Jumaat, 26 Ogos 2011

PELURU CINTA VICTORIA


PELURU CINTA VICTORIA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan atau lebih dikenali sebagai PERWILA telah menerbitkan sebuah antologi cerpen UTUSAN JUBLI PERAK PERWILA 2011 iaitu PELURU CINTA VICTORIA yang kini berada di pasaran...

PELURU CINTA VICTORIA menghimpunkan 15 buah cerpen yang dihasilkan oleh para penulis Wilayah Persekutuan Labuan dan setiap cerpen yang dihasilkan telah dinilai oleh panel yang bertauliah.

Harga sebuah buku RM 23.00.

Jangan Lepaskan Peluang Ini... Kerana anda pasti akan terbuai dengan plot cerita yang cukup indah untuk dihayati...

-Wajah W.P Labuan yang menyambut ulangtahun penubuhannya ke-25 tergambar jelas dalam cerpen-cerpen yang menyertai pertandingan ini.- Panel Penilai.

Rakan-rakan boleh menempah PELURU CINTA VICTORIA melalui panggilan telefon kepada Tuan Haji Othman Mahali di talian 0168321065 atau boleh bertanya menerusi laman FB beliau iaitu Osman Mahali.

Info Oleh: Rafidah Mohamad

Khamis, 25 Ogos 2011

Sayembara Deklamasi Puisi Merdeka


Umur: 16 - 40 tahun (Rakyat Labuan Malaysia)
Terhad: 15 orang peserta sahaja
Tarikh Tutup penyertaan: 9 September 2011
Pertandingan akan diadakan pada 10 September. Jam 2.00 ptg
di Anjung Budaya Taman Damai Layang-Layangan

Kepada sesiapa yang ingin menyertai sayembara deklamasi puisi merdeka, bolehlah hubungi Tuan Hj Othman Mahali 016-8321065. Sajak boleh diambil di Kios no 1 terminal feri.

Rabu, 10 Ogos 2011

UNDANGAN MENULIS ANTOLOGI CERPEN BORNEO BERSAMA

Asalammu alaikum
Selamat pagi, siang dan malam
Salam sejahtera

Semoga kita semua dalam keadaan sehat wal afiat.

Saya ingin mengundang saudara-saudari karyawan-karyawati-cerpenis untuk mengirimkan cerita pendek (cerpen). Cerpen-cerpen itu nantinya saya jadikan buku Antologi Cerpen Borneo. Saya mengharapkan partisipasi saudara-saudari. Buku antologi ini saya terbitkan atas upaya sendiri, dan bersifat non komersial.

Silahkan kirimkan cerpen ke email saya : naga.pamungkas@ymail.com. Tema bebas. Panjang halaman sekitar 4 halaman folio (A4) sampai 12 halaman. Selain cerpen, sertai pula biodata/riwayat singkat pengarang/cerpenis. Cerpen ini kami tunggu hingga awal Oktober 2011.

Atas perhatian dan sumbangan/sokongan cerpennya demi perkembangan sastra di Borneo kami ucapkan terima kasih.

Hormat saya,

Naga Pamungkas.
naga.pamungkas@ymail.com

Ahad, 7 Ogos 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Rafidah Mohamad



Selamat menyambut hari lahir buat Rafidah Mohamad, mantan Pen. Setiausaha PERWILA. Semoga gembira merayakan hari lahir ini bersama keluarga tercinta dan moga akan terus berkarya dalam dunia sastera.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA