Khamis, 23 Jun 2016

Majlis Lima Jiwa Satu Hati (MAJLISAH)

 
Y. B Datuk/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Encik/Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa  Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) akan mengadakan program Majlis Lima Jiwa Satu Hati (MAJLISAH) pada 26 & 27hb Jun 2016 bertempat di Kolej Matrikulasi Labuan dan SMK Pantai, Wilayah Persekutuan Labuan.

MAJLISAH adalah program yang dijalankan secara kerjasama oleh PERWILA, Kolej Matrikulasi Labuan, Grup Bersama Terbitkan Antologi (BeTA), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan SMK. Pantai, W. P. Labuan.

Program ini bertujuan memasyarakatkan penulis, menyemarakkan seni bahasa dan persuratan agar dapat memugarkan kecintaan masyarakat Labuan terhadap sastera dan Bahasa Kebangsaan.

Pengisian Program

Tarikh: 26 Jun 2016 (Ahad)
Tempat: Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan
Peserta: Warga KML dan masyarakat di W. P. Labuan

9:00 Pagi - 11:00 pagi
- Majlis Perasmian MAJLISAH oleh Y. B Ahli Parlimen P66 Labuan
(Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Kampung di Wilayah Persekutuan Labuan dijemput hadir)

-Pelancaran buku-buku terbitan PERWILA dan BeTA

11:00 pagi - 1:00 petang
Bedah Buku Terbitan PERWILA (Mawar Merah)

2:00 petang - 4:00 petang
Pertandingan Deklamasi Sajak

Tarikh: 27 Jun 2016 (Isnin)
Tempat: Dewan SMK Pantai, W. P. Labuan
Peserta: Warga SMK Pantai

9:00 pagi -  11:00 pagi
Wacana Puisi: Inspirasi dan Motivasi Di SMK Pantai

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Aizamin Abd Aziz (019-4488 428)

Jumaat, 10 Jun 2016

Kumpulan Puisi: Mawar Merah

Judul: Mawar Merah
(Kumpulan Puisi Norgadis Labuan)
ISBN 978-983-44604-7-1
Harga: RM25.00

Mawar merah
setiap kelopakmu sarat dengan sari makna
membawa segala kekuatan di celah rantingmu
terus berjuang bersama keaslian semarak
mengharum mewangi membawa sebuah nama
durimu yang tajam sentiasa siap sedia
mengukuh menjaga kesucian dan kehormatan.
Buku ini memuatkan sejumlah 63 judul puisi yang berkisar mengenai kehidupan, pertarungan menghadapi cabaran hidup dan keimanan kepada Tuhan seperti yang dinukilkan oleh Norgadis Labuan. Buku ini boleh dipesan terus dengan menghubungi penulis.

Apa kata pembaca?
"Sesungguh membaca Kumpulan Puisi Mawar Merah dapat memberikan sebuah keinsafan tentang makna kehidupan.  Sesebuah kehidupan itu akan menjadi lebih bermakna jikalau kita memaknai sesebuah kehidupan itu dengan dengan nilai kasih sayang  sesama manusia, mengenang budi, nasihat menasihati, menghargai alam dan sentiasa mencitai dan mendekati diri dengan Tuhan melalui keimanan dan ketakwaan yang terpatri kukuh di hati. " (Aizamin Abd Aziz, Utusan Borneo;15 Mei 2016)

Rabu, 20 April 2016

HADIAH PENULISAN PERWILA 2014-2015

Ahli PERWILA dialu-alukan untuk menghantar pencalonan karya sendiri yang telah diterbitkan secara fizikal pada tahun 2014 dan 2015. Pencalonan hendaklah disertakan dengan satu salinan asal atau fotokopi karya/buku yang telah diterbitkan. Salinan ini tidak akan dikembalikan.

Semua borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Setiausaha PERWILA sebelum atau pada 23 Mei 2016.

Alamat penghantaran melalui pos;

Urusetia Hadiah Penulisan,
Peti Surat 81429,
87014 Wilayah Persekutuan Labuan.

Alamat serahan terus;

D/A Francis Labi,
Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan,
Jalan OKK Daud, Kg. Merinding,
Wilayah Persekutuan Labuan.

H/P: 016-8023456

Sila salin dan tampal borang berikut dan cetak dalam kertas bersaiz A4.

 ------------------------------------------------------------------------------



BORANG PENCALONAN HADIAH PENULISAN PERWILA 2014-2015

NAMA PEMOHON (AHLI):____________________________________________________
NAMA PENA:______________________________________________________________

KATEGORI PENILAIAN

[Tandakan (x)]

A. Sastera
                (  ) Cerpen (Sila lampirkan salinan yang disiarkan dan nama akhbar, majalah atau antologi)
                (  ) Sajak (Sila lampirkan salinan yang disiarkan dan nama akhbar, majalah atau antologi)
                (  ) Skrip drama radio (Lampirkan skrip)
 Judul:_____________________________________________________________
 Radio/Studio Rakaman:_______________________________________________

                (  ) Skrip drama pentas (Lampirkan skrip)
Judul:______________________________________________________________
Tempat dan tarikh dipentaskan:_________________________________________

(  ) Novel
Judul:______________________________________________
                        Penerbit:___________________________________________
                        ISBN:______________________________________________

             (  ) Kumpulan Puisi
                          Judul:______________________________________________
                          Penerbit:___________________________________________
                          ISBN:______________________________________________
               
(  ) Kumpulan Cerpen.
Judul:______________________________________________
                        Penerbit:___________________________________________
                        ISBN:______________________________________________


B. Bukan Sastera
Sila lampirkan salinan yang diterbitkan dan nama akhbar, majalah, buletin atau jurnal

              

            (  ) Kritikan Sastera
            (  ) Rencana
(  ) Buku Ilmiah / Tesis
            (  ) Berita
            (  ) Esei
            (  ) Prosiding / Laporan / Seminar
(  ) Kertas Kerja (Belum diterbitkan tetapi sudah dibentangkan adalah dibenarkan)


--- borang tamat ---

Khamis, 7 Januari 2016

Sepagi Bicara Buku

PROGRAM SEPAGI BICARA BUKU

Anjuran:    Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan
Dengan Kerjasama: Kolej Matrikulasi Labuan
Tarikh:    09/01/2016 (Sabtu)
Masa:     8:00 Pagi - 11:00 Pagi
Tempat:    Perpustakaan Kolej Matrikulasi Labuan

Objektif: Untuk mengupas atau membedah karya cerpen yang termuat dalam Kumpulan Cerpen, mencari sudut pandang yang lebih berkesan dalam menghasilkan karya bergenre cerpen abstrak sekali gus memperkenalkan karya penulis Labuan dalam konteks dunia penulisan tanah air serta menjayakan Program Galakan Membaca Kebangsaan peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Tetamu undangan: 
i) En Sahar Misron (Pengetua Cemerlang SMK Pantai)
ii) En Yahya Ahmad Puteh (SMK Rancha-rancha, pengkritik sastera)

Pengacara / Moderator: En. Masah Bin Abu Mansor (KML)
Buku yang dibicarakan: Kumpulan Cerpen Lampu Putih Kedua Belas - Panggilan Terakhir
Penulis: Maharatu Rafidah Mohamad (Terbitan ITBM)

Aktiviti sampingan:
Jualan buku dan tandatangan buku oleh penulis.

Tentatif program:

08.00  pagi - Ketibaan Tetamu
08.15 pagi - Bacaan Doa/Umul Kitab
                 - Ucapan/Perasmian Ketua 1 PERWILA
                 - Cerita “PUISI KECIL”
09.00 pagi - Bicara Buku Panel 1 (En. Sahar Misron)
09.30 pagi - Bicara Buku Panel 2 (En. Yahya Ahmad Puteh)
10.00 pagi - Sesi Soal Jawab Bersama Barisan Panel dan juga Penulis
10.30 pagi - Penjualan Buku dan Tandatangan Penulis
11.00 pagi - Majlis dijangka bersurai

Maklumat lanjut: Sila hubungi / whatsapp 0168023456 - En. Francis Labi.

Sabtu, 31 Oktober 2015

Keratan Akhbar: Angkat Martabat Bahasa Melayu

Tuan Haji Othman Bin Mahali, Ketua Satu PERWILA dianugerahkan Tokoh Bahasa, Sastera dan Budaya Wilayah Persekutuan Labuan 2015

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA