Rabu, 29 Julai 2009

Sepulau Sekasih Kita Bakal Dilancarkan


Sebenarnya tidak ada bahan penting yang ingin diceritakan kali ini, cuma rasa tidak sabar menunggu masa pelancaran buku Sepulau Sekasih Kita.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercaya, pelancaran buku Kumpulan Puisi Labuan iaitu Sepulau Sekasih Kita ini akan diadakan dalam sedikit masa lagi. Cuma tarikh dan masa masih belum ditetapkan.

Walaupun karya beberapa orang ahli PERWILA telah banyak diterbitkan bersama penulis dari luar Labuan, namun penghasilan kumpulan puisi kali ini cukup bermakna bagi ahli PERWILA sendiri kerana penerbitan "Sepulau Sekasih Kita" ini adalah hasil usaha sepenuhnya oleh ahli PERWILA, dan PERWILA sendiri memberi peranan yang amat besar dalam menjayakan penerbitan antologi puisi kali ini. Semoga penghasilan yang membanggakan ini akan menjadi pendorong dan penguat semangat kepada PERWILA untuk menghasilan karya yang lebih banyak dan bermutu dimasa akan datang.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA