Khamis, 18 September 2014

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEBANGSAAN BULAN KEMERDEKAAN 2014



Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan (SDPBK) ke-27 tahun 2014 bakal diadakan di negeri Jelapang Padi Kedah Darul Aman yang akan dianjurkan bersama oleh kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA. Manakala di peringkat negeri, SDPK akan dianjurkan oleh Dewan Bahasa Pustaka dengan dikelolakan oleh badan kerabat Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).

Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Puisi-puisi pilihan adalah dari buku baru Antologi Puisi Kemerdekaan ‘Lentera Zaman’. Setiap negeri termasuk Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi dikehendaki akan memilih seorang (1) peserta sahaja bagi mewakili ke Peringkat Kebangsaan.

Tarikh Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan peringkat Saringan mengikut negeri-negeri, PDRM, ATM dan IPTA adalah pada tarikh 26 September hingga 1 Oktober 2014. Manakala Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2014 akan berlangsung pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2014, di Kompleks JKKN Kedah.
Johan SDPBK 2014 bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta hadiah-hadiah iringan bersama Piala Pusingan ‘ Keris Luk Tujuh Bersadur Perak’ yang menjadi idaman setiap para peserta Sayembara.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sekretariat SDPBK 2014 Sdr Usman Ibrahim telefon 0199107262.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pertama kali saya dapat menjejaki blog ini. terasa juga rindu mendengar nama PERWILA sebabnya sudah hampir 30 tahun lebih saya tidak mendengar namanya malah mahu juga bersama tetapi apakan daya jarak agak jauh memisahkan. Kepada pembicara blog saya adalah mantan jawatan kuasa penubuhan perwila dan jawatan kuasa pertama yang saya kenali dan mengenali saya adalah saudara Osman Mahali. Moga Perwila terus hidup dan aktif. Sebagai pengenalan saya ialah A.Rani Embi dari Ikatan Persuratan Melayu (IPM). Mungkin suatu hari kalau ada kesempatan saya akan ke Labuan. BANYAK KENANGAN DI SANA

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA