Selasa, 9 November 2010

Antologi Cerpen Dan Puisi Sempena Sambutan 40 Tahun GAPENA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penuh Gapena pada 2 Oktober 2010, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), diberi tanggungjawab menyelenggara penerbitan sebuah antologi cerpen dan sebuah antologi puisi dengan sumbangan karya ahli semua badan gabungan dalam Gapena.

Sehubung dengan itu Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan dengan ini diminta memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada ASASI agar semua karya cerpen dan puisi dapat dikumpulkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setiap badan gabungan dikehendaki mengemukakan dua buah cerpen dan 10 buah puisi karya ahli masing-masing. Bagi memberi peluang kepada ramai penulis, seelok-eloknya, kuota dua buah cerpen dari setiap badan gabungan hasilkan oleh dua orang penulis. Begitu juga dengan puisi, peluang patut diberi kepada beberapa orang penyair yang berpotensi dalam persatuan tuan.

Tema setiap karya sama ada cerpen dan puisi adalah bebas. Sama ada karya tersebut telah tersiar (sila catatkan tarikh dan tempat tersiar) atau belum, mutunya hendaklah mencapai standart yang tinggi dan dapat diterima penerbit, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila kemukakan karya terpilih daripada persatuan pimpinan Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan kepada ASASI pada atau sebelum 3 Disember 2010. Bagi memudahkan urusan pengumpulan karya, sila salurkan setiap karya ke alamat e-mel Ketua Satu ASASI 05_ayop@yahoo.com

Sekian dan terima kasih.
DR HJ OSMAN AYOB, AMK, BKM, PJK
Ketua Satu, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)

Sila Klik Surat Untuk Pembesaran

Kembara Penulisan Novel Perwila Dapat Sambutan Menggalakkan

Utusan Borneo
Isnin, 8 November 2010
Kembara Penulisan Novel Perwila Dapat Sambutan Menggalakkan

Isnin, 8 November 2010

Mesyuarat AJK PERWILA

Mesyuarat ini diadakan di bilik Mesyuarat SMK Lajau pada 7 November 2010, jam 8.00 malam.

Ahli yang hadir:
  1. Dr. Harun Haji Pudin (Ketua Satu)
  2. En. Sahar Misron (Ketua Dua)
  3. Tuan Hj Othman Mahali (Bendahari)
  4. Cik Rafidah Mohamad (Pen. Setiausaha)
  5. Tn. Haji Abd. Rahman Hj. Lamudin (AJK)
  6. Hajjah Hasnah Sambas (AJK)
  7. Puan Masmah Mohd Ali (AJK)
  8. Encik Ag. Asim Ag. Besar (AJK)
  9. Puan Fatimah Ibrahim (AJK)
  10. Cik Rabia Aisah Mazlan (Ahli Biasa)
  11. Cik Nurfatihah Athirah Abbas (Ahli Biasa)


Agenda Mesyuarat:
  1. Ucapan Pengerusi Majlis
  2. Mengesahkan minit Mesyuarat Lepas dan Perkara Berbangkit
  3. Isu Peletakan Jawatan Setiausaha
  4. Penerbitan Buku Antologi Cerpen - Peluru Cinta Victoria
  5. Pelancaran Novel Syaakur karya Resmanshah
  6. Laporan Aktiviti PERWILA
  7. Hal-hal lain

Khamis, 4 November 2010

SURAT RASMI DIALOG TELUK MIRI 2010



Persatuan Penulis Utara Sarawak
Lot 589, Jalan Piasau Jaya 1F, 9800 Miri.
TEL 085-442043, 019-8859890 FAX: 085-442005





Rujukan Kami: PUTERA/11/Dialog/2010/(03)
Tarikh: 05 November 2010


Yang berbahagia Tan Sri/ Datuk/Profesor/Profesor Madya/Dr/Tuan/Puan/Awang/Dayang,

DIALOG TELUK 2010

Dengan hormatnya perkara yang tersebut di atas dirujuk.

02. Sehubungan dengan perkara itu, sukacita dimaklukan bahawa Persatuan Penulis Utara Sarawak(PUTERA) akan menganjurkan “Dialog Teluk” pada 17-19 Disember 2010 di Miri, Sarawak, Malaysia dengan tema “Sastera Kebangsaan: Perjuangan Yang Belum Bernoktah”.

03. Dialog ini akan disertai oleh para penulis,aktivis sastera, budayawan dan karyawan di sekitar Wilayah Teluk khasnya dan khususnya di seluruh Nusantara. Dialog ini dijalankan dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama dialog adalah merapatkan lagi hubungan jalinan sesama karyawan dan dalam pelbagai genre penulisan di wilayah ini sambil dapat memperkembangkan lagi gagasan, buah fikiran melalui pelbagai pengisian seperti seminar, randau karya, forum, wacana dan lain-lain.

04. Sehubungan dengan itu pihak PUTERA selaku panitia penganjur dengan sukacitanya mengundang tuan/puan dan pertubuhan sastera dan budaya dari pelbagai wilayah sebagai peserta dalam acara yang semua kita nantikan. Kos semua peserta bagi menghadiri acara ini adalah ditanggung sendiri atau dibiayai oleh badan pertubuhan sastera wilayah masing-masing termasuk kos pengangkutan, penginapan, makan minum dan lain-lain sepanjang acara ini berlangsung di Miri, Sarawak. Sekiranya pihak persatuan sastera budaya masing-masing bersetuju menerima undangan ini, sila kemukakan perkara-perkara yang disenaraikan untuk makluman Urus Setia Panitia Dialog Teluk 2010(u.p: Encik Jaya Ramba),pada atau sebelum 07 Disember 2010 bagi memudahkan urusan persiapan acara ini:-

• Memohon melantik seorang pemakalah dari persatuan tuan/puan atas nama pertubuhan sastera atau badan sastera pemerintah/kerajaan yang diwakili mengenai tajuk yang bebas mengenai sastera di wilayah Teluk atau kary, penulis dan sebagainya, tulisan ilmiah sekitar 25 halaman bertaip langkau 2(Roman atau Arial), bibliografi, biodata pemakalah dan lain-lain. Tajuk adalah bebas yang membahaskan soal karya dan penulisan dari wilayah masing-masing. Kertas kerja hendaklah diemelkan pada tarikh yang ditetapkan di atas kepada Urus Setia. Bagi pemakalah kertas kerja dari pertubuhan sastera , kos pengangkutan akan dibayar dalam kadar termurah, bilik disediakan, honorarium makalah dan makan minum. Bagi pemakalah dari Dewan Bahasa & Pustaka(Kuala Lumpur, Brunei, Sabah dan Sarawak) dan GAPENA, kos tambang pengangkutan, hotel, dan lain-lain ditaja oleh badan yang berkenaan.
• Jumlah peserta adalah tidak terhad dari pertubuhan, terpulang kemampuan pertubuhan masing-masing membiayai kos di Miri, Sarawak sepanjang acara berlangsung tetapi hendaklah dimaklumkan kepada pihak Urus Setia Dialog ini bagi persediaan bilik seminar.Pendaftaran yuran bagi dialog ini sebanyak RM30.00 seorang peserta kecuali pembentang kertas kerja dan tetamu khas.
Maklumat acara, atur cara tentatif, alamat urus setia, prosedur permohonan, borang penyertaan, borang persetujuan, brosur akan dikepilkan kepada setiap peserta yang mendaftar.

05. Jawapan yang awal daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.


“BAHASA DAN SASTERA LAMBANG BUDAYA BANGSA”



Saya yang menjalankan tugas,



(ZAINAL ABIDIN HAJI SUHAILI)
Ketua I Persatuan Penulis Utara Sarawak
Merangkap Pengerusi Dialog Teluk 2010.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017