Selasa, 21 September 2010

Kembara Seminar Penulisan di SMK Lajau oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Novel Syaakur terbitan PTS Fortune Sdn Bhd. ini adalah hasil karya Sdr Resmanshah. Beliau adalah anak kelahiran Tawau yang membesar di WP Labuan. Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA), amat berbangga dengan kejayaan beliau dan pihak persatuan juga amat berterima kasih atas kesudian sdr Resmanshah menjadi ahli PERWILA dan sanggup berkerjasama memberi seminar untuk pelajar-pelajar sekolah menengah di WP Labuan ini.


Ahli PERWILA Sahar Misron Ketua2, Haji Othaman Mahali, Hajjah Hasnah Sambas, Norgadis Labuan dan Rafidah Mohamad

SMK Lajau telah dipilih sebagai sekolah menengah pertama yang akan mendengar ceramah dari beliau. Seminar ini akan menyentuh tentang mengapa sebenarnya kita hendak menjadi penulis?

  • Adakah kerana hobi?
  • Kerana wang? Atau kerana populariti?
  • Atau mungkin juga kerana ingin memperjuangkan bahasa?

Selain dari itu, beliau juga ada menyelitkan sedikit nasihat, ceramah agama dan juga kisah pengalaman manis pahit sebelum dan selepas menjadi penulis yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan kepada para pelajar yang hadir.



Hari kedua 21.09.2010 di SMK Lajau, Sdr Resmanshah mengadakan pameran dan jualan hasil karya beliau.





Suara Resmanshah KLIK SINI

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA