PENGENALAN
GAPENA telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan (JSBK) mulai tahun 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan (SDPBK), Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan lain-lain. Penganjuran bertujuan menanamkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.
Penganjuran sayembara ini telah meluas bukan sahaja di negeri-negeri, malahan di Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dan telah melahirkan ribuan deklamator di seluruh tanah air.
Pada tahun 2006, penganjuran SDPBK diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA). Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun 2010, telah diumumkan oleh JSBK bahawa SDPK tidak lagi dianjurkan tetapi diganti dengan pengucapan puisi.
Namun sejak tahun 2010 itu juga, atas kesedaran semangat patriotik dan memartabatkan sastera tanah air, GAPENA bersetuju meneruskan SDPK dengan kemampuan yang tersendiri dan pada tahun ini ia diteruskan lagi dengan format dan kemampuan yang sama.
TUJUAN
- Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi
- Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi
- Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi
PENYERTAAN
- Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun keatas. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2015) tidak dibenar menyertai.
- Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri TIDAK LEBIH DARI SEKALI. Ini bermakna, mana-mana peserta yang telah menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di sesebuah negeri TIDAK DIBENARKAN menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di negeri lain. Peserta yang didapati melanggar syarat dan peraturan ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangannya TERBATAL dengan sendirinya.
- Setiap peserta mestilah mematuhi semua syarat dan peraturan sayembara seperti yang yang ditetapkan oleh GAPENA. Semua keputusan hakim dan/atau pihak penganjur adalah muktamad. Setiap peserta hendaklah menjaga nama baik GAPENA dan tidak akan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini sama ada secara lisan, melalui media cetak, media elektronik, media sosial atau apa jua lain-lain media. Peserta yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan sayembara ini dan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangan peserta tersebut TERBATAL dengan sendirinya.
TARIKH / TEMPAT
Dewan Bahasa dan Pustaka akan memilih seorang (1) peserta sahaja yang mewakili negeri. Saringan akan diadakan di seluruh negara ditetapkan pada 29 September 2016 hingga 3 Oktober 2016 di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh DBP dan badan gabungan GAPENA.
PERWILA selaku badan gabungan akan mengadakan saringan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;
Tarikh: 01 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa: i) 9:00 - 1:00 petang (Saringan awal)
ii)3:00 petang - 5:00 petang (pemilihan wakil W. P. Labuan)
Tempat: Perpustakaan, Kolej Matrikulasi Labuan
Manakala Peringkat Kebangsaan akan berlangsung di Auditorium, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur pada 15 - 16 Oktober 2015 (Sabtu - Ahad).
PUISI PILIHAN
Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Antologi puisi ini boleh didapatkan di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, di enam pejabat-pejabat wilayah/cawangan DBP atau di 18 buah pengedar sah DBP di seluruh negara.
Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.
HADIAH
Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan
BORANG PENYERTAAN
Borang penyertaan boleh diperolehi sejurus sebelum saringan dimulakan.
Walaubagaimanapun, pendaftaran awal adalah digalakkan dengan menghubungi / pesanan teks ke nombor 016-8023456 (Francis Labi). Sila sertakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan tajuk puisi yang dipilih dari buku berjudul Lantera Zaman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan