Isnin, 20 Mac 2017
Keratan Akhbar: 10 Pemimpin PERWILA Terima Penghargaan
Sumber: Utusan Borneo, PressReader 20 Mac 2017
Khamis, 2 Februari 2017
HARI SASTERA KE-17, TAHUN 2017
(Kemaskini 08 Mac 2017)
PENDAHULUAN
TUJUAN
TEMA
PENGANJUR
TARIKH DAN TEMPAT
Dicadangkan tarikh pelaksanaannya pada 17 – 19 Mac 2017 (Jumaat – Ahad), bertempat di W.P. Labuan, dan Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah.
JAWATANKUASA INDUK HARI SASTERA KE-17
KERTAS KERJA
Kertas kerja atau makalah yang akan dibentangkan meliputi perbincangan tentang tema Hari Sastera ke-17, isu-isu sastera mutakhir dan serantau.
PENULIS KERTAS KERJA
Pihak penganjur mengundang para penulis kertas kerja dari Malaysia dan negara-negara serantau, Kertas kerja harus ditulis dalam bahasa Melayu. Antara negara-negara yang diundan adalah dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Selatan Thailand.
PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada sasterawan, budayawan tanah air, tenaga pengajar, pelajar dan peminat sastera dan budaya tanah air. Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, bayaran penginapan bagi peserta dari luar W. P. Labuan adalah di bawah tanggungan peserta.
ATURCARA MAJLIS
Atur cara penuh di Lampiran ‘II’.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN/PERTANYAAN
Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi GAPENA di talian telefon 03 21442412, faks 03 21410340, e-mil: gapena2u@gmail.com.my atau Haji Abdul Aziz Haji Mohd Ali (0193196560), Puan Norazimah Abu Bakar (016 383 3670) dan Sdr. Akmal Aizat Abdul Aziz (016 313 3567).
Orang ramai di W. P. Labuan dialu-alukan menyertai program ini melalui Persatuan penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) dengan menghubungi Setiausaha PERWILA (016-8023456 atau Aplikasi Whatsapp di talian 016-7512397).
PENUTUP
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Seminar dan Persidangan GAPENA,
Rumah GAPENA,
JKR 899,
Jalan Belfield
50460 Kuala Lumpur
--------------------------------------------------------------
Lampiran II
HARI SASTERA KE-17, TAHUN 2017 ATUR CARA PENUH
HARI SATU : 17 MAC 2017 (JUMAAT)
Pagi/petang : Ketibaan SN/Pemakalah/Jawatankuasa/Urusetia dll. peserta luar
9.00 pagi : Wacana Integriti dan Ancanman Keselamatan Negara
1. NILAI BUDI DAN INTEGRITI DALAM SEKTOR AWAM DAN SWASTA
Panel:
Panel: Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman
Moderator: Sdr. Sahar Misron, Ketua Dua PERWILA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
11.30 pagi : Rehat, jamuan ringan
3.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja:
SESI I : PEMIKIRAN PENULIS MUDA: TRANSFORMASI NASIONAL :
SASTERA KEBANGSAAN
Panel:
Moderator: Sani La Bise, Jawatankuasa PERWILA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
4.30 petang : Rehat, jamuan ringan
8.00 malam : Acara bebas
HARI KEDUA: 18 MAC 2017 (SABTU)
8.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja:
SESI II : KERTAS DASAR: TRANSFORMASI NASIONAL & SASTERA
KEBANGSAAN
Oleh: YBhg. Datuk Dr. Zainal Kling, Jawatankuasa Kerja GAPENA
Moderator: Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha Satu GAPENA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
9.30 pagi : Rehat, jamuan ringan
10.00 pagi :
SESI III : TRANSFORMASI NASIONAL: PERANAN SASTERAWAN DAN
BUDAYAWAAN DAN GERAKAN SASTERA
Moderator: Puan Hajah Asmiah Ajamain, Pengarah DBP Caw. Sabah
12.00 tengah hari : Rehat, makan tengahari
2.00 petang :
SESI IV : INSTITUSI SASTERA DAN MEDIA DALAM TRANSFORMASI
NASIONAL
3.30 petang : Rehat, jamuan ringan
4.00 petang :
SESI V: TRANSFORMASI SASTERA DAN PERPADUAN SERANTAU
7.00 malam : MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN HARI SASTERA KE-17
oleh: YB Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen W. P. Labuan.
10.30 malam : Majlis Bersurai.
HARI KETIGA: 19 MAC 2017 (AHAD)
9.00 pagi : Peserta berlepas ke Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, Labuan mengikuti Acara
KENDURI SASTERA dan MAJLIS PENUTUPAN HS KE-17
oleh YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, W. P. Labuan.
12:30 tengah hari : Majlis bersurai
TRANSFORMASI NASIONAL DAN SASTERA KEBANGSAAN
PENDAHULUAN
Pada tahun 1972, di Kota Bharu, Kelantan, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Penulis Kelantan (PPK) telah menyelenggarakan acara Hari Sastera anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Acara yang pertama kali diadakan itu telah menemukan para pengarang, sarjana dan peminat bahasa, sastera dan budaya bagi membincangkan persoalan-persoalan bahasa, sastera dan budaya di peringkat kebangsaan. Hanya dalam acara ketiga di Kuching, Sarawak, pada tahun 1974, penyertaan terbuka lebih luas di peringkat antarabangsa. Sejak 1972 hingga 2013, sebanyak 16 kali acara Hari Sastera diadakan di seluruh Malaysia (kecuali di Perlis dan Negeri Sembilan). Sejarahnya adalah seperti berikut: 1972 (Kota Bharu), 1973 (Kota Kinabalu), 1974 (Kuching), 1976 (Alor Setar), 1978 (Kuala Terengganu), 1980 (Ipoh), 1983 (Johor Bahru), 1985 (Pulau Pinang), 1987 (Kuantan), 1993 (Shah Alam), 1995 (Melaka), 2001 (Santubong, Kuching), 2005 (Ipoh), 2007 (Kuantan), 2012 (Melaka) dan 2013 (Kuching, Sarawak). Kesemua acara Hari Sastera dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, dan diselenggarakan bersama-sama oleh GAPENA dan badan-badan gabungannya, dengan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka.
TUJUAN
- Menghimpunkan para pengarang, sarjana dan peminat bahasa, sastera dan budaya untuk membincangkan persoalan-persoalan bahasa, sastera dan budaya dalam tema-tema tertentu yang bersesuaian dengan keadaan semasa.
- Memberikan ruang kepada para pengarang dan sarjana untuk bertemu dan membincangkan karya-karya mereka.
- Memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkembangan sastera mutakhir.
- Membuat rumusan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti karya sastera dalam konteks membina peradaban bangsa Melayu di peringkat kebangsaan dan serantau (Nusantara).
TEMA
Sempena dengan pembentangan bajet 2017, Transformasi Nasional (TN50) telah diumumkan oleh kerajaan sebagai satu perubahan yang harus dilaksanakan untuk menuju ke negara maju pada tahun 2050. Menepati cadangan ini Hari Sastera ke 17 ini akan membincangkan dan melontarkan pandangan sastera kebangsaan dalam menghadapi cabaran tahun mendatang 2050 di samping dapat meningkatkan minat masyarakat Malaysia terhadap hasil sastera dalam bahasa kebangsaan, dan berusaha memasarkannya ke peringkat antarabangsa melalui terjemahan ke pelbagai bahasa antarabangsa. Dicadangkan tema “Transformasi Nasional dan Sastera Kebangsaan” sebagai dasar perbincangan dalam makalah-makalah yang akan dibentangkan.
PENGANJUR
Hari Sastera ke-17 (2017) dianjurkan bersama oleh Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA. Manakala kerja-kerja penyelenggaraan dikelolakan oleh GAPENA (bersama badan-badan gabungannya di Labuan – PERWILA, di Sabah – BAHASA), DBP Cawangan Sabah, dan jabatan-jabatan kerajaan di W. P. Labuan.
TARIKH DAN TEMPAT
Dicadangkan tarikh pelaksanaannya pada 17 – 19 Mac 2017 (Jumaat – Ahad), bertempat di W.P. Labuan, dan Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah.
JAWATANKUASA INDUK HARI SASTERA KE-17
Satu Jawatankuasa Induk telah dibentuk bagi melaksanakan seminar ini supaya berjalan lancar. Jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil Perbadanan Labuan, DBP, GAPENA, DBP Cawangan Sabah, PERWILA, BAHASA dan wakil-wakil Jabatan Kerajaan di Labuan yang terlibat sama.
KERTAS KERJA
Kertas kerja atau makalah yang akan dibentangkan meliputi perbincangan tentang tema Hari Sastera ke-17, isu-isu sastera mutakhir dan serantau.
PENULIS KERTAS KERJA
Pihak penganjur mengundang para penulis kertas kerja dari Malaysia dan negara-negara serantau, Kertas kerja harus ditulis dalam bahasa Melayu. Antara negara-negara yang diundan adalah dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Selatan Thailand.
PENYERTAAN
Penyertaan adalah terbuka kepada sasterawan, budayawan tanah air, tenaga pengajar, pelajar dan peminat sastera dan budaya tanah air. Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, bayaran penginapan bagi peserta dari luar W. P. Labuan adalah di bawah tanggungan peserta.
ATURCARA MAJLIS
1. Majlis Perasmian dan Penutupan;
2. Pembentaangan Kertas Kerja atau Makalah;
3. Malam Persembahan Kesenian;
4. Kenduri Sastera di Kampung Bedaun, Labuan;
5. Lawatan ke sekitar bandar Labuan; dan
6. Lain-lain acara yang bersesuaian dengan Hari Sastera ke-17.
Atur cara penuh di Lampiran ‘II’.
TARIKH TUTUP PENYERTAAN/PERTANYAAN
Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2017. Sebarang pertanyaan sila hubungi GAPENA di talian telefon 03 21442412, faks 03 21410340, e-mil: gapena2u@gmail.com.my atau Haji Abdul Aziz Haji Mohd Ali (0193196560), Puan Norazimah Abu Bakar (016 383 3670) dan Sdr. Akmal Aizat Abdul Aziz (016 313 3567).
Orang ramai di W. P. Labuan dialu-alukan menyertai program ini melalui Persatuan penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) dengan menghubungi Setiausaha PERWILA (016-8023456 atau Aplikasi Whatsapp di talian 016-7512397).
PENUTUP
Sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan. Kejayaan Hari Sastera ke-17 ini amat bermakna kepada WP Labuan oleh kerana inilah kali pertama Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tuan rumah menganjurkan Hari Sastera. Semoga ia menjadi acara kenangan yang amat bermakna bagi Wilayah Persekutuan Labuan khususnya, dan Malaysia amnya.
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Seminar dan Persidangan GAPENA,
Rumah GAPENA,
JKR 899,
Jalan Belfield
50460 Kuala Lumpur
--------------------------------------------------------------
Lampiran II
HARI SASTERA KE-17, TAHUN 2017 ATUR CARA PENUH
HARI SATU : 17 MAC 2017 (JUMAAT)
Pagi/petang : Ketibaan SN/Pemakalah/Jawatankuasa/Urusetia dll. peserta luar
9.00 pagi : Wacana Integriti dan Ancanman Keselamatan Negara
1. NILAI BUDI DAN INTEGRITI DALAM SEKTOR AWAM DAN SWASTA
Panel:
2 . ANCAMAN EXTRIMIS SOSIAL KE ATAS KESELAMATAN NEGARA
- YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu GAPENA
- Sdr. Anuar Ahmad, Institut Integriti Malaysia
Panel: Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman
Moderator: Sdr. Sahar Misron, Ketua Dua PERWILA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
11.30 pagi : Rehat, jamuan ringan
3.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja:
SESI I : PEMIKIRAN PENULIS MUDA: TRANSFORMASI NASIONAL :
SASTERA KEBANGSAAN
Panel:
1. Sdr. Ja’afar Hamdan, Jawatankuasa Kerja GAPENA/DBP Sarawak
2. Sdr. Mohd Fairuz Mhd Padoli (MF Kencana), Penulis Skrip Drama TV
3. Sdr. Hasmin Azroy Abdullah, Penulis Muda Sabah/Ahli BAHASA
Moderator: Sani La Bise, Jawatankuasa PERWILA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
4.30 petang : Rehat, jamuan ringan
8.00 malam : Acara bebas
HARI KEDUA: 18 MAC 2017 (SABTU)
8.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja:
SESI II : KERTAS DASAR: TRANSFORMASI NASIONAL & SASTERA
KEBANGSAAN
Oleh: YBhg. Datuk Dr. Zainal Kling, Jawatankuasa Kerja GAPENA
Moderator: Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha Satu GAPENA
Tempat: Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan
9.30 pagi : Rehat, jamuan ringan
10.00 pagi :
SESI III : TRANSFORMASI NASIONAL: PERANAN SASTERAWAN DAN
BUDAYAWAAN DAN GERAKAN SASTERA
Panel:
1. Puan Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
2. Sdr. Jasni Matlani, Presiden BAHASA/J’kuasa Kerja GAPENA
3. Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Pensyarah APM Univ. Malaya/Bendahari GAPENA
4. Sdr, Jaya Ramba, Setiausaha Satu PUTERA
Moderator: Puan Hajah Asmiah Ajamain, Pengarah DBP Caw. Sabah
12.00 tengah hari : Rehat, makan tengahari
2.00 petang :
SESI IV : INSTITUSI SASTERA DAN MEDIA DALAM TRANSFORMASI
NASIONAL
Panel:
1. Sdr. Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua Dua GAPENA
2. Dr. Mohd Ghazali Taib, Ketua Koparat IPG Kampus Antarabangsa
3. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Bahagian Akademi DBP
5. Sdr. Mohd Khair Ngadiron,Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Bhd.
Moderator: Tengku Fauziah Binti Ku Mat, DBP Cawangan Sabah
3.30 petang : Rehat, jamuan ringan
4.00 petang :
SESI V: TRANSFORMASI SASTERA DAN PERPADUAN SERANTAU
Panel:
1. YB Dato’ Haji Ariffin Ariff, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah
2. YBhg. Dayang Hajah Nortijah Mohd Hassan, Pemangku Pengarah DBP Brunei Darulsallam
3. Sdr. Kazzaini Ks, Ketua Yayasan Sagang, Pekanbaru, Riau/ Ketua Dewan Kesenian Riau
Moderator: YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu GAPENA
7.00 malam : MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN HARI SASTERA KE-17
oleh: YB Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen W. P. Labuan.
Tempat: Grand Ball Room, Lazenda Hotel
10.30 malam : Majlis Bersurai.
HARI KETIGA: 19 MAC 2017 (AHAD)
9.00 pagi : Peserta berlepas ke Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, Labuan mengikuti Acara
KENDURI SASTERA dan MAJLIS PENUTUPAN HS KE-17
oleh YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, W. P. Labuan.
12:30 tengah hari : Majlis bersurai
Selasa, 22 November 2016
4 Judul Buku PERWILA Dilancarkan Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
![]() |
| Ahli PERWILA bergambar bersama pihak DBP. |
![]() |
| Sebahagian penulis bergambar semasa pelancaran buku terbitan PERWILA. |
Tiga daripada buku tersebut adalah karya individu manakala sebuah lagi adalah antologi. Buku berjudul Mawar Merah (Norgadis Labuan) dan Membongkok Senja Tua (Suili Bakar @ Suili ANS) merupakan kumpulan puisi manakala Cinta Tania adalah novel yang ditulis oleh Haji Othman Mahali. Antologi puisi 30 Tahun PERWILA berjudul Doa Buat PERWILA turut dilancarkan dalam majlis tersebut.
Turut dilancarkan adalah kumpulan puisi Gabriel Kim berjudul Benang Merah.
![]() |
| Membongkok Senja Tua/Suili Bakar @ Suili ANS |
![]() |
| Cinta Tania/Othman Mahali |
![]() |
| Doa Buat PERWILA/PERWILA |
![]() |
| Mawar Merah/Norgadis Labuan |
Buku-buku ini boleh diperolehi dengan menghubungi PERWILA (016-8023456) atau melalui Facebook PERWILA.
Rabu, 16 November 2016
Penerbitan Antologi Sempena Sambutan Hari Sastera Ke-17
Hari Sastera Ke-17 dijangka akan dilangsungkan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 17-20 Mac 2017. Bersempena dengan itu sebuah buku antologi puisi dan antologi cerpen akan diterbitkan. Penulis-penulis dari seluruh Malaysia dialu-alukan untuk menghantar karya baru (sebuah cerpen atau sebuah puisi).
Semua karya untuk dimuatkan dalam antologi berkenaan hendaklah dihantar melalui e-mel di alamat jasnimatlani{@}yahoo.com selewat-lewatnya pada 15 Januari 2016 (Ahad). Karya yang diterima selepas hari tersebut tidak akan dimuatkan dalam antologi ini.

Isnin, 26 September 2016
SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN KE-30, 2016
MAKLUMAT DAN SYARAT PENYERTAAN
PENGENALAN
GAPENA telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan (JSBK) mulai tahun 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan (SDPBK), Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan lain-lain. Penganjuran bertujuan menanamkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.
Penganjuran sayembara ini telah meluas bukan sahaja di negeri-negeri, malahan di Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dan telah melahirkan ribuan deklamator di seluruh tanah air.
Pada tahun 2006, penganjuran SDPBK diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun 2010, telah diumumkan oleh JSBK bahawa SDPK tidak lagi dianjurkan tetapi diganti dengan pengucapan puisi.
Namun sejak tahun 2010 itu juga, atas kesedaran semangat patriotik dan memartabatkan sastera tanah air, GAPENA bersetuju meneruskan SDPK dengan kemampuan yang tersendiri dan pada tahun ini ia diteruskan lagi dengan format dan kemampuan yang sama.
TUJUAN
PENYERTAAN
TARIKH / TEMPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka akan memilih seorang (1) peserta sahaja yang mewakili negeri. Saringan akan diadakan di seluruh negara ditetapkan pada 29 September 2016 hingga 3 Oktober 2016 di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh DBP dan badan gabungan GAPENA.
PERWILA selaku badan gabungan akan mengadakan saringan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;
Tarikh: 01 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: i) 9:00 - 1:00 petang (Saringan awal)
ii)3:00 petang - 5:00 petang (pemilihan wakil W. P. Labuan)
Tempat: Perpustakaan, Kolej Matrikulasi Labuan
Manakala Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 15 - 16 Oktober 2015 (Sabtu - Ahad).
PUISI PILIHAN
Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Antologi puisi ini boleh didapatkan di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, di enam pejabat-pejabat wilayah/cawangan DBP atau di 18 buah pengedar sah DBP di seluruh negara.
Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
HADIAH
Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan
BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh diperolehi sejurus sebelum saringan dimulakan.
Walaubagaimanapun, pendaftaran awal adalah digalakkan dengan menghubungi / pesanan teks ke nombor 016-8023456 (Francis Labi). Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tajuk puisi yang dipilih dari buku berjudul Lantera Zaman.

- Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi
- Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi
- Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi
PENYERTAAN
- Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun keatas. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2015) tidak dibenar menyertai.
- Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri TIDAK LEBIH DARI SEKALI. Ini bermakna, mana-mana peserta yang telah menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di sesebuah negeri TIDAK DIBENARKAN menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di negeri lain. Peserta yang didapati melanggar syarat dan peraturan ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangannya TERBATAL dengan sendirinya.
- Setiap peserta mestilah mematuhi semua syarat dan peraturan sayembara seperti yang yang ditetapkan oleh GAPENA. Semua keputusan hakim dan/atau pihak penganjur adalah muktamad. Setiap peserta hendaklah menjaga nama baik GAPENA dan tidak akan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini sama ada secara lisan, melalui media cetak, media elektronik, media sosial atau apa jua lain-lain media. Peserta yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan sayembara ini dan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangan peserta tersebut TERBATAL dengan sendirinya.
TARIKH / TEMPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka akan memilih seorang (1) peserta sahaja yang mewakili negeri. Saringan akan diadakan di seluruh negara ditetapkan pada 29 September 2016 hingga 3 Oktober 2016 di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh DBP dan badan gabungan GAPENA.
PERWILA selaku badan gabungan akan mengadakan saringan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;
Tarikh: 01 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: i) 9:00 - 1:00 petang (Saringan awal)
ii)3:00 petang - 5:00 petang (pemilihan wakil W. P. Labuan)
Tempat: Perpustakaan, Kolej Matrikulasi Labuan
Manakala Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 15 - 16 Oktober 2015 (Sabtu - Ahad).
PUISI PILIHAN
Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Antologi puisi ini boleh didapatkan di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, di enam pejabat-pejabat wilayah/cawangan DBP atau di 18 buah pengedar sah DBP di seluruh negara.
Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
HADIAH
Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan
BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh diperolehi sejurus sebelum saringan dimulakan.
Walaubagaimanapun, pendaftaran awal adalah digalakkan dengan menghubungi / pesanan teks ke nombor 016-8023456 (Francis Labi). Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tajuk puisi yang dipilih dari buku berjudul Lantera Zaman.
Langgan:
Catatan (Atom)
PERWILA
Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.
Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA