Jumaat, 29 Mei 2015

Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-18, 2015 Di Brunei DS

Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-18, 2015 kali ini dihadiri oleh peserta dari Negara Brunei DS, Malaysia, Indonesia, Thailand dan singapura.


Majlis Penutupan Pertemuan Sasterawan Nusantara Ke-18

Lima orang peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan turut hadir termasuk tiga wakil PERWILA
1. Haji Suili bin Bakar
2.Masmah Mohd Ali
3. Halizah Mohd Ali

Selasa, 19 Mei 2015

Aktiviti GAPENA 2015



Kepada semua ahli PERWILA yang dihormati,

Sukacita saya memaklumkan di bawah ini aktiviti GAPENA yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Ahli PERWILA adalah dijemput hadir dan menyertai program yang  dinyatakan.  Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Setiausaha PERWILA Francis Labi ditalian 016-802 3456.




PROGRAM GAPENA YANG DIRANCANGKAN
MULAI JULAI HINGGA DISEMBER 2015

1. Seminar Perhimpunan Sasterawan Malaysia ke-3 dan Perasmian Rumah GAPENA pada 8 atau 15 Ogos 2015.

2. Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan 2015, Peringkat Negeri pada Ogos 2015 dan Peringkat Akhir pada 12 September – 14 September 2015.

3. Dialog Utara di Yala, Thailand pada 20-22 Ogos 2015.

4. Dialog Pantai di Kelantan, pada 23-24 Oktober 2015.

5. Dialog Selatan di Batam, Indonesia pada 11-13 Disember 2015.

6. Bengkel Penulisan Nano Budi, Sains dan Teknologi (peserta Tingkatan 4) di Putrajaya/Kuala Lumpur pada 31 Julai dan 7 Ogos 2015 di Melaka.

7. Siri Wacana GAPENA - Forum Bulanan bersama Kosmos/Utusan Malaysia mulai Ogos 2015.

8. Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada September 2015, bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di DBP.

9. Siri Diskusi Karya Sastera bersama DBP Wilayah Tengah, mula dilaksanakan pada 16 Mei 2015 sebagai projek berkala.

10. Wanita Dan Sastera – Bukan Cinta Biasa anjuran GAPENA & DBP diselenggarakan oleh Perkumpulan Penulis, Penyair Wanita Malaysia pada 16 Mei 2015 di Rumah GAPENA. Projek berkala.

11. Bekerjasama dengan DMDI dan IPG menjayakan Program Temasya Pantun dan Dondang Sayang di Melaka (Oktober 2015), Temasya Gurindam di Tanjung Pinang (Oktober 2015) dan Temasya Syair di Riau (November 2015).

12. Bengkel Deklamasi Puisi Kebangsaan GAPENA bersama Kelab Penyair Deklamator Kebangsaan pada Ogos 2015. 

13. Jejak Seni Lukis dan Puisi Bersama Ismail Embong & GAPENA & Yayasan Warisan Negara pada 7 Ogos 2015 di Rumah Gapena.

14. Majlis Persembahan Puisi Kebangsaan dan Persembahan Antarabangsa (Penyampaian Hadiah Sayembara) bersama Yayasan Warisan Negara dan DBP di JKKN pada 12-14 September 2015.

15. Seminar Antarabangsa memperingati Allahyarham Tan Sri Ismail Hussein, sempena menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober 2015.

16. Perhimpunan Penulis Pelbagai Kaum Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2015 anjuran GAPENA, DBP & ISMA pada bulan Oktober 2015 di Melaka dan Kuala Lumpur.

17. Program Memasyarakat Seni Budaya (PMS) ‘Festival Pantun Pasukan Beruniform 2015 anjuran JKKN WPKL & GAPENA pada 14 November 2015 di IPG Lembah Pantai. 

18. Seminar dan Pesta Buku Kebangsaan bersama Yayasan Buku Negara, 9 Disember hingga 13 Disember 2015 di PWTC.

19. Perkampungan Penulis Pelajar Tkt.6 Peringkat Negeri-negeri dalam bulan Oktober 2015.

20. Bengkel Guru-Guru Sastera dalam bulan Nov 2015.


Sekian dan terima kasih atas perhatian.

Khamis, 14 Mei 2015

SAYEMBARA PENULISAN PUISI SEMPENA 30 TAHUN PERWILA

Sayembara ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi sambutan 30 tahun penubuhan PERWILA. Sayembara ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada seluruh penulis Wilayah Persekutuan Labuan untuk menyertai sambutan 30 tahun PERWILA.

Sayembara ini dianjurkan dalam dua kategori untuk merancakkan lagi persaingan secara sihat dalam dunia penulisan. Sayembara ini akan dimulakan pada 18 Mei 2015 (Tarikh Rasmi Pelancaran) dan ditutup pada 18 Julai 2015. Hadiah-hadiah adalah dalam bentuk wang tunai. Hadiah adalah seperti dalam jadual berikut;

PEMENANG
KATEGORI TERBUKA
KATEGORI LABUAN
Johan
RM 1,000.00
RM700.00
Naib Johan
RM  700.00
RM500.00
Tempat Ke-3            
RM  500.00
RM400.00
Saguhati (5 hadiah)
RM  300.00
RM250.00
  • Setiap penyertaan akan diberikan satu sijil penyertaan.


SYARAT-SYARAT SAYEMBARA PENULISAN PUISI SEMPENA 30 TAHUN PERWILA


  1. Sayembara ini dianjurkan dalam dua kategori iaitu :
  • Kategori Labuan – Penulis yang bermastautin di Labuan atau ahli PERWILA.   
  • Kategori Terbuka / Malaysia – Penulis yang bermastautin di Malaysia termasuk penduduk tetap. 
  1. Setiap puisi yang dihantar oleh penulis dari Wilayah Persekutuan Labuan adalah layak untuk dinilai dalam kategori terbuka. Walaubagaimanapun, hanya salah satu hadiah dari mana-mana kategori yang layak dimenangi dengan memilih nilai hadiah yang tertinggi.
  1. Tema Puisi adalah bebas tanpa menyentuh sentimen perkauman, politik, agama dan individu. Puisi haruslah berorientasikan tentang kesejagatan manusia dan pengamatan pada dunia kesusasteraan dan kesasteraan.
  1. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu puisi. Peserta tidak dibenarkan menuliskan nama sebenar, nama pena atau sebarang nama pengenalan dalam mana-mana helaian puisi yang dihantar.
  1. Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin dan hendaklah tidak melebihi dua (2) muka surat A4.
  1. Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  1. Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi oleh penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.
  1. Tarikh tutup penyertaan: 18 JULAI 2015.
  1. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  1. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  1. Setiap penyertaan haruslah disertakan dengan borang Sayembara.

Berikut adalah borang sayembara.
(Sila salin dan tampal dalam jenis tulisan Arial, bersaiz 12 poin menggunakan saiz kertas A4)

 --borang mula--

SAYEMBARA PENULISAN PUISI SEMPENA 30 TAHUN PERWILA

Tandakan (X) bagi kategori yang disertai:
(  ) Wilayah Persekutuan Labuan     
(  ) Terbuka / Malaysia



Nama           :
No. K/P       :
Warganegara:
Alamat surat-menyurat:
Alamat e-mel:

Saya mengaku bahawa puisi saya yang berjudul (tuliskan judul)_____________ adalah karya asli saya dan salinan bercetak tidak perlu dikembalikan oleh penganjur.


Tandatangan:
Tarikh:


PENGHANTARAN BORANG DAN PUISI

Puisi lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: perwila1985@gmail.com dengan tajuk perkara SAYEMBARA PUISI PERWILA 30 TAHUN.

ATAU

Dicetak dan dihantar melalui pos kepada;

URUS SETIA,
SAYEMBARA PUISI PERWILA 30,
PETI SURAT 81429,
87014 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
(U.P.: FRANCIS LABI)

"SENI UNTUK MASYARAKAT"

--borang tamat--


Nota: Boleh inbox FB NORGADIS LABUAN untuk mendapatkan borang pdf

Selasa, 5 Mei 2015

JEMPUTAN MESYUARAT AJK PERWILA BIL. 01/2015


Kepada;
* Semua AJK PERWILA,
Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan-tuan dan puan-puan dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat AJK PERWILA pada ketetapan seperti berikut:


  • Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Pantai,
  • Tarikh   : 8 Mei 2015
  • Hari      : Jumaat
  • Masa    : 8:00 malam

Sebarang usul boleh dihantar melalui e-mail atau SMS ke nombor 016-8023456 selewat-lewatnya pada jam  2 petang pada 8 Mei 2015.

Kehadiran tuan/puan amat diperlukan untuk melancarkan aktiviti PERWILA.

Sekian dan terima kasih.

Yang benar,

(FRANCIS LABI)
Setiausaha PERWILA 2015/2017.

* Tuan/puan yang dijemput ke mesyuarat ini akan menerima sms atau panggilan telefon.


PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA