Rabu, 23 Ogos 2017

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan


TUJUAN

  1. Memilih peserta mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke-31.
  2. Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi.
  3. Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi.
  4. Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi.


SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun keatas dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya dua tahun. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2016) tidak dibenarkan menyertai.


PUISI PILIHAN

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Sila hubungi PERWILA untuk mendapatkan buku ini. 

Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.


HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

  • Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan

HADIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

  • Johan Sayembara W. P. Labuan menerima piala pusingan YB Senator Datuk Hj. Bashir b. Hj. Alias, senator W. P. Labuan, wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan menerima wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Ketiga menerima wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Pemenang saguhati akan menerima hadiah iringan serta sijil penyertaan

YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan adalah RM2.00 bagi setiap peserta.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi;

012-831 9897 (Francis) atau 016-847 9067 (Syaifudin)


TARIKH DAN LOKASI SAYEMBARA

Sayembara akan diadakan seperti butiran berikut;

  • Tarikh: 16 September 2017 (Sabtu)
  • Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
  • Tempat: Anjung Budaya Layang-Layangan, W. P. Labuan


Sabtu, 15 April 2017

NOTIS MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERWILA KALI KE-16


Semua Ahli PERWILA

Tarikh : 15 April 2017

Tuan/Puan,

NOTIS PANGGILAN MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PERWILA) KALI KE-16

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PERWILA Kali Ke-16 Tahun 2017 akan di adakan seperti maklumat di bawah :

        Tarikh : 22hb April 2017

        Masa : 9.00 pagi

        Tempat : Bilik Perdana, Aras 11, Menara Perbadanan Labuan

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan sebagai ahli PERWILA adalah dijemput hadir ke mesyuarat ini. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

a) Ucapan Ketua 1 PERWILA

b) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-15

c) Laporan Setiausaha/Aktiviti

d) Pembentangan Penyata Kewangan Dua Tahun Yang Telah Diaudit

e) Pembentangan dan Perbahasan Usul

f) Pembubaran AJK sesi 2015-2017

g) Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan Juruaudit Dalaman PERWILA 2017/2019

h) Hal-hal Lain

i) Ucapan Penangguhan Mesyuarat

4. Sehubungan dengan ini, ahli-ahli yang ingin mengemukakan usul boleh berbuat demikian dengan mengemukakan borang usul yang dilampirkan selewat-lewatnya pada 20 April 2017 (Khamis). Kehadiran semua Ahli PERWILA amat dialu-alukan.

Sekian dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,


(FRANCIS LABI)
Setiausaha PERWILA 2015/2017.



------------------------------

Lampiran 1

BORANG USUL
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN PERWILA KALI KE-16


NAMA : ………………………………………………………………………………………………

NO. TELEFON: ….…………………………………………………………………………………..

E-MEL:.…………………………….……………………….…………………………………………

Saya ingin mengemukakan usul berikut :

1._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3._____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Nota : Borang ini perlu dikemukakan melalui alamat e-mel  perwila1985@gmail.com pada/sebelum 20 haribulan April 2017 (Khamis).

Khamis, 2 Februari 2017

HARI SASTERA KE-17, TAHUN 2017

 (Kemaskini 08 Mac 2017)
TRANSFORMASI NASIONAL DAN SASTERA KEBANGSAAN

PENDAHULUAN

Pada tahun 1972, di Kota Bharu, Kelantan, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Persatuan Penulis Kelantan (PPK) telah menyelenggarakan acara Hari Sastera anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Acara yang pertama kali diadakan itu telah menemukan para pengarang, sarjana dan peminat bahasa, sastera dan budaya bagi membincangkan persoalan-persoalan bahasa, sastera dan budaya di peringkat kebangsaan. Hanya dalam acara ketiga di Kuching, Sarawak, pada tahun 1974, penyertaan terbuka lebih luas di peringkat antarabangsa.    Sejak 1972 hingga 2013, sebanyak 16 kali acara Hari Sastera diadakan di seluruh Malaysia (kecuali di Perlis dan Negeri Sembilan). Sejarahnya adalah seperti berikut: 1972 (Kota Bharu), 1973 (Kota Kinabalu), 1974 (Kuching), 1976 (Alor Setar), 1978 (Kuala Terengganu), 1980 (Ipoh), 1983 (Johor Bahru), 1985 (Pulau Pinang), 1987 (Kuantan), 1993 (Shah Alam), 1995 (Melaka), 2001 (Santubong, Kuching), 2005 (Ipoh), 2007 (Kuantan), 2012 (Melaka) dan 2013 (Kuching, Sarawak). Kesemua acara Hari Sastera dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, dan diselenggarakan bersama-sama oleh GAPENA dan badan-badan gabungannya, dengan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya Dewan Bahasa dan Pustaka.


TUJUAN
  1. Menghimpunkan para pengarang, sarjana dan peminat bahasa, sastera dan budaya untuk membincangkan persoalan-persoalan bahasa, sastera dan budaya dalam tema-tema tertentu yang bersesuaian dengan keadaan semasa. 
  2. Memberikan ruang kepada para pengarang dan sarjana untuk bertemu dan membincangkan karya-karya mereka. 
  3. Memberikan kefahaman kepada masyarakat tentang perkembangan sastera mutakhir. 
  4. Membuat rumusan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti karya sastera dalam konteks membina peradaban bangsa Melayu di peringkat kebangsaan dan serantau (Nusantara).

TEMA

Sempena dengan pembentangan bajet 2017, Transformasi Nasional (TN50) telah diumumkan oleh kerajaan sebagai satu perubahan yang harus dilaksanakan untuk menuju ke negara maju pada tahun 2050. Menepati cadangan ini Hari Sastera ke 17 ini akan membincangkan dan melontarkan pandangan sastera kebangsaan dalam menghadapi cabaran tahun mendatang 2050 di samping dapat meningkatkan minat masyarakat Malaysia terhadap hasil sastera dalam bahasa kebangsaan, dan berusaha memasarkannya ke peringkat antarabangsa melalui terjemahan ke pelbagai bahasa antarabangsa.  Dicadangkan tema  “Transformasi Nasional dan Sastera Kebangsaan” sebagai dasar perbincangan dalam makalah-makalah yang akan dibentangkan.


PENGANJUR

Hari Sastera ke-17 (2017) dianjurkan bersama oleh Perbadanan Wilayah Persekutuan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA.  Manakala kerja-kerja penyelenggaraan dikelolakan oleh GAPENA (bersama badan-badan gabungannya di Labuan – PERWILA, di Sabah – BAHASA), DBP Cawangan Sabah, dan jabatan-jabatan kerajaan di W. P. Labuan.


TARIKH DAN TEMPAT

Dicadangkan tarikh pelaksanaannya pada 17 – 19 Mac 2017 (Jumaat – Ahad), bertempat di W.P. Labuan, dan Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah.

JAWATANKUASA INDUK HARI SASTERA KE-17

Satu Jawatankuasa Induk telah dibentuk bagi melaksanakan seminar ini supaya berjalan lancar.  Jawatankuasa terdiri daripada wakil-wakil Perbadanan Labuan, DBP, GAPENA, DBP Cawangan Sabah, PERWILA, BAHASA dan wakil-wakil Jabatan Kerajaan di Labuan yang terlibat sama. 


KERTAS KERJA

Kertas kerja atau makalah yang akan dibentangkan  meliputi perbincangan tentang tema Hari Sastera ke-17, isu-isu sastera mutakhir dan serantau.


PENULIS KERTAS KERJA

Pihak penganjur mengundang para penulis kertas kerja dari Malaysia dan negara-negara serantau,  Kertas kerja harus ditulis dalam bahasa Melayu. Antara negara-negara yang diundan adalah dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Selatan Thailand.


PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada sasterawan, budayawan tanah air, tenaga pengajar, pelajar dan peminat sastera dan budaya tanah air.  Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, bayaran penginapan bagi peserta dari luar W. P. Labuan adalah di bawah tanggungan peserta.


ATURCARA MAJLIS

1. Majlis Perasmian dan Penutupan; 
2. Pembentaangan Kertas Kerja atau Makalah; 
3. Malam Persembahan Kesenian; 
4. Kenduri Sastera di Kampung Bedaun, Labuan; 
5. Lawatan ke sekitar bandar Labuan; dan 
6. Lain-lain acara yang bersesuaian dengan Hari Sastera ke-17.

 Atur cara penuh di Lampiran ‘II’.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN/PERTANYAAN

Tarikh tutup penyertaan pada 28 Februari 2017.  Sebarang pertanyaan sila hubungi GAPENA di talian telefon 03 21442412, faks 03 21410340, e-mil: gapena2u@gmail.com.my atau Haji Abdul Aziz Haji Mohd Ali (0193196560), Puan Norazimah Abu Bakar (016 383 3670) dan Sdr. Akmal Aizat Abdul Aziz (016 313 3567).

Orang ramai di W. P. Labuan dialu-alukan menyertai program ini melalui Persatuan penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) dengan menghubungi Setiausaha PERWILA (016-8023456  atau Aplikasi Whatsapp di talian 016-7512397).


PENUTUP

Sokongan dan kerjasama semua pihak amatlah dialu-alukan. Kejayaan Hari Sastera ke-17 ini amat bermakna kepada WP Labuan  oleh kerana  inilah kali pertama Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tuan rumah menganjurkan Hari Sastera. Semoga ia menjadi acara kenangan yang amat bermakna bagi Wilayah Persekutuan Labuan khususnya, dan Malaysia amnya.



Disediakan oleh:
Jawatankuasa Seminar dan Persidangan GAPENA, 
Rumah GAPENA,
 JKR 899,
Jalan Belfield
50460 Kuala Lumpur

--------------------------------------------------------------



Lampiran II


HARI SASTERA KE-17, TAHUN 2017 ATUR CARA PENUH


HARI SATU  :  17 MAC 2017 (JUMAAT)

Pagi/petang : Ketibaan SN/Pemakalah/Jawatankuasa/Urusetia dll. peserta luar 

9.00 pagi : Wacana Integriti dan Ancanman Keselamatan Negara

              1.    NILAI BUDI DAN INTEGRITI DALAM SEKTOR AWAM DAN SWASTA

                     Panel:
  •        YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu GAPENA  
  •        Sdr. Anuar Ahmad, Institut Integriti Malaysia
               2 .  ANCAMAN EXTRIMIS SOSIAL KE ATAS KESELAMATAN NEGARA

                      Panel: Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman

                      Moderator:  Sdr. Sahar Misron, Ketua Dua PERWILA
                      Tempat:  Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan

11.30 pagi : Rehat, jamuan ringan

3.00 petang : Pembentangan Kertas Kerja:  

                     SESI I  :  PEMIKIRAN PENULIS MUDA:    TRANSFORMASI NASIONAL :
                     SASTERA KEBANGSAAN

                      Panel:
1.    Sdr. Ja’afar Hamdan, Jawatankuasa Kerja GAPENA/DBP Sarawak
2.    Sdr. Mohd Fairuz Mhd Padoli (MF Kencana), Penulis Skrip Drama TV
3.    Sdr. Hasmin Azroy Abdullah, Penulis Muda Sabah/Ahli BAHASA

                      Moderator:  Sani La Bise, Jawatankuasa PERWILA
                      Tempat:  Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan

4.30 petang : Rehat, jamuan ringan

8.00 malam  : Acara bebas


HARI KEDUA:  18 MAC 2017 (SABTU)

8.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja:

                  SESI II  :    KERTAS DASAR: TRANSFORMASI NASIONAL & SASTERA
                  KEBANGSAAN

                  Oleh:  YBhg. Datuk Dr. Zainal Kling, Jawatankuasa Kerja GAPENA

                   Moderator:  Haji Hamzah Hamdani, Setiausaha Satu GAPENA
                   Tempat:  Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan

9.30 pagi : Rehat, jamuan ringan

10.00 pagi :
                   SESI III :  TRANSFORMASI NASIONAL:  PERANAN SASTERAWAN DAN      
                   BUDAYAWAAN DAN GERAKAN SASTERA

Panel:
1.   Puan Hajah Padilah Haji Ali, Pengarah, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera
2.   Sdr. Jasni Matlani, Presiden BAHASA/J’kuasa Kerja GAPENA
3.   Prof. Madya Dr. Hashim Ismail, Pensyarah APM Univ. Malaya/Bendahari GAPENA
4.   Sdr, Jaya Ramba, Setiausaha Satu PUTERA

                    Moderator:  Puan Hajah Asmiah Ajamain,  Pengarah DBP Caw. Sabah

12.00 tengah hari : Rehat, makan tengahari

2.00 petang :
                     SESI IV :  INSTITUSI SASTERA DAN MEDIA DALAM TRANSFORMASI
                     NASIONAL

Panel:
1.   Sdr. Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua Dua GAPENA
2.   Dr. Mohd Ghazali Taib, Ketua Koparat IPG Kampus Antarabangsa  
3.   Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Bahagian Akademi DBP
5.   Sdr. Mohd Khair Ngadiron,Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Bhd.

Moderator: Tengku Fauziah Binti Ku Mat, DBP Cawangan Sabah

3.30 petang : Rehat, jamuan ringan

4.00 petang :
                    SESI V: TRANSFORMASI SASTERA DAN PERPADUAN SERANTAU
Panel:
1.   YB Dato’ Haji Ariffin Ariff, Pembantu Menteri Kepada  Ketua Menteri Sabah 
2.   YBhg. Dayang Hajah Nortijah Mohd Hassan, Pemangku Pengarah DBP Brunei Darulsallam 
3.   Sdr. Kazzaini Ks, Ketua Yayasan Sagang, Pekanbaru, Riau/ Ketua Dewan Kesenian Riau    

Moderator:  YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Satu GAPENA

7.00 malam : MAJLIS MAKAN MALAM & PERASMIAN HARI SASTERA KE-17
                     oleh:  YB Datuk Rozman bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen W. P. Labuan.

Tempat:  Grand Ball Room, Lazenda Hotel

10.30 malam : Majlis Bersurai.


HARI KETIGA:  19 MAC 2017 (AHAD)

9.00 pagi : Peserta berlepas ke Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, Labuan mengikuti  Acara 
                 KENDURI SASTERA dan MAJLIS PENUTUPAN HS KE-17
                 oleh YB Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, W. P. Labuan.

12:30 tengah hari : Majlis bersurai

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA