Kertas Kerja Sempena Dialog Borneo-Kalimantan Ke XI 2013
oleh
Sahlan Mohd Saman
Abstrak
Penulisan novel di Negara Brunei Darussalam semakin
mempihatkan perkembangan
memberangsangkan. Kuantiti dan kualitinya semakin ketara pertambahannya
kebelakangan ini. Persoalan yang diketengahkan juga semakin keluar daripada
lingkungannya. Kertas ini memperlihatkan
bagaimana fenomena budaya dan flora fauna tempatan dieksploit
novelis-novelisnya untuk mengetengahkan hasil yang sedikit berbeza panoramanya
berbanding novel hasil pengarang wilayah sekitarnya. Kelainan fenomena tersebut memperjelaskan
bahawa itulah jati diri Brunei
yang perlu diketahui dan difahami terutamanya oleh khalayak pembaca daripada
luar lingkungannya.
Pengenalan
Penulisan
nove; di Negara Brunei Darussala dalam tempoh sepuluh tahun ini jelas
memperlihatkan suatu ciri berbeza berbanding wilayah-wilayah berjiran dengan
seperti Labuan, Sabah, Sarawak, Singapura, Semenanjung Tanah Melayu dan wilayah-wilayah
di Kalimantan Selatan. Sepintas lalu,
penulisan genre ini masih dimonopoli pengarang veteran yang mula dikenali
sekitar dekad 1980-an dan 1990-an.
Nama-nama Muslim Burmat, Haji Bujang Haji Matnor, Chong Ah Fok, Sun Tze
Yun, A.R. Romzi, D.P. Matussin, H. B.
Mahmud, Norsiah M.S., Norsiah Abd. Gapar,
Muhammad Haji Timbang dan Haji Masri Hj Idris adalah yang masih disebut
hingga ke era ini. Yang telah memilih
berehat adalah Yura Halim.
Novel popular yang sangat asyik
dikerjakan pengarang muda Semenanjung, Sabah dan Sarawak
tidak begitu popular di negara itu. Ada beberapa faktor yang
menjadikan scenario itu sebegitu rupa.
Namun pada perbicaraan ini penulis hanya menyentuh novel serius atau
novel dewasa yang dibaca oleh khalayak yang telah arif serta menjiwai genre novel ini. Bahasa, budaya, perwatakan, tema, gaya dan sumber cerita
yang menjadikannya menduduki harakat dewasa atau tinggi ini.
Walaupun kuantitinya tida banyak
diterbitkan pada setiap tahun, bergantung harap kepada dedikasi satu-satunya
penerbit pemerintah iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, kualitinya sebagai
novel tinggi tetap terpelihara sama juga seperti tiga puluh tahun lalu sewaktu
kemerdekaan sedang diperjuangkan ketika terserlahnya novelis awal seperti H.M.
Salleh dan Yura Halim. Mereka berdua itu
amat kukuh dengan nasionalisme vs. penjajahan.
Ketakutan bangsa penjajah terhadap
kebangkitan rakyat Brunei
telah mengakibatkan H.M. Salleh disumbatkan ke dalam penjara. Sesudah merdeka 1984, suasana penulisan
keseluruhannya turut berubah kepada nasionalisme luas mempertahankan dan
sayangkan bangsa serta tanah air.
Petanda ini terjelma dalam Lari
Bersama Musim1 karya novel sulung Muslim Burmat. Yang dipaparkan lewat novel ini ialah masalah
orang Melayu Brunei
dengan pembangunan tanah (antara perikanan pantai yang diistilahkan kini
sebagai nelayan tradisional dan penanaman padi huma)2
Walaupun tulisan ini merujuk secara
khusus era mutakhir (dalam konteks 10 tahun) 2003 hingga 2012, sesekali cebisan sejarah pasti memperkukuh
hujah atau diambil sebagai unsur proses pembuktian. Khalayak sastera di luar Negara itu mungkin
kurang faham segala dan semua catatan hakiki berkaitan sejarah politik, ekonomi
dan budayanya terutama pada era panjang sejak sebelum dan sesudah merdeka.
Perkaitannya dengan budaya serta
flora faunanya turut diberikan tumpuan kerana ianya satu daripada fenomena unik
yang mampu memgbezakan panorama novel Negara itu berbanding novel
jiran-jirannya seperti yang telah dihasilkan nevelis-novelis Sarawak dan Sabah
serta Labuan . Ada
persamaan dan lebih penting ada perbezaan yang perlu dijadikan perhatian
kajian. Di hujung bicara ini nanti
penulis mengharapkan dapat mengajukan beberapa penemuan tentang dua fenomena
ini yang terdapat dalam novel kajian untuk sepanjag kira-kira sedekad yang lalu
itu.
Budaya dan Flora Fauna dalam Novel
Seecara umum kita mengerti bahawa
budaya adalah seluruh pemikiran dan perlakuan atau amalan bersama sesuatu
kelompok manusia yang dipanggil masyarakat.
Kalau sifatnya sendiri-sendiri itu bukanlah budaya. Setiap individu sesebuah kolompok mengamalkan
budaya secara koloktif. Ahli antropologi
dan sosiologi sering meletakkan budaya
ke dalam komposisi berkemampuan atau keberadaan budi dan daya. Sistem mengamalkan sesuatu budaya lazimnya
melalui pewarisan generasi terdahulu kepada generasi yang lebih kemudian. Novel-novel dibincangkan akan memperlihatkan
hal-hal yang disebutkan seperti itu.
Pada konteks masyarakat Melayu
Nusantara; dengan ingatan sebagai satu keluarga besar yang mengamalkan bahasa dan
mewarisi budaya serupa walaupun ada perbezaan anutan, kepercayaan serta
agama. Persamaan mengatasi perbezaan,
sebab itu boleh hidup bersama dalam satu
rumah besar. Keseluruhannya, homoginiti
tetap menjadikan semua etnik yang tinggal di dalamnya mengongsikan budaya sama
walaupun tidak serupa.
Melayu Negara Brunei Darussalam
mengikut Perlembagaan menghimpunkan tujuh puak:
Melayu Brunei, Melayu Kedayan, Dusun, Murut, Tutong, Belait dan
Temburong, masing-masing punya amalan budaya yang juga banyak persamaan tetapi
dipisahkan oleh agama, Islam.
Masing-masing punya bahasa pertuturan (tanpa ada aksara seperti Jawa di
Indonesia) dan adat istiadat warisan disebut sebagai the rites and rituals tetapi tetap berkampung dengan segala flora
fauna kampung dan hutan rimba. Alam
melingkari kehidupan tujuh etnik
tersebut juga dikongsikan dari daerah Muara hingga ke Belait dan
Temburong saujananya.
Alam karya sastera sering dikatakan
sebagai cerminan kehidupan sebenar dengan gambaran realisme hakikinya. Namun ada kalanya alam karkya sastera itu
lebih realistic daripada alam realiti (pastinya juga lebih estetik) sehingga
mewujudkan alam yang sukar dipercayai, dihayati malah diterima secara mudah
kerana kecanggihan penulisan yang dilakujkan oleh pengarangnya. Konsep itu disebut sebagai realiti
kreatif. Realiti kreatif memiliki
cirri-ciri yang sukar dinikmati keindahannya kecuali dengan deria melebihi
pencaindera kebiasaannya. Namun
pertalian sebab-akibat segala kejadian tetgap dijaga serta dipastikan logik keberkesanannya
tidak pula mustahil.
Oleh kerana sastera sebagai satu
daripada kasrya seni, kewujudan un sur batin perlu diperhatikan: sebati dengan kejadian dan watak yang
berperanan dalam cerita sebagai warisan budaya yang kekadang kurang disedari oleh
khalayak pembaca. Pembaca juga perlu
memiliki pengalaman dan pengetahuan tinggi untuk mendapatkan kesan katarsis
terbaik daripada proses pembacaan sesebuah karya saster terutamanya novel,
drama dan puisi. Antara genre kreatif
moden, pastinya novel memiliki unsure-unsur budaya yang amata banyak serta
dengan keterperincian yang amat menyeluruh juga jika kita bandingkan dengan
genre lainnya.
Kesan aanugerah Allah swt.. kepada
seorang novelis tentang unsur batin seperti catatan penelaah atau pengkaji teks
budaya Barat sebagai realisme social, seuatu kelebihan, boleh jadi satu
keistimewaan yang dipancarkan dalam sebuah novel. Mereka tidak faham dan tidak mengetahui semua
budaya sebelah Timur ini. Pada konteks
novel Brunei, unsur realisme magis
ini belum pasti keberadaannya, kerana
ianya adalah blending daripada beberapa unsur warisan pra-Islam seperti jampi
dan mantera, guridam dan seloka, syair yang dilagukan serta serta perbilangan
adapt, pepatah-patitih dan teromba. Di
kalangan penulis Semenanjung seperti Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah,
Moechtar Awang, Daeng Ramliakil, Ladin Nuawi dan Rahimidin Zahari, unsur
sastera Melayu sebegini tidaklah asing bagi mereka; malah A.Ghafar Ibrahim
turut mendeklamasikan sajak-sajaknya secara audio-visual yang memikat, suatu
unsure baru dan menakjubkan bagi pendengar atau peminat sastera asing.
Budaya yang diwarisi setiap etnik
juga memberikan variasi perbezaan gambarar walaupun pada kadar amat
minimal. Di zaman dunia serba maju dan
canggih kini, pengarang yang memiliki pengetahuuan serta pengalaman luas dan
tinggi lazimnya mampuu menghasilkan manuskrip yang tinggi juga nilainya, selain
yang sarat nilai dan keilmuannya, memiliki anugerah dan kerajinann luar biasa
seperti pada Arena Wati, Shahnon Ahmad, Anwar Ridhwan, Harun Haji Salleh dan
Muslim Burmat. Kata de Bono, orang
begini adalah pilihan [Allah swt] tetapi dia sendiri yang menggilap anugerah
itu sehingga dia sendiri mengecap nikmat di hujung proses perjalanannya:
Man
owes his success to his creativity… It
is most useful in good times
and essential in bad … When creativity is regarded as a magic gift,
there
is nothing that can be done about it if you are not lucky enough to have
the gift… those who develop most
skill will be the most creative.
(de Bono 1982 : 1 – 3)
Kejayaan novelis adalah kemahiran
tinggi tentang keterampilan mengarang.
Novelis Brunei tetap memberikan gambaran
budaya masyarakat Melayu di mana dia diam
berkongsi masa lampau dan masa depannya, di sepanjang pantai dan sungainya, di
dusun dan kampung halamannya. Variasi
perbezaan yang amat sedikit pada segala aspek budaya dan adat istiadat mereka
lebih sekata pada apa jua aspek kehidupan.
Falsafah Negara Melayu-Islam-Beraja mengikat mereka dalam satu kesatuan
yang menjadikan mereka sentiasa aman dan tenteram sebagai sebuah Negara. Rata-rata pengarang Brunei masih
dan sangat cenderung mengambil seni budaya mereka di samping flora fauna yang
mewarnai kehidupan mereka sebagai sumber berkarya. Kesannya sudah pasti sebahagian besarnya
perisian novel mereka bersifat local
colour atau terisi oleh warna daerah mereka.
Mereka gemar kepada panorama budaya
rakyat jelata dalam bentuk warisan asalnya pada segala aspek kehidupan mereka
bermasyarakat. Kampung tempat tinggal
dijadikan pilihan terbanyak terutamanya Kampung Ayer, kampung Melayu Brunei dan
Melayu Kedayan terutamanya yang berkaitan tanah serta ladang buah-buahan. Masyarakat Iban dan Dusun tinggal di
pedalaman dengan pohon buah-buahan sebagai sumber rezeki yang menghidupi
keluarga mereka di samping berburu. Walaupun
kaum Iban tidak dimasukkan sebagai etnik Melayu, mereka tetap hidup di Negara
ini bersama-sama yang lain dan suku Lumbawang.
Segala tumbuhan di hutan belukar,
lembah dan gunung mereka miliki bersama, yang belum diberikan hak milik secara
sah. Banyak persamaan nama flora fauna
di daerah begini dengan yang ada di seluruh kepulauan Borneo, kerana sebelum
kemasukan penjajah Inggeris dan Belanda
dulu manusia Kalimantan hidup tanpa sempadan politik, bersama menikmati
anugerah Allah swt. ke atas segala isi alam kepulaan ini. Sungai di Brunei seperti Sungai Tutong, sama
juga seperti sungai-sungai di Sarawak , dengan
kehadiran buaya ganas membaham mereka yang lalai menjala, memancing atau
mencari daun nipah. Burung keruak atau
wak-wak yang lumrah disimbol-kaitkan dengan sawah padi sama-sama mereka
ciptakan dalam bentuk tarian tentang kepintaran seseorang mengilak malapetaka
yang datang tanpa mengira tempat dan ketika.
Ada
novelis yang pintar mengekspoit unsur alam mewujudkan watak-watak novelnya
bersama flora fauna sebagai pelengkap kehidupan masyarakat mereka (teman hidup
berburu, menjaga keselamatan, makanan, kenderaan), pada sudut lain pula sebagai
antagonis yang sentiasa diawasi, ditakuti, dielak pertembungannya (harimau,
buaya, ular bisa, helang). Fungsi
pemanfaatan itu tetap universal, hanya teknik penulisann dan bahasa serta
dialek yang dimasukkan saja yang mungkin berbeza.
PENGARANG ------- NOVEL
-------- KHALAYAK
(novelis)
(pembaca, kritikawan)
Tujuan novelis tetap ingin
mengongsikan segala yang ingin dikongsikannya kepada khalayak : ideologi, gambaran masyarakat dan budayanya,
flora fauna tempat penceritaan, protes sosial, sejarah, politik, ekonomi,
dsb. Di Brunei, setiap suku kaum
memiliki beberapa cirri yang saling berkait antara saru sama lain. Pengarang atau novelis perlu kepada
bakat, keterampilan bercerita dan
teknis, bahasa, pemilihan tema dan jalinan plot, serta keterampilan lain
seperti digariskan de Bono sebelum ini.
Poetica
Licencia atau kebebasan seni milik mutlak pengarang seharusnya digunakan
setepat mungkin dengan bentuk dan keperluan ceritaa. Perspektifnya harus juga dipertajamkan
bersama kematangan usia serta kepengarangannya.
Penyatuan segala ciri dalam kepadatan integrasi dijadikan azimat utama. Novelis Brunei yang berjaya tentunya
memanfaatkan ciri-ciri tersebut semaksima daya kepengarangan yang dimilikinya.
Licencia Poetica
Sesuatu yang istimewa bagi setiap pengarang
ialah anugerah bakat dan proses kebahasaan yang dikuasainya yang lebih tinggi
berbanding individu lain. Tidak semua
individu diberikan Allah swt. anugerah yang dua itu. Namun dia mestilah menydarinya, lantas terus
menjernihkan dan mempertajamkan persepsi kepengarangannya agar dia terus
memberi manfaat kepada seluruh kehidupan diri serta khalayaknya.
Keistimewaan pengarang seperti
novelis adalah memiliki “sikap terbuka, berminda luwes, bersedia menerima idea
dan pengalaman baru dari segi kognitif”3.
Perihal istimewa ini ingin dikongsikannya dengan orang lain terutama
khalayaknya agar akhirnyamereka juga mampu mengubah sifat serta sikap-sikap
menjadi positif demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Itu jugas satu daripada sebab ahli-ahli
sosiologi mendakwa bahawa penulisan sastera adalah sebahagian pemindahan
ideology penngarang kepada khalayaknya hingga ke tahap membawakan perubashan
seiring ideologi semasa/mutakhir yang diyakini lebih baik dan fungsional
daripada yang lama.
Maka pilihan genre dan alun
penceeritaan adalah antara hak mutlak pengarang dalam konteks mengongsikan atau
memindahkan ideologi penulisannya, pluralisme pangarang. Dia percaya apa yang diajukannya dalam
tuklisannya sebagai pemikiran dan contoh kehidupan paling mahal harganya. Licencia poetica atau kebebasan seni yang
tidak boleh ditolak atau dipersoalkan khalayak.
Dalam konteks alam sastera, setiap pihak iaitu pengarang, khalayak dan
pengkaji mempunyai masing-masing tugas dengan sikap bersama yang hakrmonis
kerana tidak wujudnya silang-tanggap yang berkemungkinan bercanggah antara satu
sama lain. Fungsi masing-masing hazrus
dijaga keharmoniannya. Yang penting, di
hujung proses, setiap kelompok yang terlibat dalam dunia sastera / penulisan
ialah mendapat manfaat terbaik mengikut niat pencarian setiap individu. Kesannya tentulah adalanya pembaikan
kehidupan daripada dua fungsi klasik sastera iaitu memperoleh pendidikan
(walaupun sedikit) dan kepuasan seni yang sering diistilahkan pengkaji sastera
sebagai katarsis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan