Isnin, 25 Januari 2010

TARIKH CADANGAN DIALOG TELUK BRUNEI KE VII DI MIRI.

Salam sastera, kepada semua teman karyawan, acara Dialog Teluk Brunei ke VII di Miri dijangka pada hujung minggu pertama atau kedua Mei 2010. Ini melihat juga kepada Mesyuarat Agung GAPENA. Surat rasmi akan dihantar bagi menetapkan acara rasmi itu. Laluan kepada Mesyuarat Agung GAPENA barulah acara ini dan juga dana yang mencukupi bagi melangsungkan acara ini. Harap ambil perhatian dan kerjasama. Salam sastera.

Diterima Dari: Poul Nanggang Ketua II PUTERA

Jumaat, 8 Januari 2010

Penghantaran Karya Untuk Dialog Teluk Ke VI

Miri - PUTERA (Persatuan Penulis Utara Sarawak) sebagai tuan rumah Dialog Teluk Tahun ini mengalu-alukan penulis Teluk menghantar karya (cerpen) sekitar 3 hingga 5 muka surat double spacing untuk diterbitkan. Karya-karya ini akan siap sebelum Dialog Teluk berlangsung dan akan dilancarkan ketika perasmian Dialog Teluk sepanjang tiga hari. Bagi pembentang kertas kerja juga sebelum 28 Februari 2010, kertas kerja akan diemel kepada saya kerana kertas kerja itu akan dibukukan. Karya dan kertas kerja bolehlah diemelkan kepada saya mulai dari sekarang dan tarikh tutup pula pada 28 Februari 2010. Saya menyeru kepada rakan-rakan penulis Teluk (Negara Brunei, Sabah, Labuan, Limbang dan Miri) susulkan karya anda untuk diterbitkan sekarang. SALAM!


Diterima Dari JAYA RAMBA, Miri

Jumaat, 1 Januari 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dari Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan.

Funscrape.Com

Funscrape.Com | More New Year Comments

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA