Rabu, 24 Jun 2015

Penyerahan Watikah Pelantikan Penaung PERWILA


24 Jun: Seramai lapan orang ahli jawatankuasa PERWILA berkunjung ke pejabat Ahli Parlimen Labuan untuk menyampaikan hasrat terhadap perlantikan Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli sebagai penaung PERWILA. Kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Othman Bin Mahali selaku Ketua Satu Perwila, membawa bersama permohonan dana untuk membuat kajian dan pengumpulan bahan bersejarah di Labuan sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan PERWILA.

Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli dalam ucapan balasnya menyatakan bahawa beliau berbesar hati dengan pelantikan beliau sebagai penaung PERWILA dan merakamkan penghargaan ke atas kunjungan PERWILA. Tambahnya lagi,  kunjungan seperti ini memudahkan tugasan beliau untuk mendekati rakyat. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan amat penting kerana sudah mempunyai jentera (tenaga kerja) yang mengerakkan organisasi. Pertubuhan seperti PERWILA boleh membantu membangunkan masyarakat dari segi sahsiah dan perkembangan budaya terutamanya dari segi kesenian dan penulisan.”

Katanya lagi, “Usaha PERWILA dari pelbagai aspek penulisan termasuklah membukukan bahan-bahan kajian sejarah tempatan merupakan satu usaha yang mampu membantu negara menjadi negara maju kerana tanpa adanya tulisan maka tiada bahan untuk dibaca. Kerajaan amat berharap agar setiap persatuan atau pertubuhan berusaha menjadikan Labuan berperanan sebagai  contoh  wilayah yang mantap dari segi ekonomi, hubungan sihat antara kaum dan seterusnya mengukuhkan perpaduan rakyat di Malaysia.

Ahli Parlimen turut menggesa PERWILA agar mengadakan ikhtiar untuk mendapatkan dana dengan kaedah lain selain meminta peruntukan dari kerajaan. Beliau menyatakan contoh beberapa pertubuhan yang membuat kutipan amal dengan menganjurkan aktiviti rekreasi dan aktiviti bersama badan korporat.

Y. B. Datuk Rozman juga menyeru warga Labuan agar mencontohi sikap penduduk di Kota Kinabalu yang pemurah dan mudah untuk menyertai sebarang aktiviti yang bertujuan mengumpul dana. Sifat pemurah harus diterapkan di kalangan generasi baru di Wilayah Persekutuan Labuan memandangkan generasi inilah yang akan memimpin Labuan pada masa akan datang, jelas beliau.

Pertemuan dengan ahli parlimen Wilayah Persekutuan Labuan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan di hadapan kaunter pejabat ahli parlimen.

Khamis, 18 Jun 2015

Peraduan Puisi Ramadan



Salam Ramadan.
Sempena menyambut bulan Ramadan, PERWILA mempelawa peminat puisi untuk menghasilkan puisi bertemakan Ramadan. Tarikh akhir meghantar puisi ialah penghujung Ramadan. Sila post puisi anda di FB PERWILA.
Karya hendaklah dibuat dengan hastag
‪#‎Puisi_Ramadan‬ dan ‪#‎Semarak30PERWILA‬
Tempat pertama akan mendapat sebuah buku puisi KEMBALI MH370 dan sijil e-digital dan 9 Karya terbaik akan mendapatkan sijil e-digital.

Isnin, 15 Jun 2015

Mesyuarat AJK PERWILA Ke 2, 2015/2017

Tarikh Mesyuarat: 15 Jun 2015
Di Bilik Mesyuarat SMK Pantai, WP Labuan

Hadir Mesyuarat
Haji Othman Mahali (K1)
Sahar Misron (K2)
Francis Labi (SU)
Fatimah Ibrahim (PSU
Masmah Mohd Ali (BEN)
Hajah Hasnah Sambas (AJK)
Haji Abd Rahman Hj Lamudin (AJK)
Haji Suili bin Bakar (AJK)
Aizamin Abd Aziz (AJK)
Gabriel Kimjuan (AJK)
Sani La Bise (AJK)
Md. Saifuddin (Juru Audit)


Khamis, 4 Jun 2015

Dialog Borneo-Kalimantan Ke-12 Di Kuching Sarawak





Wakli dari PERWILA ialah:
Haji Othman Mahali
Haji Suili Bakar

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA