Puan-Puan.

5. Di atas kesudian Tuan-Tuan / Puan-Puan menyertai pertemuan berkenaan, saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak–banyak terima kasih.
Wassalam.


Dengan Hormat,
(Zefri Ariff)
Pengarah Program
Pertemuan Penyair Nusantara ke-4

Tel: +673-8749500
Faks: +673-2337033

Diterima Daripada Zefri Ariff

Ahad, 18 April 2010

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerpen 2009 PERWILA

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerpen 2009, dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan dari Ketua 2 PERWILA, En. Sahar Misron.




Ketua 2 PERWILA, Saudara Sahar Misron

Sejurus itu, Sketsa Oleh Ahli PERWILA yang bertajuk "Senyuman Dalam Kegelapan" dipersembahkan, seperti yang telah diketahui oleh ahli PERWILA sendiri, pelakon sketsa ini hanya sempat berlatih sekali sahaja. Namun semangat yang kuat menyebabkan sketsa ini berjaya dipersembahkan.

Sketsa "Senyuman Dalam Kegelapan"

Sebelum pemenang peraduan menulis cerpen 2009 diumumkan, dua buah puisi hasil karya Saudara Suili Bakar dan Norgadis Labuan diperdengarkan terlebih dahulu.
Suili Bakar dan Norgadis Labuan

Pemenang Peraduan Menulis Cerpen 2009 PERWILA ialah:

  1. Hadiah Pertama bernilai RM750.00, dimenangi oleh saudara Mazli Mohamad dengan cerpennya "Senyuman Dalam Kegelapan".
  2. Hadiah kedua bernilai RM600.00, dimenangi oleh saudari Rafidah Mohamad dengan cerpennya "Cinta Pulau Victoria".
  3. Hadiah ketiga bernilai RM400.00, dimenangi oleh saudara Rabiah Aisah Mazlan dengan cerpennya "Teater Perdana".

Lima pemenang saguhati Peraduan Menulis Cerpen 2009 PERWILA bernilai RM150.00 setiap seorang ialah:

  1. Saudara Rosman Mohamad
  2. Saudari Rabiah Aisah Mazlan
  3. Tn Haji Othman Mahali
  4. Saudara Mazlan Mohamad
  5. Saudari Masmah Mohd Ali @ Norgadis Labuan

Enam hadiah penghargaan Peraduan Menulis Cerpen 2009 PERWILA bernilai RM50.00 setiap seorang ialah:

  1. Saudari Rafidah Mohamad
  2. Tn Haji Othman Mahali
  3. Saudara Mazlan Mohamad
  4. Saudari Mazlin Musah
  5. Saudari Nurfatihah Athirah Abbas
  6. Saudara Suili Bakar

Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan ringan, penyampaian cenderamata dari PERWILA kepada RTM Labuan FM dan bergambar ramai.



Jamuan Ringan


Bergambar Ramai

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA