Isnin, 27 September 2010

Kembara Seminar Penulisan di SMK Mutiara oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Kali ini Tuan Resmanshah bersama PERWILA berkunjung pula ke SMK Mutiara yang merupakan sekolah mempunya dua aliran iaitu aliran agama dan biasa. Pelajar di SMK Mutiara ini aktif dalam sukan, lakonan, nasyid, dikir barat, pantun, syarahan dan aktiviti lain.



Kelihatan ahli PERWILA Norgadis Labuan, Suili Bakar (ANS), Rafidah Mohamad, Hajjah Hasnah turut bersama menemani Tuan Resmanshah dalam seminar beliau.


Kelihatan para pelajar di bilik seminar yang cukup luas dan cantik


Respon yang baik dari para pelajar di SMK Mutiara terhadap ceramah Tuan Resmanshah membuatkan sesi seminar itu ceria dan meriah.


Hari kedua...28 September 2010, Kami telah difahamkan bahawa bilik seminar untuk ceramah penulisan telah dipindah ke tingkat satu memandangkan bilik seminar sebelum ini, digunakan untuk mesyuarat.

Para pelajar menghayati cerita pengalaman dan didikan agama yang dikongsikan oleh Tuan Resmanshah


Cikgu Masri Ayong mewakili SMK Mutiara menyampaikan cenderahati kepada Tuan Resmanshah dan Tuan Suili Bakar (ANS) juga turut menerima cenderahati mewakili PERWILA



Kesibukan Tuan Resmanshah menandatangani novel dan buku beliau


Suara Resmanshah KLIK SINI

Rabu, 22 September 2010

Kembara Seminar Penulisan di SMK Pantai oleh Resmanshah Bersama PERWILA

SMK Pantai merupakan sekolah menengah kedua yang akan mendengar ceramah daripada Resmanshah. Seminar ini akan menyentuh topik yang sama seperti yang telah disampaikan oleh beliau di SMK Lajau.




Penuh penghayatan


Sedikit penerangan oleh Tn Hj Othman selaku wakil PERWILA. Barisan AJK PERWILA yang turut hadir



Resmanshah ~ Pameran, jualan dan menandatangani novel yang telah dibeli oleh para pelajar


Resmanshah bergambar bersama pelajar SMK Pantai


Dari kanan Resmanshah, Suili (ANS), Tn Hj Othman, Norgadis Labuan, Hajjah Hasnah dan Rafidah Mohamad

Suara Resmanshah KLIK SINI

Selasa, 21 September 2010

Kembara Seminar Penulisan di SMK Lajau oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Novel Syaakur terbitan PTS Fortune Sdn Bhd. ini adalah hasil karya Sdr Resmanshah. Beliau adalah anak kelahiran Tawau yang membesar di WP Labuan. Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA), amat berbangga dengan kejayaan beliau dan pihak persatuan juga amat berterima kasih atas kesudian sdr Resmanshah menjadi ahli PERWILA dan sanggup berkerjasama memberi seminar untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di WP Labuan ini.


Ahli PERWILA Sahar Misron Ketua2, Haji Othaman Mahali, Hajjah Hasnah Sambas, Norgadis Labuan dan Rafidah Mohamad

SMK Lajau telah dipilih sebagai sekolah menengah pertama yang akan mendengar ceramah dari beliau. Seminar ini akan menyentuh tentang mengapa sebenarnya kita hendak menjadi penulis?

  • Adakah kerana hobi?
  • Kerana wang? Atau kerana populariti?
  • Atau mungkin juga kerana ingin memperjuangkan bahasa?

Selain dari itu, beliau juga ada menyelitkan sedikit nasihat, ceramah agama dan juga kisah pengalaman manis pahit sebelum dan selepas menjadi penulis yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan kepada para pelajar yang hadir.



Hari kedua 21.09.2010 di SMK Lajau, Sdr Resmanshah mengadakan pameran dan jualan hasil karya beliau.





Suara Resmanshah KLIK SINI

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA