Selasa, 9 Mac 2010

Email Dari Ketua 2 PUTERA

DIALOG TELUK BRUNEI KE VI DI MIRI.
Friday, March 5, 2010 9:43 PM
From:"poul nanggang"


Salam para sahabat karyawan PUTERA dan yang memberikan sokongan dan dokongan kepada organisasi bahasa sastera di Utara Sarawak.

Pertama, 28 Februari 2010 berlalu, bagaimana dengan kertas kerja dari wilayah yang lain dalam lingkungan Teluk Brunei, sudahkan menghantar karya dan kerta kerja? Kalau belum mohon berbuat demikian. Selebihnya, kalau tiada pemakalah yang menghantar kertas kerja adalah atas kebijaksanaan PUTERA memberikan mandat kepada mana-mana karyawan bagi tujuan pembentangan kertas kerja.

Karya-karya puisi dan cerpen terpendek juga perlu disiapkan dalam kadar segera. Kita akan tetapkan bilangan halaman yang ada, di samping jumlah cetakan antologi itu. Mohon kerjasama dengan semua karyawan. Setakat ini, Labuan, sebahagian kecil Sabah melalui BAHASA telahpun berbuat demikian, beberapa teman dalam Sarawak akan tetapi APL belum lagi berbuat demikian termasuk juga Brunei dari ASTERAWANI. Mohon dapat diusahakan secepatnya.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 8 Mac 2010

Program Kembara Budaya Sastera PERWILA

Pendahuluan
Program Kembara Budaya Sastera atau nama-nama lain yang diputuskan kemudian merupakan perjalanan ke pekan-pekan kecil di pesisir Teluk Brunei seperti Limbang, Temburong, Lawas, Sipitang, Beaufort dan Membakut, disamping mengadakan aktiviti-aktiviti sastera dan budaya serta untuk mengeratkan persahabatan serumpun dan sebudaya. Kembara ini juga diharapkan dapat menghilangkan dari rasa tertekan tugas atau mendapat ilham-ilham baharu dari alam semulajadi dalam menghasilkan karya-karya penulisan.


JADUAL PROGRAM(Cadangan)

1. 10/06/2010 (Khamis) - Berkumpul/bertolak dari Terminal Feri
  • 07.30 pg - (kenderaan) Labuan ke Limbang
  • 02.00 ptg - Dijangka tiba di Limbang
  • 08.00 mlm - Aktiviti sastera/budaya Limbang>>Aturcara: Limbang

2. 11/06/2010 (Jumaat) - Bertolak ke Temburong
  • 07.30 pg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Temburong>>Aturcara: Temburong
  • 12.00 t/h - Merarau & Solat Jumaat
  • 02.00 ptg - Bertolak ke Lawas
  • 08.00 mlm - Aktiviti sastera/budaya Lawas>>Aturcara: Lawas

3. 12/06/2010 (Sabtu) - Bertolak ke Sipitang
  • 08.00 pg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Sipitang>>Aturcara: Sipitang
  • 12.00 t/h - Bertolak ke Beaufort & Merarau
  • 2.00 ptg - Pertemuan dengan penulis/budayawan Beaufort>>Aturcara: Beaufort
  • 5.00 ptg - Bertolak ke Membakut (Bermalam di Membakut/Beaufort)
  • 8.00 mlm - Progaram bacaan puisi, bersidondang, bergandang dll>>Aturcara: Membakut

4. 13/06/2010 (Ahad) 8.00 pg - Bertolak ke Menumbok/Labuan


Nota: Aturcara adalah fleksibel - sesuaikan jika perlu


Sabtu, 6 Mac 2010

Tarikh Penghantaran Karya Dialog Teluk dilanjutkan

Tarikh Penghantaran Karya Dialog Teluk dilanjutkan dari 28 Feb kepada 20 Mac 2010. Kepada rakan-rakan penulis yang belum menghantar karya untuk Dialog Teluk, bolehlah email kepada :

Poul Nanggang ~ email: pnbisaya@yahoo.com
Jaya Ramba ~ email: jaya.ramba@yahoo.com

Cerpen 1-3 lembar sahaja. Puisi juga boleh disusulkan bersama. Salam Sastera!



Diterima: dari Jaya Ramba

Khamis, 4 Mac 2010

Mesyuarat Biro Sastera

Biro Sastera PERWILA akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Bengkel Penulisan Novel yang bakal diadakan sedikit masa lagi.

MASA : 7.30 malam
TEMPAT : SMK Lajau, WP Labuan

Kehadiran AJK PERWILA amatlah dialu-alukan. Sekian terima kasih.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA