PENGENALAN
GAPENA telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan (JSBK) mulai tahun 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan (SDPBK), Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan lain-lain. Penganjuran bertujuan menanamkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.
Penganjuran sayembara ini telah meluas bukan sahaja di negeri-negeri, malahan di Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dan telah melahirkan ribuan deklamator di seluruh tanah air.
Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bermula pada tahun 2006, penganjuran SDPBK tidak lagi dikelolakan sepenuhnya oleh GAPENA. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) telah mengambil alih daripada GAPENA dan GAPENA hanya dijemput untuk bekerjasama. Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun 2010, telah diumumkan oleh JSBK bahawa SDPK tidak lagi dianjurkan diganti dengan pengucapan puisi sahaja.
Namun mulai tahun 2010 itu juga, atas kesedaran semangat patriotik dan memartabatkan sastera tanah air, GAPENA bersetuju meneruskan SDPK dengan kemampuan yang tersendiri dan pada tahun 2015 ia diteruskan lagi dengan format dan kemampuan yang sama.
TUJUAN
Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi
Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi
Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi
PENYERTAAN
(1). Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun keatas.
Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2014) tidak dibenar menyertai.
(2).Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai saringan/pemilihan/pertandingan
akhir peringkat negeri TIDAK LEBIH DARI SEKALI. Ini bermakna, mana-mana peserta yang telah menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di sesebuah negeri TIDAK DIBENARKAN menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di negeri lain. Peserta yang didapati melanggar syarat dan peraturan ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangannya TERBATAL dengan sendirinya.
(3). Setiap peserta mestilah mematuhi semua syarat dan peraturan sayembara seperti
yang yang ditetapkan oleh GAPENA. Semua keputusan hakim dan/atau pihak penganjur adalah muktamad. Setiap peserta hendaklah menjaga nama baik GAPENA dan tidak akan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini sama ada secara lisan, melalui media cetak, media elektronik, media sosial atau apa jua lain-lain media. Peserta yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan sayembara ini dan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangan peserta tersebut TERBATAL dengan sendirinya.
TARIKH / TEMPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka akan memilih seorang (1) peserta sahaja yang mewakili negeri. Saringan akan diadakan di seluruh negara bermula dalam tempoh bermula 16 Ogos 2015 hingga 30 September 2015 di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh DBP.
Saringan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;
Tarikh: 12 September 2015 (Sabtu)
Masa: i) 9:00 - 12:00 tengah hari (Saringan awal)
ii) 8:00 malam - 10:00 malam (pemilihan wakil W. P. Labuan)
Tempat: Dewan Kuliah 2, Kolej Matrikulasi Labuan
Manakala Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 16 - 18 Oktober 2015 (Jumaat - Ahad).
PUISI PILIHAN
Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Antologi puisi ini boleh didapatkan di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, di enam pejabat-pejabat wilayah/cawangan DBP atau di 18 buah pengedar sah DBP di seluruh negara.
Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
HADIAH
Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah/Cawangan dan GAPENA. Borang penyertaan bolehlah dihantar kepada :
DBP Wilayah / Cawangan
atau
Urusetia
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) 2015
d/a GAPENA
JKR 899 Jalan Belfield
Bukit Petaling
50460 Kuala Lumpur
Telefon : 03 – 2144 2412 Faksimili : 03 – 2141 0340
e-Mel : gapena2u (at) gmail.com
atau hubungi
Sdr Usman Ibrahim
Setiausaha Dua GAPENA
merangkap
Timbalan Pengarah SDPK 2015
Telefon : 017 – 941 7262
e-Mel : usmhanibrahim (at) gmail.com
atau
Pn Norazimah Abu Bakarr
Pengurus Projek GAPENA
Telefon : 016 - 383 3670
e-Mel : azimah_ab (at) yahoo.com
Haji Abdul Aziz Mohd Ali
Setiausaha Kerja GAPENA
merangkap
Penyelaras SDPK Ke - 29 Tahun 2015
Telefon : 019 – 319 6560
e-Mel : aazizali18 (at) yahoo.com
Nota: (at) gantikan dengan @
BORANG PENYERTAAN JUGA BOLEH DIPEROLEHI MELALUI BADAN KERABAT GAPENA SEPERTI BERIKUT:
NEGERI
|
BADAN
KERABAT
|
|
1.
|
Perlis
|
|
2.
|
Kedah
|
|
3.
|
Pulau
Pinang
|
|
4.
|
Perak
|
|
5.
|
Selangor
|
KEMUDI
- Persatuan Kebajikan Penulis Selangor
|
6.
|
Kuala
Lumpur
|
(DEKLAMATOR GAPENA)
|
7.
|
Negeri
Sembilan
|
|
8.
|
Melaka
|
PENAMA
- Persatuan Penulis Melaka
|
9.
|
Johor
|
PPJ
- Persatuan Penulis Johor
|
10.
|
Pahang
|
|
11.
|
Terengganu
|
PELITA
- Persatuan Sasterawan Terengganu
|
12.
|
Kelantan
|
|
13.
|
Sarawak
|
PEKASA - Persatuan Karyawan Sastera Sarawak
|
14.
|
Sabah
|
BAHASA
- Badan Bahasadan Sastera Sabah
|
15.
|
WP
Labuan
|
10 ulasan:
yang ni untuk orang awam ke apa ?
Sayembara ini terbuka kepada awam. Syarat-syarat penyertaan adalah kekal seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya.
SYARAT PENYERTAAN: Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun ke atas. Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan bagi tahun 1987 hingga 2014, TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.
Maklumat tambahan boleh dirujuk di
~SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN~
Sila hubungi ~GAPENA~
untuk mendapatkan borang dan maklumat penyertaan secara dalam talian.
Pertandingan di negeri sembilan bila ye
Pertandingan di negeri sembilan bila ye
Borang nya blh di dpt kan dimana untuk negeri sembilan
Borang nya blh di dpt kan dimana untuk negeri sembilan
Pertandingan di negeri sembilan bila ye
Pertandingan di negeri sembilan bila ye
Sila hubungi Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) http://penulisn9.blogspot.com/
Catat Ulasan