Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun PERWILA Ke 26

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Moga PERWILA akan terus melahirkan penulis-penulis yang hebat.

Ahad, 15 Mei 2011

HADIAH SASTERA PERWILA 2008-2009

Hadiah Sastera Perwila 2008-2009 sempena GAPENA 40 tahun dan 26 tahun PERWILA.

Ganre: Cerpen, sajak dan skrip drama (karya tahun 2008-2009)

Syarat:
  • Ahli PERWILA yang sah sahaja
  • Karya hendaklah telah diterbitkan samada akbar, bulletin, buku antologi dan rakaman radio.

Hadiah
i) Cerpen – RM400 / RM300 / RM200
ii) Sajak – RM400 / RM300 / RM200
iii) Skrip Drama – RM400 / RM300 / RM200

Jawatankuasa Pengumpulan Karya

Pengerusi - Ketua 1 Dr Harun Hj Pudin
Setiausaha - Nadirah Junior
AJK - Rosminah / Jijah / Ag Asim

Semua Karya boleh dihantar kepada:

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
Bilik 3-01, Tingkat 3, Bangunan USIA,
Jalan Dewan, Peti Surat 81429,
87014, Wilayah Persekutuan Labuan.

atau

Tuan Haji Othman Mahali

Kios Home Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan

Tarikh tutup penerimaan 31 mei 2011

Khamis, 5 Mei 2011

Pertemuan Sasterawan Nusantara Di Palembang

Pertemuan Sasterawan Nusantara Di Palembang, Sumatera Indonesia ini dibuka kepada ahli Perwila yang berminat.

Mula berangkat dari Labuan 15 Julai 2011 dan kembali ke Labuan pada 22 Julai 2011

Untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi:
Tn Hj. Othman Mahali (016-8321065)

Untuk Tempahan tiket
Nadirah Junior (014-8668403)

Senarai Nama Ahli Perwila Yang Bakal Ke Palembang

  1. Tn Hj Othman Mahali
  2. Tn Hj Abd Rahaman Lamudin
  3. Tn Hj Suili Bakar
  4. Hjh Hasnah Sambas
  5. Nadirah Junior

Selasa, 3 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ketua 2 Perwila, Sahar Misron

Selamat menyambut hari lahir hari ini untuk Ketua Dua PERWILA, En Sahar Misron dari Perwila. Semoga gembira merayakan hari lahir ini bersama keluarga tercinta dan moga akan terus berkarya dalam dunia sastera.

Sabtu, 30 April 2011

Santai Puisi Perwila

Santai Puisi Perwila Dan Majlis makan Malam


Santai Puisi "Jom baca Puisi Perwila" ini adalah kali pertama Perwila anjurkan di Labuan. Sebagai program pertama ini, kehadiran pecinta sastera amat dialu-alukan. Kehadiaran Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yusof Hj Mahal, Pengarah DBP Caw Sabah dan Pengarah Pendidikan Labuan cukup menyuntik semangat ahli Perwila untuk terus memperjuangankan seni sastera di Pulau ini.

Perwila juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sebanyak RM 5 ribu dari Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yusof Hj Mahal.

Cenderahati dari Perwila

Cenderahati untuk Pengarah DBP Caw Sabah dan Wakil Pengarah Murba Holdings Sdb Bhd

Majlis Makan Malam yang diadakan di Restoran malindo ini ditaja oleh En Mohd Ali Bledram, Pengarah Urusan Murba Holdings Sdn Bhd.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA