Sabtu, 29 Januari 2011

Email Lawatan Muhibah Asterawani ke Wilayah Persekutuan Labuan

Peti Surat 62, Pejabat Pos PMM, Berakas BB3577,Brunei Darussalam.


Ketua Satu PERWILA,

Per: Lawatan Muhibah Asterawani ke Wilayah Persekutuan Labuan

Dengan hormat sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei akan mengakan lawatan muhibah ke Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 - 20 Februari 2011. Lawatan ini bertujuan terutama untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara ASTERAWANI dan PERWILA.

Sehubungan dengan itu ASTERAWANI dengan rendah hati mengharapkan agar PERWILA sudi menjadi tuan rumah dan mengatur lawatan tersebut. ASTERAWANI juga mengharapkan agar PERWILA dapat menempahkan hotel penginapan yang bersesuaian. Maklumat lanjut mengenai lawatan tersebut akan ASTERAWANI sampaikan kemudian.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.

tt.
Awang Kamis Haji Tuah
Setiausaha II
ASTERAWANI



**********************************************************


Assalamu'alaikum,
Terima kasih di atas cadangan lawatan. Sila bekalkan kami dengan senarai peserta yang datang melawat. Statusnya (suami isteri atau sendiri) agar tempahan hotel dapat ditentukan dengan sebaiknya.

Terima kasih

Dr Harun Haji Pudin
Ketua Satu
PERSATUAN PENULIS W.P. LABUAN ( PERWILA )

Isnin, 17 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Tuan Haji Othman Mahali

AJK PERWILA mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Tuan Haji Othman Mahali, Bendahari PERWILA. Moga Tuan Haji Othman dipanjangkan umur, murah rezeki dan sentiasa mendapat rahmat serta berkat dari Allah SWT. Teruslah berrjuang untuk PERWILA dan dunia sastera.

Isnin, 10 Januari 2011

Tahniah Hajjah Hasnah Sambas

PERWILA mengucapkan tahniah kepada Puan Hajjah Hasnah Sambas (AJK PERWILA) kerana telah berjaya menerima Anugerah Cemerlang Warga Emas Kebangsaan 2010 daripada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Mesyarakat pada 16 Disember 2010 yang lalu.

Hajjah Hasnah Sambas merupakan salah seorang pengasas PERWILA yang ditubuhkan pada tahun 1985, beliau juga antara ahli PERWILA yang masih setia berkhidmat dengan persatuan ini.


Sabtu, 8 Januari 2011

Perjumpaan Pertama AJK PERWILA Bagi Tahun 2011

Perjumpaan ini diadakan di bilik Galeri SMK Lajau pada 8 Januari 2011, jam 7.30 malam. Pertemuan AJK kali ini adalah bertujuan membincangkan berkenaan persembahan teater yang dijangkakan akan dipersembahkan oleh PERWILA sempena Hari Wilayah, Wilayah Persekutuan Labuan sedikit masa lagi.

Ahli yang hadir:

1. Dr. Harun Haji Pudin (Ketua Satu)
2. En. Sahar Misron (Ketua Dua)
3. Tuan Hj Othman Mahali (Bendahari)
5. Tn. Haji Abd. Rahman Hj. Lamudin (AJK)
6. Hajjah Hasnah Sambas (AJK)
7. Puan Masmah Mohd Ali (AJK)
9. Puan Fatimah Ibrahim (AJK)
10. Haji Suili Bakar (Pemerhati)
11. Cik Nurfatihah Athirah Abbas (Pemerhati)
12. Cik Zafirah Nadirah(Pemerhati)
13. Encik Khairul (Pemerhati)

Ahli yang tidak hadir:
  1. Cik Rafidah Mohamad (Pemangku Setiausaha) - bersebab
  2. Encik Ag. Asim Ag. Besar (AJK)
  3. Encik Yahya Ahmad Puteh (AJK)
  4. Encik Matusin Ag. Damit (AJK)
  5. Puan Salbiah Ajis (AJK)
  6. Encik Matali Ibrahim (AJK)
  7. Encik Ali Ag Lahap (AJK)
  8. Encik Laham Rudin (AJK)




PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA