Ahad, 26 Jun 2011

Bengkel Penulisan Kreatif Anjuran PERWILA

Bengkel Penulisan Kreatif Anjuran PERWILA ini diadakan di Bilik Galeri Warisan SMK Lajau pada 24-26 Jun 2011. Bengkel ini adalah anjuran PERWILA dan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sabah.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Dua, Sahar Misron di Bilik Galeri Warisan SMK Lajau pada 26 Jun 2011. Majlis diisi dengan penyampaian sijil peserta, pembimbing, ahli jawatankuasa dan hadiah kepada tiga peserta terbaik.

Sdr. Resmanshan Indrat dari PERWILA, Pembimbing / Penceramah Bengkel Cerpen / Novel berunsur Islam

Sdr. Norza (Nordin Zainal Abidin) dari DBP Caw Sabah, Pembimbing / Penceramah Bengkel Puisil berunsur Islam


16 peserta yang menghadiri bengkel

Tiga peserta terbaik

Selasa, 14 Jun 2011

BENGKEL PENULISAN KREATIF, PUISI / CERPEN/NOVEL BERUNSUR ISLAM

BENGKEL PENULISAN KREATIF, PUISI / CERPEN/NOVEL BERUNSUR ISLAM
Penulisan puisi atau cerpen berunsur Islam bagi penulis-penulis Labuan masih baharu dan belum mencapai tahap yang dibanggakan. Oleh itu PERWILA terus berusaha memberi pendedahan dengan mengadakan bengkel tersebut.

Penyertaan terbuka kepada ahli-ahli PERWILA, para pelajar. Penyertaan dihadkan kepada 20 orang yang berumur 16 tahun ke atas.

Tarikh : 24-26 Jun 2011
Tempat : Bilik Galeri Warisan SMK Lajau
Masa : 2 petang (Jumaat) / 8 pagi ( Sabtu & Ahad)

Pembimbing Bengkel/Penceramah
Nordin (DBP Sabah) – Puisi
Resmanshah Indrat (PERWILA) – Cerpen


Jika berminat sila maklumkan kepada:
HJ OTHMAN MAHALI (016-8321065 / 016-8156101)
NORGADIS LABUAN (013-8511234 / 087-461234)

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA