Rabu, 30 Disember 2009

DIALOG TELUK BRUNEI KEVI 2010 DI MIRI, SARAWAK 2010

Tarikh sudah ditetapkan cadangan bahawa dalam bulan April acara itu dilaksanakan. Dengan persiapan awal semoga usaha ini dapat dilaksanakan. Kertas kerja pemakalah, karya dalam bentuk cerpen maha pendek dan puisi mesti TIBA kepada kami PUTERA pada 28 FEBRUARI 2010 sebagai tarikh luput/akhir. Kalau tidak selesai maka, karya atau makalah itu tidak dibukukan lalu dijadikan semacam kertas biasa sahaja.

Malam tadi saya sempat berbincang dengan Awang Assim dari Labuan bersama Jaya Ramba dan Wan Hairul. Antaranya hal yang dijelaskan beberapa kalinya:

(a). makalah silang wilayah dengan Labuan mengambil bahan Limbang dan sebaliknya, juga boleh bebas secara umum yang memastikan hal sastera budaya diangkat selain karya penulisan.
(b). Penyertaan dari persatuan/wilayah bergantung kepada situasi, mungkin dalam 5 -10 orang, selebihnya ditanggung oleh persatuan. Jumlah anggaran 100 orang peserta dari wilayah Teluk Brunei.
(c). Kos yang ditanggung pengelola hanyalah hotel, makan minum dan persidangan. Kos penerbangan dan tambang lain diurus sendiri oleh persatuan penulis.
(d). Pemakalah atau pembentang akan ditanggung tiket penerbangan atau kos tambang, hotel penginapan,dan honorarium.
(e) Kalau mampu membawa persembahan dari wilayah masing-masing untuk persembahan kesenian dan sastera yang akan diberikan ruang kepada semua perwakilan yang hadir.
(f). Kertas kerja/karya mestilah tiba pada 28 Februari 2010 kepada PUTERA untuk dikemaskan dan diproses penerbitan.
(g) Peminat yang datang secara bersendirian, hendaklah meminta kebenaran dan kelulusan daripada PUTERA secara bertulis terlebih dahulu.

Hal-hal lain belum dimesyuarat oleh Panitia Pertemuan lagi. Kami masih dalam proses membincangkan hal-hal dana dan lain-lain dalam usaha menjayakan pertemuan ini. Sokongan tuan puan amatlah dihargai menyemarakkan semangat berkarya dan bersastera di lingkungan wilayah Teluk Brunei.
Sekian, terima kasih.


KERTAS RINGKAS DIALOG TELUK BRUNEI KE-VII 2010

PERKARA: DIALOG TELUK BRUNEI KE-VII(2010)
TEMPAT: MIRI, SARAWAK[PUTERA].
TARIKH CADANGAN: MEI, APRIL, MAC 2010.
PENYERTAAN: 150 ORANG.
PENAJA:

TEMA CADANGAN:
1. JATI DIRI SASATERA WILAYAH TELUK BRUNEI.
2. SASTERA: AKAR BUDAYA BANGSA MENJANA MASA DEPAN.
3. AKAR MENCENGKAM BUMI, PUCUK MENGGAPAI AWAN.

PERBINCANGAN LEBIH TUNTAS:
1. SASTERA TRADISIONAL
2. SASTERA MODEN
3. MOHON BAHAGIAN TEORI & KRITIKAN DBP KL, MENYEDIAKAN DISKUSI KARYA PENGARANG SARAWAK DAN SABAH


4. MALAM SASTERA WILAYAH TELUK
  • BACA PUISI
  • BACA CERPEN
  • LAGU PUISI – KARYA PENYAIR TELUK
  • PERSEMBAHAN LAGU TRADISI
  • *SYAIR
  • *PANTUN
  • *GURINDAM
  • *BERMUKUN & LAIN-LAIN.

5. CADANGAN JUMLAH KERTAS KERJA & PEMBENTANG, PUTERA(4), BRUNEI(4), BAHASA(3), APL(2), PERWILA(2), UCAP TAMA(1) – TARIKH AKHIR FEBRUARI 2010.

6. ANTOLOGI PUISI PERTEMUAN SEBAGAI DOKUMENTASI – TARIKH AKHIR: AKHIR FEBRUARI 2010.

7. BAJET PENGELOLAAN – SUMBANGAN DANA.

8. MESYUARAT AJK PENGELOLA – PERBINCANGAN KERTAS KONSEP & PELANTIKAN AJK/PENGGERAK UTAMA.

9. SURAT JEMPUTAN PEMAKALAH SECARA RASMI, SURAT JEMPUTAN PERSATUAN SECARA RASMI & BILANGAN PENYERTAAN RASMI MAKSIMA.

10. ACARA PERASMIAN & PENUTUPAN.

11. TETAMU KEHORMAT MAJLIS.


Diterima Dari Poul Nanggang Ketua II PUTERA

Selasa, 29 Disember 2009

GAMBAR PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA KE XV DI BRUNEI

11-13 DISEMBER 2009
Bersama tokoh sastera Nusantara diantaranya, Medy Leokito, Prof Zainal Kling, Prof Arbak Othman, Viddy A Dairy, Nik Rakib, Djamal Tukimin, Ahli PERWILA Hj. Othman Mahali, Tawil Beddu, Suili Bakar, Hjh Hasnah Sambas dan lain-lain.


Di Brunei Darussalam

KARYA BENTUK ANEKDOT/CERPEN

KEPADA SEMUA TEMAN KARYAWAN/PENGARANG, PUTERA[PERSATUAN PENULIS UTARA SARAWAK] JUGA INGIN MENGUMPUL KARYA BENTUK ANEKDOT/CERPEN YANG PALING PENDEK DALAM 1-2 HALAMAN SAHAJA, UNTUK DIANTOLOGIKAN BERSAMA PUISI-PUISI DALAM PERTEMUAN TELUK INI. SEORANG KARYAWAN MENYUMBANG DALAM BENTUK SEBUAH ANEKDOT.CERPEN MAHA PENDEK. SILA KEMUKAKAN SEBELUM 28 FEBRUARI 2010 KEPADA SAYA, ATAU JAYA RAMBA ATAU ZAINAL ABIDIN HJ SUHAILI DI PUTERA MELALUI EMEL KAMI. SEORANG KARYAWAN SEBUAH KARYA. PENYERTAAN SELEPAS ITU TIDAK AKAN DILAYAN. SEKIAN, TERIMA KASIH.


Diterima dari: Poul Nanggang Ketua II PUTERA ~ email: pnbisaya@yahoo.com

Isnin, 28 Disember 2009

Perjumpaan AHLI PERWILA



Sabtu, 26 Dis 2009, kira-kira jam 4 petang, beberapa orang ahli PERWILA membuat perjumpaan di Restoran Malindo. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh:
  • Ketua 1 ~ Dr. Harun Haji Pudin
  • Setiausaha ~ En. Yahya Ahamd Puteh
  • Pen. Setiusaha ~ Cik Rafidah Mohamad
  • Bendahari ~ Tuan Haji Othman Mahali
  • AJK ~ Pn. Masmah Md Ali
  • AJK ~ Pn. Hjh. Hasnah Sambas
  • AJK ~ En. Matusin Ag. Damit
  • AJK ~ En. Ag. Asim Ag. Besar
  • Ahli Biasa ~ En Suili Bakar
  • Ahli Biasa ~ En. Matali
  • Ahli Biasa ~ Cik Nurfatihah Athirah

Perjumpaan kali ini membincangkan berkenaan aktiviti PERWILA yang bakal dianjurkan bagi tahun 2010. Antaranya ialah:

  1. Projek untuk Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)
  2. Bengkel Penulisan Novel
  3. Pesta Teater Labuan 2010
  4. Penggambaran Telefilem / VCD
  5. Pelancaran Buku Sepulau Sekasih Kita
Hasil dari perbincangan yang dibuat antara Ketua 1 dan AJK PERWILA yang hadir, Projek untuk Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM), Bengkel Penulisan Novel dan Pesta Teater Labuan 2010 dipersetujui untuk dianjurkan oleh PERWILA. Manakala Penggambaran Telefilem / VCD, masih lagi dalam pertimbangan dan Pelancaran Buku Sepulau Sekasih Kita, masih lagi dalam proses mencari tarikh yang sesuai untuk dilancarkan.


Perbincangan berakhir kira-kira jam 5.45 petang.

Jumaat, 18 Disember 2009

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA