Petang tadi Setiausaha DBK, Masmah Mohd Ali, Bendahari DBK, Hj Othman Mahali, AJK DBK, Hjh. Hasnah Sambas dan Hj Suili Bakar telah melawat asrama UMS KAL yang akan digunakan sebagai tempat penginapan peserta Dialog Borneo-Kalimantan ke-11 2013.
Setelah membuat sedikit perbincangan, kemungkinan besar program DBK ini akan menggunakan 2 buah blok asrama iaitu Beta 1 dan Beta 2 untuk peserta. Selain itu DBK juga akan menggunakan Rumah Tamu Semi - D sebanyak 2 unit. Satu unit untuk pembentang kertas kerja dan 1 unit lagi untuk urus setia DBK.
Perbincangan seterusnya bersama UMIS KAL akan diadakan pada 27 Mei 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan