Isnin, 28 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Nadirah

Selamat Hari Lahir dari PERWILA buat Nadirah Junior, Penolong Setiausaha Perwila 2011-2013. Moga akan terus berkarya dalam dunia penulisan.

Rabu, 23 Mac 2011

Catatan Buat Norgadis Labuan (Setiausaha 2011-2013)


Kenapa Aku Yang Terpilih?

Layak atau tidak, pilihan itu sememangnya telah tepat...

Salam...

Sukar untuk dinyatakan sama ada layak atau tidak? pada mulanya, sewaktu aku terpilih untuk menjawat penolong setiausaha perwila, sebuah persatuan yang langsung aku tidak kenali dan mungkin sahaja waktu itu aku bodoh apa itu sebenarnya perjuangan perwila? namun, perjalanan kaki selangkah demi selangkah, dari bertatih sehinggalah aku boleh berjalan bersama perwila, akhirnya aku mengerti apa mahunya perwila itu. namun, aku hanyalah seorang manusia malahan seorang wanita yang mudah sahaja putus asa apabila berdepan dengan pelbagai cabaran, tambahan aku juga belum lagi dewasa dalam mengenal erti cabaran dan dugaan.

Walau bagaimanapun, dari aku kosong sampailah aku sudah separuh ilmu bersama perwila, tidak mungkin aku dapat lupakan sampai bila-bila. tetapi, ada satu perkara yang harus diingat, keberanian di dalam kerajinan sering kali disalah anggap. mungkin, benar niat kita bukan untuk nama, harta atau pangkat, tetapi kadangkala, mata itu rabun dan mudah sahaja ilap apabila mendengar kata-kata yang cuba memburukkan kita membuatkan kita kecewa sebelum tiba di garisan penamat.

Entah benar atau tidak, kelayakan seseorang itu haruslah ditamsil dengan sebaik-baiknya. apa yang penting seperti kata wonderpets, kerjasama adalah yang paling penting. jadi, kalau kakak mahukan aku jawapan, sama ada kakak layak atau tidak, sudah tentu jawapan aku tidak layak, tidak layak kalau kita tidak diundi menjadi setiausaha. fahamkan maksud aku? maksudnya, kitalah calon yang paling layak daripada yang lain. belajar dengan semua orang di dalam perwila. kita pekakkan sahaja telinga, cuma aku sahaja yang tak mampu untuk terus pekakkan telinga di perwila itu.

Sejak 2006 sampailah 2010, aku cuba berusaha untuk majukan perwila, aku harap tibalah masa untuk kita majukan pula perwila. bertanyalah dan selalu berhubung dengan cikgu othman. dalam banyak2 orang di dalam perwila, yang telah banyak membantu aku adalah cikgu othman terutamanya. makcik hasnah, kita, pakcik suili dan rasanya sukar untuk mengatakan bahawa anda bukanlah yang baik tetapi adalah yang terbaik. persoalannya, mampukah hanya seorang sahaja yang berusaha namun, orang lain mendapat nama dan diri kita pula yang dicakap2... jawapannya mudah, ingat kembali apa perjuangan perwila sebenarnya. tidak salah kita ketepikan perwila demi bersama-sama membangunkan industri sastera di pulau sepi ini.

Teruskan perjuangan kita, kak di perwila. mungkin perwila bukan tempat sesuai untuk aku buat masa ini... kenapa? tidak usahlah untuk aku jelaskan dengan lebih lanjut. aku terlalu sibuk menyiapkan landasan dalam kehidupan baharu yang insya-Allah aku bina dalam bulan november nanti. ia bukan landasan yang mudah, kak. mungkin sahaja segala gerak geri hidup itu nanti, akan penuh satu laman internet seluruh komputer-komputer yang ada di seluruh dunia... hehehe...

Layak atau tidak, kita sendiri harus menyakinkan dengan kata -
AKU MEMANG LAYAK MENYANDANG JAWATAN SETIAUSAHA PERWILA ITU. JADI KAMU SEMUA KENA TOLONG AKU DAN BUKAN AKU TOLONG KAMU. SAMA-SAMA KITA DAPAT NAMA, SAMA-SAMA KITA DAPAT RASA!!

anyway, semoga berjaya dan lakukan yang terbaik untuk perwila. aku akan sentiasa berdiri di belakang dan mata aku akan selalu memerhatikan segala usaha perwila. emm... kalau tak maju perwila untuk sessi kali ini, kitalah yang aku cari pertama... hehehe... tak adalah, main-main anya. krimsalam kat anak kita semua. kalau ada masa, insya-Allah akan adalah wajahku di perwila bersama dengan inai di jari... wakakakaka... tak ada la, aku main-main anya lagi ni... wassalam...

yang benar,
royal RMARM (Royal Rafidah Mohamad Ali Redhauddin Muhriz)
Pen. Setiausaha 2009/Pemangku Setiausaha 2010

Ahad, 6 Mac 2011

AJK PERWILA 2011 - 2013

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN PERSATUAN PENULIS W.P. LABUAN (PERWILA) 2011: Dilaksanakan di Dewan C, SMK Lajau dan Dr Harun Haji Pudin dikekalkan untuk menjadi Ketua Satu dan dibantu oleh En Sahar Misron yang juga dikekalkan sebagai Ketua Dua. Mereka yang terpilih adalah:

Ketua Satu : Dr Harun Haji Pudin

Ketua Dua : En Sahar Misron

Setiausaha : Puan Masmah Mohd Ali

Pen. Setiausaha : Cik Nadirah Junior

Bendahari : Haji Othman Mahali

8 orang AJK : En Ag Asim Ag Besar, Puan Hjh Hasnah Sambas, Puan Fatimah Ibrahim, Haji Abdul Rahman Hj Lamudin, En Matussin Awang Damit, Hj Suili Bakar, Puan Jijah Mohamad Suhai, Puan Rosminah Jambol,

Juruaudit : En Tawil Beddu dan En Gabriel Kimjuan.

Manakala itu PERWILA akan mengadakan Pementasan Teater "INFLAKASTA" yang akan diarah oleh Mohd Khairul Isa dari Sekolah Menengah Sains W.P. Labuan yang akan diadakan pada 2hb April depan di samping banyak lagi aktiviti awal yang telah dirancang, termasuklah Kembara Sastera II ke Utara Negeri Sabah, Pengucapan Puisi Mingguan, Malam Sayembara Puisi Merdeka 2011 dan Kunjungan Budaya "Serumpun Sekasih Kita" ke Brunei Darussalam. PERWILA juga akan membuat pengumpulan sastera dan budaya lama yang terdapat di W.P. Labuan termasuklah pantun, syair dan gurindam..Aktiviti-aktiviti lain akan dibincangkan dalam Mesyuarat JK Pertama PERWILA.

Ketua Satu mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli PERWILA yang telah menghadiri Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan itu.

Oleh DrHarun Pudin pada pada 06hb Mac 2011 pukul 10.05 ptg
Dipetik dari FB Dr Harun Hj Pudin

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA