Jumaat, 28 Jun 2013

NOVEL MUTAKHIR BRUNEI : KESETIAAN KEPADA BUDAYA DAN FLORA FAUNANYA

Kertas Kerja Sempena Dialog Borneo-Kalimantan Ke XI 2013
oleh
Sahlan Mohd Saman

Abstrak

Penulisan novel di Negara Brunei Darussalam semakin mempihatkan perkembangan  memberangsangkan. Kuantiti dan kualitinya semakin ketara pertambahannya kebelakangan ini. Persoalan yang diketengahkan juga semakin keluar daripada lingkungannya.  Kertas ini memperlihatkan bagaimana fenomena budaya dan flora fauna tempatan dieksploit novelis-novelisnya untuk mengetengahkan hasil yang sedikit berbeza panoramanya berbanding novel hasil pengarang wilayah sekitarnya.  Kelainan fenomena tersebut memperjelaskan bahawa itulah jati diri Brunei yang perlu diketahui dan difahami terutamanya oleh khalayak pembaca daripada luar lingkungannya.


Pengenalan
                       
            Penulisan nove; di Negara Brunei Darussala dalam tempoh sepuluh tahun ini jelas memperlihatkan suatu ciri berbeza berbanding wilayah-wilayah berjiran dengan seperti Labuan, Sabah, Sarawak, Singapura, Semenanjung Tanah Melayu dan wilayah-wilayah di Kalimantan Selatan.  Sepintas lalu, penulisan genre ini masih dimonopoli pengarang veteran yang mula dikenali sekitar dekad 1980-an dan 1990-an.  Nama-nama Muslim Burmat, Haji Bujang Haji Matnor, Chong Ah Fok, Sun Tze Yun, A.R. Romzi,  D.P. Matussin, H. B. Mahmud, Norsiah M.S., Norsiah Abd. Gapar,  Muhammad Haji Timbang dan Haji Masri Hj Idris adalah yang masih disebut hingga ke era ini.  Yang telah memilih berehat adalah Yura Halim.

            Novel popular yang sangat asyik dikerjakan pengarang muda Semenanjung, Sabah dan Sarawak tidak begitu popular di negara itu.  Ada beberapa faktor yang menjadikan scenario itu sebegitu rupa.  Namun pada perbicaraan ini penulis hanya menyentuh novel serius atau novel dewasa yang dibaca oleh khalayak yang telah arif serta menjiwai  genre novel ini.  Bahasa, budaya, perwatakan, tema, gaya dan sumber cerita yang menjadikannya menduduki harakat dewasa atau tinggi ini.

            Walaupun kuantitinya tida banyak diterbitkan pada setiap tahun, bergantung harap kepada dedikasi satu-satunya penerbit pemerintah iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, kualitinya sebagai novel tinggi tetap terpelihara sama juga seperti tiga puluh tahun lalu sewaktu kemerdekaan sedang diperjuangkan ketika terserlahnya novelis awal seperti H.M. Salleh dan Yura Halim.  Mereka berdua itu amat kukuh dengan nasionalisme vs. penjajahan. 

            Ketakutan bangsa penjajah terhadap kebangkitan rakyat Brunei telah mengakibatkan H.M. Salleh disumbatkan ke dalam penjara.  Sesudah merdeka 1984, suasana penulisan keseluruhannya turut berubah kepada nasionalisme luas mempertahankan dan sayangkan bangsa serta tanah air.  Petanda ini terjelma dalam Lari Bersama Musim1  karya novel sulung  Muslim Burmat.  Yang dipaparkan lewat novel ini ialah masalah orang Melayu Brunei dengan pembangunan tanah (antara perikanan pantai yang diistilahkan kini sebagai nelayan tradisional dan penanaman padi huma)2

            Walaupun tulisan ini merujuk secara khusus era mutakhir (dalam konteks 10 tahun) 2003 hingga 2012,  sesekali cebisan sejarah pasti memperkukuh hujah atau diambil sebagai unsur proses pembuktian.  Khalayak sastera di luar Negara itu mungkin kurang faham segala dan semua catatan hakiki berkaitan sejarah politik, ekonomi dan budayanya terutama pada era panjang sejak sebelum dan sesudah merdeka.

            Perkaitannya dengan budaya serta flora faunanya turut diberikan tumpuan kerana ianya satu daripada fenomena unik yang mampu memgbezakan panorama novel Negara itu berbanding novel jiran-jirannya seperti yang telah dihasilkan nevelis-novelis Sarawak dan Sabah serta Labuan.  Ada persamaan dan lebih penting ada perbezaan yang perlu dijadikan perhatian kajian.  Di hujung bicara ini nanti penulis mengharapkan dapat mengajukan beberapa penemuan tentang dua fenomena ini yang terdapat dalam novel kajian untuk sepanjag kira-kira sedekad yang lalu itu.

Budaya dan Flora Fauna dalam Novel

            Seecara umum kita mengerti bahawa budaya adalah seluruh pemikiran dan perlakuan atau amalan bersama sesuatu kelompok manusia yang dipanggil masyarakat.  Kalau sifatnya sendiri-sendiri itu bukanlah budaya.  Setiap individu sesebuah kolompok mengamalkan budaya secara koloktif.  Ahli antropologi dan sosiologi  sering meletakkan budaya ke dalam komposisi berkemampuan atau keberadaan budi dan daya.  Sistem mengamalkan sesuatu budaya lazimnya melalui pewarisan generasi terdahulu kepada generasi yang lebih kemudian.  Novel-novel dibincangkan akan memperlihatkan hal-hal yang disebutkan seperti itu.

            Pada konteks masyarakat Melayu Nusantara; dengan ingatan sebagai satu keluarga besar yang mengamalkan bahasa dan mewarisi budaya serupa walaupun ada perbezaan anutan, kepercayaan serta agama.  Persamaan mengatasi perbezaan, sebab itu  boleh hidup bersama dalam satu rumah besar.  Keseluruhannya, homoginiti tetap menjadikan semua etnik yang tinggal di dalamnya mengongsikan budaya sama walaupun tidak serupa. 

            Melayu Negara Brunei Darussalam mengikut Perlembagaan menghimpunkan tujuh puak:  Melayu Brunei, Melayu Kedayan, Dusun, Murut, Tutong, Belait dan Temburong, masing-masing punya amalan budaya yang juga banyak persamaan tetapi dipisahkan oleh agama, Islam.  Masing-masing punya bahasa pertuturan (tanpa ada aksara seperti Jawa di Indonesia) dan adat istiadat warisan disebut sebagai the rites and rituals tetapi tetap berkampung dengan segala flora fauna kampung dan hutan rimba.  Alam melingkari kehidupan tujuh etnik  tersebut juga dikongsikan dari daerah Muara hingga ke Belait dan Temburong saujananya.

            Alam karya sastera sering dikatakan sebagai cerminan kehidupan sebenar dengan gambaran realisme hakikinya.  Namun ada kalanya alam karkya sastera itu lebih realistic daripada alam realiti (pastinya juga lebih estetik) sehingga mewujudkan alam yang sukar dipercayai, dihayati malah diterima secara mudah kerana kecanggihan penulisan yang dilakujkan oleh pengarangnya.  Konsep itu disebut sebagai realiti kreatif.  Realiti kreatif memiliki cirri-ciri yang  sukar dinikmati  keindahannya kecuali dengan deria melebihi pencaindera kebiasaannya.  Namun pertalian sebab-akibat segala kejadian tetgap dijaga serta dipastikan logik keberkesanannya tidak pula mustahil.

            Oleh kerana sastera sebagai satu daripada kasrya seni, kewujudan un sur batin perlu diperhatikan:  sebati dengan kejadian dan watak yang berperanan dalam cerita sebagai warisan budaya yang kekadang kurang disedari oleh khalayak pembaca.  Pembaca juga perlu memiliki pengalaman dan pengetahuan tinggi untuk mendapatkan kesan katarsis terbaik daripada proses pembacaan sesebuah karya saster terutamanya novel, drama dan puisi.   Antara genre kreatif moden, pastinya novel memiliki unsure-unsur budaya yang amata banyak serta dengan keterperincian yang amat menyeluruh juga jika kita bandingkan dengan genre lainnya.

            Kesan aanugerah Allah swt.. kepada seorang novelis tentang unsur batin seperti catatan penelaah atau pengkaji teks budaya Barat sebagai realisme social, seuatu kelebihan, boleh jadi satu keistimewaan yang dipancarkan dalam sebuah novel.  Mereka tidak faham dan tidak mengetahui semua budaya sebelah Timur ini.  Pada konteks novel Brunei, unsur realisme magis ini belum pasti keberadaannya,  kerana ianya adalah blending daripada beberapa unsur warisan pra-Islam seperti jampi dan mantera, guridam dan seloka, syair yang dilagukan serta serta perbilangan adapt, pepatah-patitih dan teromba.  Di kalangan penulis Semenanjung seperti Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Moechtar Awang, Daeng Ramliakil, Ladin Nuawi dan Rahimidin Zahari, unsur sastera Melayu sebegini tidaklah asing bagi mereka; malah A.Ghafar Ibrahim turut mendeklamasikan sajak-sajaknya secara audio-visual yang memikat, suatu unsure baru dan menakjubkan bagi pendengar atau peminat sastera asing.

            Budaya yang diwarisi setiap etnik juga memberikan variasi perbezaan gambarar walaupun pada kadar amat minimal.  Di zaman dunia serba maju dan canggih kini, pengarang yang memiliki pengetahuuan serta pengalaman luas dan tinggi lazimnya mampuu menghasilkan manuskrip yang tinggi juga nilainya, selain yang sarat nilai dan keilmuannya, memiliki anugerah dan kerajinann luar biasa seperti pada Arena Wati, Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan, Harun Haji Salleh dan Muslim Burmat.  Kata de Bono, orang begini adalah pilihan [Allah swt] tetapi dia sendiri yang menggilap anugerah itu sehingga dia sendiri mengecap nikmat di hujung proses perjalanannya:

            Man owes his success to his creativity…    It is most useful in good times
            and essential in bad … When creativity is regarded as a magic gift, there
            is nothing that can be done about it if you are not lucky enough to have
            the gift…  those who develop most skill will be the most creative.
                                                                                              (de Bono 1982 : 1 – 3)

             Itu kepercayaan seorang pakar motivasi tentang kejayaan seseorang.  Ianya juga bersamaan dengan firman Allah swt. dalam Al-Quran yang mafhumnya bahawa masa depan seseorang itu tidak berubah (tidak juga diubah Allah) hanya kecuali dia sendiri yang mengubahnya.   Tanyalah soalan sebegini kepada pengarang yang telah menerima anugerah besar dari pemerintah, atau yang mungkin telah menghasilkan puluhan novel besar dalam hidupnya, tentu saja dijawabnya seperti ujaran Allah swt. itu atau sejajar dengan gagasan yang diwajarkan de Bono.
           
            Kejayaan novelis adalah kemahiran tinggi tentang keterampilan mengarang.

            Novelis Brunei tetap memberikan gambaran budaya masyarakat Melayu di mana dia diam berkongsi masa lampau dan masa depannya, di sepanjang pantai dan sungainya, di dusun dan kampung halamannya.  Variasi perbezaan yang amat sedikit pada segala aspek budaya dan adat istiadat mereka lebih sekata pada apa jua aspek kehidupan.  Falsafah Negara Melayu-Islam-Beraja mengikat mereka dalam satu kesatuan yang menjadikan mereka sentiasa aman dan tenteram sebagai sebuah Negara.  Rata-rata pengarang Brunei masih dan sangat cenderung mengambil seni budaya mereka di samping flora fauna yang mewarnai kehidupan mereka sebagai sumber berkarya.  Kesannya sudah pasti sebahagian besarnya perisian novel mereka bersifat local colour atau terisi oleh warna daerah mereka.

            Mereka gemar kepada panorama budaya rakyat jelata dalam bentuk warisan asalnya pada segala aspek kehidupan mereka bermasyarakat.  Kampung tempat tinggal dijadikan pilihan terbanyak terutamanya Kampung Ayer, kampung Melayu Brunei dan Melayu Kedayan terutamanya yang berkaitan tanah serta ladang buah-buahan.  Masyarakat Iban dan Dusun tinggal di pedalaman dengan pohon buah-buahan sebagai sumber rezeki yang menghidupi keluarga mereka di samping berburu.   Walaupun kaum Iban tidak dimasukkan sebagai etnik Melayu, mereka tetap hidup di Negara ini bersama-sama yang lain dan suku Lumbawang.

            Segala tumbuhan di hutan belukar, lembah dan gunung mereka miliki bersama, yang belum diberikan hak milik secara sah.  Banyak persamaan nama flora fauna di daerah begini dengan yang ada di seluruh kepulauan Borneo, kerana sebelum kemasukan penjajah Inggeris dan  Belanda dulu manusia Kalimantan hidup tanpa sempadan politik, bersama menikmati anugerah Allah swt. ke atas segala isi alam kepulaan ini.  Sungai di Brunei seperti Sungai Tutong, sama juga seperti sungai-sungai di Sarawak, dengan kehadiran buaya ganas membaham mereka yang lalai menjala, memancing atau mencari daun nipah.  Burung keruak atau wak-wak yang lumrah disimbol-kaitkan dengan sawah padi sama-sama mereka ciptakan dalam bentuk tarian tentang kepintaran seseorang mengilak malapetaka yang datang tanpa mengira tempat dan ketika.  Ada novelis yang pintar mengekspoit unsur alam mewujudkan watak-watak novelnya bersama flora fauna sebagai pelengkap kehidupan masyarakat mereka (teman hidup berburu, menjaga keselamatan, makanan, kenderaan), pada sudut lain pula sebagai antagonis yang sentiasa diawasi, ditakuti, dielak pertembungannya (harimau, buaya, ular bisa, helang).  Fungsi pemanfaatan itu tetap universal, hanya teknik penulisann dan bahasa serta dialek yang dimasukkan saja yang mungkin berbeza.
          PENGARANG -------   NOVEL  --------  KHALAYAK
           (novelis)                                                  (pembaca, kritikawan)
           
            Tujuan novelis tetap ingin mengongsikan segala yang ingin dikongsikannya kepada khalayak :  ideologi, gambaran masyarakat dan budayanya, flora fauna tempat penceritaan, protes sosial, sejarah, politik, ekonomi, dsb.  Di Brunei, setiap suku kaum memiliki beberapa cirri yang saling berkait antara saru sama lain.  Pengarang atau novelis perlu kepada bakat,  keterampilan bercerita dan teknis, bahasa, pemilihan tema dan jalinan plot, serta keterampilan lain seperti digariskan de Bono sebelum ini.

            Poetica Licencia atau kebebasan seni milik mutlak pengarang seharusnya digunakan setepat mungkin dengan bentuk dan keperluan ceritaa.  Perspektifnya harus juga dipertajamkan bersama kematangan usia serta kepengarangannya.  Penyatuan segala ciri dalam kepadatan integrasi dijadikan azimat utama.  Novelis Brunei yang berjaya tentunya memanfaatkan ciri-ciri tersebut semaksima daya kepengarangan yang dimilikinya.

Licencia Poetica

             Sesuatu yang istimewa bagi setiap pengarang ialah anugerah bakat dan proses kebahasaan yang dikuasainya yang lebih tinggi berbanding individu lain.  Tidak semua individu diberikan Allah swt. anugerah yang dua itu.  Namun dia mestilah menydarinya, lantas terus menjernihkan dan mempertajamkan persepsi kepengarangannya agar dia terus memberi manfaat kepada seluruh kehidupan diri serta khalayaknya.

            Keistimewaan pengarang seperti novelis adalah memiliki “sikap terbuka, berminda luwes, bersedia menerima idea dan pengalaman baru dari segi kognitif”3.  Perihal istimewa ini ingin dikongsikannya dengan orang lain terutama khalayaknya agar akhirnyamereka juga mampu mengubah sifat serta sikap-sikap menjadi positif demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik.  Itu jugas satu daripada sebab ahli-ahli sosiologi mendakwa bahawa penulisan sastera adalah sebahagian pemindahan ideology penngarang kepada khalayaknya hingga ke tahap membawakan perubashan seiring ideologi semasa/mutakhir yang diyakini lebih baik dan fungsional daripada yang lama.

            Maka pilihan genre dan alun penceeritaan adalah antara hak mutlak pengarang dalam konteks mengongsikan atau memindahkan ideologi penulisannya, pluralisme pangarang.  Dia percaya apa yang diajukannya dalam tuklisannya sebagai pemikiran dan contoh kehidupan paling mahal harganya.  Licencia poetica atau kebebasan seni yang tidak boleh ditolak atau dipersoalkan khalayak.  Dalam konteks alam sastera, setiap pihak iaitu pengarang, khalayak dan pengkaji mempunyai masing-masing tugas dengan sikap bersama yang hakrmonis kerana tidak wujudnya silang-tanggap yang berkemungkinan bercanggah antara satu sama lain.  Fungsi masing-masing hazrus dijaga keharmoniannya.  Yang penting, di hujung proses, setiap kelompok yang terlibat dalam dunia sastera / penulisan ialah mendapat manfaat terbaik mengikut niat pencarian setiap individu.  Kesannya tentulah adalanya pembaikan kehidupan daripada dua fungsi klasik sastera iaitu memperoleh pendidikan (walaupun sedikit) dan kepuasan seni yang sering diistilahkan pengkaji sastera sebagai katarsis.

Rabu, 12 Jun 2013

FESTIVAL TEATER PENDEK 15MINIT

Festival Teater Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Labuan dengan kerjasama  PEWILA

PEMENTASAN TEATER PENDEK 15 MINIT
Lima (5) Kumpulan teater akan mempersembahkan teater masing-masing termasuk persembahan undangan dari USM, Pulau Pinang.

Tarikh        :  29 Jun 2013
Masa         :  8.00 -10.00 malam

Tempat      :  Anjung Budaya, Perbandanan Labuan, WP Labuan.

ATUR CARA PERSEMBAHAN

8.00 mlm         :           Teater  “Cerai”  Karya  Khairul Amin Mirsa
                         Produksi :   Grup Teater BAHASA (Badan Bahasa  dan Sastera Sabah)
                        Arahan    :    Abdul Karim Ghulam

8.20 mlm         :           “Lu dalam Gua”  Karya  Moh Azam Rezali
                          Produksi :   Grup r Kolej Matrikulasi  Labuan 
                          Arahan    :   Aizamin Abd. Azizi

8.40 mlm         :             Monodrama “Nisya Khalid ”
                          Produksi :   Grup Dewan Budaya USM
                          Karya & Arahan  :   Senibayan

9.00 mlm.        :           “Neo-Romantik”  Karya Aloy Paradoks
                        Produksi :    Grup Teater  RUSTA (Tawau)
                        Arahan    :   Mamin Kolian

9.20 mlm         :           “Maharaja Maksiat”  Karya Shahril Ya’acob
                        Produksi :   Pearl Theatre (Labuan)
                        Arahan    :  Jasmini Daud

9.40 mlm         :           Monodrama “Surat untuk Mama ”
                          Produksi :  Grup Dewan Budaya USM
                        Karya & Arahan  :   Khairol Azhar Abd.  Jalil

10.00 mlm       :           Bersurai

PERSEMBAHAN MONODRAMA                                            
Grup Teater Dewan Budaya USM turut diundang khas untuk persembahan dua (2) persembahan monodrama berjudul “Nisya Khalid” (memenangi hadiah Skrip Monodrama Terbaik 2011) dan “Surat untuk Mama” (hadiah Skrip Monodrama 2012/ Pelakon  Monodrama Terbaik 2012).

BENGKEL TEATER 
Dua Bengkel teater akan diadakan serentak iaitu:
(i)             Bengkel Penulisan Skrip (Drama Pendek)
(ii)            Bengkel Lakonan & Pengarahan (Teater Pendek)
Tarikh  :           30 Jun  - 1 Julai 2013
Masa    :           (seperti jadual di bawah)
Tempat : Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara PL,   Jalan OKK Abdullah, Bandar Labuan.
                  
JADUAL BENGKEL *

29 Jun 2013 (Sabtu)
8.30  pg  – 9.00 pg       :           Pendaftaran Peserta
9.00  –  10.00  pg.       :           Taklimat & Sesi Suai-Kenal
10.00  - 11.00  pg        :           Sesi 1 (Pengenalan : Ulasan Persembahan  Teater Pendek (FTP)
11.00  pg  - 1.00 ptg    :           Bengkel : Sesi 2
2.30  –   5.30  ptg        :           Bengkel : Sesi 3
8.00  – 10.00  mlm      :           Bengkel : Sesi 4

30 Jun 2013 (Ahad)
9.00  - 11.00 pg.          :           Bengkel : Sesi 5 
11.00 pg  - 1.00 ptg.    :           Bengkel : Sesi 6 
2.30  –  4.00 ptg          :           Bengkel : Sesi 7 
4.00  –  4.45 ptg          :           Majlis Penutup & Penyampaian Sijil
4.55  - 5.00 ptg.           :           Jamuan

Catatan :
*      Jadual  terperinci  bengkel akan diberi kepada peserta  pada hari  pendaftaran bengkel.
**    Makan minum disediakan sepanjang bengkel berlangsung.

Sila Hantar Borang Penyertaan (melalui pos/faks/e-mel) ke alamat :

Urus Setia Festival Teater Pendek  2013,
Bahagian Promosi dan Pengiktirafan,   
Dewan Bahasa dan Pustaka
Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 
50460 KUALA LUMPUR.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :  Puan Zaiton Hussin: 03-21482922  (E-mel: zaiton2@dbp.gov.my) 
Puan Baidari Evadarweena  :  03-21483252  No. Faks : 03-21422029 (E-mel: baidari@dbp.gov.my)
  
 TARIKH TUTUP PERMOHONAN 24 Jun  2013

Selasa, 28 Mei 2013

Tentatif Atur Cara Dialog Borneo Kalimantan Ke-11 2013

HARI PERTAMA – 27 JUN 2013 (KHAMIS)

PAGI-PETANG       PENDAFTARAN PESERTA

11.00 pagi – 5.00 ptg  :           Pendaftaran (Kantin, UMS KAL)


MALAM ~ PERASMIAN DIALOG BORNEO KALIMANTAN KE-XI

Majlis Perasmian Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 (Dewan Utama UMS KAL)

07.30 malam    :           Ketibaan Peserta
07.45 malam    :           Ketibaan Tetamu Kehormat
                        :           Lagu Negaraku / Lagu Wilayah
                        :           Bacaan Doa
                        :           Makan
                        :           Persembahan Salingan
                        :           Ucapan Alu-aluan Pengerusi Penyelenggara oleh:
                                    Dr Harun Haji Pudin
                                    Ketua Satu PERWILA
                        :           Ucapan Sambutan oleh:
                                    Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
                                    Ketua Satu GAPENA
                        :           Ucapan Perasmian Pembukaan oleh:
                                    YB Senator Datuk Hj. Yunus bin Hj. Kurus
                                    Ahli Dewan Negara Labuan              
                        :           Pelancaran Buku Antologi Puisi DBK
                        :           Pelancaran Buku Antologi “Sepulau Sekasih Kita” Edisi ke-2
                        :           Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi
                        :           Persembahan Kebudayaan
11.00 malam    :           BERSURAI.


HARI KEDUA – 28 JUN 2013 (JUMAAT)

7.00 pagi         :           Sarapan (Kantin UMS KAL)

PAGI ~ PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (Dewan Theattrette UMS KAL)

 8.00 pagi        :           PENGERUSI: Dr. Harun Hj Pudin
                        :           Ucaptama
                                    Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
                                    Ketua Satu GAPENA
                        :           Ucaptama
                                    YBhg . Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan
                                    Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
9.00 pagi         :           Pembentangan Kertas Kerja Sesi 1
                                    PENGERUSI SESI 1: En. Awang Asim Ag Besar

                                    Tema: Budaya Dalam Konteks Pembinaan Karya Sastera
                                    Borneo-Kalimantan

11.30 pagi-      :           Balik ke penginapan / Solat Jumaat /Makan tengah hari
1.45 ptg


PETANG ~ PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (Dewan Theattrette UMS KAL)

2.00 petang     :          Pembentangan Kertas Kerja Sesi 2
                                    PENGERUSI SESI 2: En. Yahya Ahmad Puteh

                                    Tema: Pemikiran Karyawan Kesusasteraan Borneo-
                                    Kalimantan


MALAM ~     REKOMENDASI DAN PERSEMBAHAN TEATER PENDEK

7.00 malam      :           Makan malam (Kantin UMS KAL)
08.00 malam    :           Rekomendasi Dialog Borneo-Kalimantan (Wakil Perserta Sahaja)   
                        :           Persembahan Teater Pendek
                                    (Anjung Budaya Perbadanan Labuan, Taman Damai)


HARI KETIGA – 29 JUN 2013 (SABTU)

7.00 pagi         :          Sarapan (Kantin UMS KAL)


PAGI ~ PEMBENTANGAN KERTAS KERJA (Dewan Theattrette UMS KAL)

8.00 pagi         :          Pembentangan Kertas Kerja Sesi 3
                                    PENGERUSI SESI 3: En. Sahar Misron

                                    Tema: Merekayasa Citra Sastera Borneo

12.30 t/hari      :          Makan Tengah hari/ Balik ke penginapan / Solat


PETANG ~ LAWATAN KE SEKITAR LABUAN

2.00 petang     :          LAWATAN

                        •           World War Memorial
                        •           Muzium Labuan
                        •           Muzium Marin
                        •           Chimney
                        •           Taman Damai Layang-Layangan

5.00 petang     :          Minum Petang (Kantin UMS KAL)


MALAM ~  MAJLIS PENUTUPAN DBK KE-11

Majlis Perasmian Dialog Borneo-Kalimantan Ke-11 (Dewan Theattrette UMS KAL)

07.30 malam    :           Ketibaan Peserta
07.45 malam    :           Ketibaan Tetamu Kehormat
                                    YB En. Rozman Datuk Hj Isli
                        :           Lagu Negaraku / Lagu Wilayah
                        :           Bacaan Doa
                        :           Ucapan Penghargaan
                        :           Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
                                    Ketua Satu GAPENA
                        :           Ucapan Perasmian Penutupan
                                    YB En. Rozman Datuk Hj Isli
                                    Ahli Parlimen Labuan            
                        :           Penyampaian Cenderamata kepada Perasmi
                        :           Persembahan Kebudayaan
                        :           Persembahan Deklamasi Puisi (Wakil Peserta)
                        :           Bergambar Ramai
11.00 malam    :           BERSURAI.



Isnin, 27 Mei 2013

Perbincangan Penggunaan Kemudahan Di UMS KAL

 Tarikh: 27 Mei 2013
Masa: 9 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat HEP, Tingkat 2, Bangunan Menara, UMS KAL


PERWILA diwakili oleh Sahar Misron (K2), Masmah Mohd Ali (SU DBK), Hjh Hasnah Sambas (Urus Setia DBK) dan Rafidah Mohamad (Urus Setia Pemakalah DBK)

Rabu, 22 Mei 2013

Senarai Nama Peserta DBK Ke-11 2013


Senarai Nama Peserta DBK Ke-11 2013 Yang Telah Menghantar Borang Pendaftaran. (Peserta luar daripada WP Labuan akan disediakan penginapan, sila daftar nama segera untuk penyediaan penginapan. Terima kasih)

Nama ~ Persatuan/Negeri 

SABAH Mabulmaddin Shaiddin ~ IPS (Sabah) 
Abd Naddin Hj Shauddin ~ IPS (Sabah) 
Azridah PS Abadi ~ IPS (Sabah) 
Hasyuda Abadi ~ IPS (Sabah) 
Jaliha Jaman ~ IPS (Sabah) 
Mohd Fuad Bebit ~ IPS (Sabah) 
Mohd Jasni Yakub ~ IPS (Sabah) 
Norawi Hj Kata ~ IPS (Sabah) 
Oneh Latifah Osman ~ IPS (Sabah)
Mohd Nurazwan Bin Agustine 
~ IPS (Sabah)
Musa Bin Masran ~  IPS (Sabah)
Rafi Harumin ~ IPS (Sabah) 
Elni Maryani Mahmud ~ IPS (Sabah)
Jasni Matlani ~ BAHASA (Sabah) 
Ramli Jusoh ~ BAHASA (Sabah)
Dk Mastura Binti Pg Ismail ~ BAHASA (Sabah) 

Juri Durabi ~ BAHASA (Sabah) 
Pena Alam ~ BAHASA (Sabah) 
Welnie ~ BAHASA (Sabah)
Rezal Bin Maznan ~ BAHASA (Sabah)
Siti Rahmah G. Ibrahim ~ BAHASA (Sabah)
Mahmud Jahar ~ BAHASA (Sabah)
Yatim Ahmad ~ BAHASA (Sabah)
Abdul Karim Gullam ~ BAHASA (Sabah)
Hassan Saprin ~ BAHASA (Sabah)
Salleh saprin ~ BAHASA (Sabah)
Jasni Yakob Jovenea ~ BAHASA (Sabah)
Jim Lajim Amini Gawis ~ BAHASA (Sabah)
Maznah Sulaiman ~ BAHASA (Sabah)
Ramlah Abd. Rasid ~ BAHASA (Sabah)
Noraini Booh Abdulah ~ BAHASA (Sabah)
Martinah Obod Mad sakiran Sulaiman  ~ BAHASA (Sabah)
Ain Nordin ~ BAHASA (Sabah)
Rusdi Awang ~ DBP C. SABAH
Hj Jamaluddin Sulong ~ DBP C. SABAH 
Mohammad Puad Bin Bebit ~UMS KOTA KINABALU
Sulaiman Kilo @ Saripudin Kadir ~ Sabah
Ismaily Bungsu ~ Sabah
Muhammad Kasim Abdullah ~ Sabah
Hamidah binti Kassam ~ Sabah

Muhammad Ridwan Muhammad Kasim ~ Sabah

SARAWAK
Ja'afar Haji Hamdan ~ PEKASA (Srwk) 
Jaya Ramba ~ PUTERA (Srwk) 
Poul Nanggang ~ PUTERA (Srwk) 
Abang Median Abang Said ~ PUTERA (Srwk)
Abizai ~ PUTERA (Srwk)
Siti Rokiah ~ PUTERA (Srwk)
Norasikin Abdullah ~ PUTERA (Srwk)
Benyamin Matussin (Limbang) ~ PENGKARYA (Srwk)

SEMENANJUNG
Sahlan Mohd Saman ~ SELANGOR 
Norafiq Mohd. Nor ~ SELANGOR 
Abu Hassan Ashari Abas ~ SELANGOR
Kamal Ishak ~ PULAU PINANG
Mohd Arman Daud ~ DBP KL
Mahaya Mohd. Yassin ~ PEN
Datin Sabarriah Shukur ~ PEN
Siri Neng Buah ASH ~ PEN

INDONESIA
Deddy Setiawan ~ KALTENG 
Abdul Rahim Hasibuan ~ KALTIM
Sy. Zolkarnain Shahab ~ KALBAR
Wahyudi Abdurrahman Zaenal ~ KALBAR 
Dr. Holol Azmi ~ KALBAR
Nano L. Basuk ~ KALBAR
H Syarifuddin R ~ KALSEL
Micky Hidayat ~ KALSEL
Tajuddin Noor Ganie ~ KALSEL
YS. Agus Soeseno ~ KALSEL
Drs. Irwan Afiaddin ~ KALSEL
Viddy Ad Daery (Surabaya) ~ INDONESIA
Ibu Sastry Bakry (Jakarta) ~ INDONESIA

BRUNEI DS
Zefri Ariff ~ UNIVERSITI BD N. BRUNEI DS
Firdaus Nordin ~ ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Haji Jawawi Hjr ~ ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Awang Mawardi Masyhuri B. Hj Mohd Firdaus ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hj Md Hussain bin Abdul Rahman ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hj Md Daud bin Taha ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hj Awg Mohd Yusoff bin Hj Awg Murni ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hj Abd Karim bin Hj Md Yassin ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Awg Kamis bin Hj Tuah ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Dr Hjh Dyg Fatimah binti Hj Awg Chuchu ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Awg Hj Hidop bin Hj Mohd Zain ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hjh Rosni bin Jambol ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hjh Sofiah binti Beniyamin ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hjh Alimah binti Ismail ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Hj Abd Gafur bin Hj Md Alli Maricar ASTERAWANI N. BRUNEI DS

Nuraqilah binti Hj Abd Gafur ASTERAWANI N. BRUNEI DS
Awang Haji Yahya B. Hj. Ghafar ~ N. BRUNEI DS (B2K) 
Awang Chong Ah Fok ~ N. BRUNEI DS (B2K) 
Awang Haji Bidin Hj Mohd Noor ~ N. BRUNEI DS (B2K) 
Awang Haji Metamit bin Matzin ~ N. BRUNEI DS (B2K)
Awang Haji Sahari Hj Abd Rahman ~ N. BRUNEI DS (B2K)
Rohaidah Anizah bt. Muhammad Kamsani ~ N. BRUNEI DS (B2K)
Sosonjan Binti A.Khan ~ NEGARA BRUNEI DS 




NOTA: Akan dikemas kini jika ada penambahan peserta, sila hubungi Setiausaha DBK Ke-11 di alamat email norgadis@yahoo.com  atau FB Norgadis Labuan 

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA