Khamis, 24 November 2011

Mesyuarat AJK PERWILA 2011-2013 Ke-5


Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)
Masa : 08.00 Malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Mutiara, WP Labuan

AGENDA
1. Ucapan Pengerusi/Ketua 2
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara-perkara berbangkit
4. Laporan Pelancaran PCV
5. Membincangkan Program Bengkel & Jualan Buku PERWILA – menetapkan tarikh dan sekolah-sekolah pilihan
6. Tuan Rumah Dialog Borneo Kalimantan 2013
7. Hal-hal lain

Kehadiran:
En. Sahar Bin Misron - Ketua 2

Pn. Masmah Mohd. Ali - Setiausaha

Cik Nadirah Junior - Pen. Setiausaha

Tuan Hj. Othman Mahali - Bendahari

Tuan Hj. Suili Bin Bakar - AJK

Pn. Fatimah Ibrahim - AJK

En. Matusin Ag. Damit - AJK

Turut Hadir:
Cik Nurzafirah Nadirah Abbas - Ahli

Ahad, 20 November 2011

3 Buah Puisi Islam

Festival Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara yang dicadangkan pada 22-24 Februari 2012 sebelum ini, diawalkan kepada 8-11 Februari 2012. Penyair Islam dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Negara Brunei DS dan beberapa negara Asean lain dipelawa menghantar sekurang-kurangnya 3 buah puisi sebelum 15 Disember 2011 untuk dibukukan.

Sila hantar puisi secepat mungkin ke alamat email berikut: jasnimatlani@yahoo.com

Selasa, 1 November 2011

Utusan Malaysia Online - Semua pihak perlu bantu DBP perkasa bahasa Melayu


YB Datuk Yussof Mahal (dua dari kiri) ketika melancarkan novel sempena majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

LABUAN 31 Okt. - Semua pihak perlu membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini dan menjadikannya sebagai bahasa pengantar dalam semua urusan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal berkata, ia selaras dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara seperti yang termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

"Semua pihak seharusnya berganding bahu membantu DBP memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memilihnya sebagai bahasa pilihan serta perantaraan bagi semua urusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2011 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kompleks Ujana Kewangan Labuan.

Pada majlis itu, Yussof menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada DBP dan juga RM3,000 kepada Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (Perwila).

Selain itu, beliau turut melancarkan empat novel kendalian Perwila iaitu Ini Buku Setia Mengalir, Peluru Cinta Victoria, Aarrgghh Kantoinya Aku dan Syakur Pejuang Dua Dunia.

Yussof berkata, dalam usaha untuk memperluaskan konteks penggunaan dan kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar, DBP memerlukan kerjasama daripada institusi politik, kewangan, perhotelan, pihak swasta dan agensi kerajaan.

"Apabila wujud tanggungjawab bersama antara semua sektor, ia akan memudahkan DBP memantapkan satu citra atau jenama Malaysia yang menunjangi jati diri rakyat dalam pembinaan negara ini mengikut acuan sendiri," katanya.

Sehubungan itu, Yussof turut menyeru peniaga supaya memasang papan tanda iklan perniagaan mereka dalam bahasa Melayu di samping bahasa Inggeris dan Mandarin.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai menggunakan bahasa Melayu dengan baik pada majlis-majlis rasmi supaya ia boleh dicontohi oleh generasi muda terutama pelajar sekolah.

Khamis, 20 Oktober 2011

Majlis Perasmian Dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 Peringkat Labuan

LABUAN, 18 Okt (Daily Mail) : Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah bersama Perbadanan Labuan serta kerjasama beberapa jabatan kerajaan di sini akan mengadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 pada 29 Oktober, jam 10 pagi bertempat di Ruang Legar Ujana Kewangan.

Majlis tersebut akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Yussof Mahal.

Program yang dianjurkan secara tahunan ini dilaksanakan di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan kita.

Pada tahun ini pendekatan program adalah merakyatkan bahasa dan sastera kebangsaan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum/

Pada majlis tersebut turut dilancarkan adalah Antologi Cerpen Peluru Cinta Victoria.

Masyarakat di Labuan dialu-alukan menghadiri program ini.

Khamis, 13 Oktober 2011

Majlis Bicara Buku "Peluru Cinta Victoria" Di UMS KAL


SABTU PAGI
Tarikh : 15 Oktober 2011
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : UMS KAL

ATURCARA MAJLIS

8.45 Pagi
Ketibaan orang ramai
9. 00 Pagi
Ketibaan Tetamu Kehormat (YB Datuk Hj Yunos Hj Kurus)
Bacaan doa/Umul kitab
Ucapan Ketua 1 PERWILA (Dr Harun Haji Pudin)
Ucapan Perasmian (YB Datuk Hj Yunos Hj Kurus)
Bicara Buku Panel 1 (Dr Harun Hj Pudin)
Bicara Buku Panel 2 (Resmanshah Indrat)
Penyampaian Cenderamata
Jamuan makan
11.30 Pagi
Majlis Dijangka Selesai




JEMPUTAN SANTAI PUISI PERWILA (Jom Baca Puisi PERWILA)

SABTU PETANG
Tarikh : 15 Oktober 2011
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Taman Damai, Layang-Layangan WP Labuan.
Orang ramai dijemput hadir (Makan minum bawa sendiri)

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA