Rabu, 13 Oktober 2010

Bengkel Penulisan Bersama Resmanshah Di SM Sains WP Labuan

Sebelum ini Tuan Resmanshah hanya mengadakan seminar di sekolah-sekolah menengah WP Labuan, tapi atas permintaan guru-guru dan para pelajar, kali ini beliau telah membuat bengkel untuk sekolah tersbut.

Sdr Sahar Misron Ketua Dua PERWILA memberi ucapan alu-aluan


Bengkel dimulakan dengan penuh ketenangan, walaupun terdapat gangguan teknikal sebelum bengkel dimulakan.



Para pelajar memberi penuh pehatian



Ahli PERWILA yang setia menemani Tuan Resmanshah berseminar dan berbengkel


Penyampaian cenderahati dari SM Sains WP Labuan kepada Tuan Resmanshah


Hari kedua 14 Oktober 2010

Sebelum bengkel dimulakan, adik N. Athirah sempat membaca puisi bertajuk "Sepulau Sekasih Kita" karya Norgadis Labuan untuk para pelajar yang sedang menunggu ketibaan penceramah Tuan Resmanshah.


Cik N.Athirah ahli PERWILA yang merupakan salah seorang pelajar SMK Mutiara WP Labuan


Walaupun kesihatan Tuan Resmanshah tidak memuaskan waktu itu, namun untuk tidak menghampakan para pelajar yang benar-benar berminat dalam bidang penulisan, akhirnya Tuan Resmanshah meneruskan juga bangkel beliau.



Antara pelajar yang mengikuti bengkel selama dua hari


Cik Hatikah pelajar SM Sains WP Labuan sempat bergambar bersama Norgadis Labuan



Sesi menandatangani buku dan novel

Jumaat, 8 Oktober 2010

Bengkel Penulisan Bersama Resmanshah

Sebelum ini Tuan Resmanshah telah membuat seminar ke sekolah-sekolah menengah sekitar WP Labuan dan kali ini beliau dengan murah hati membuat bengkel penulisan selama tiga hari untuk ahli PERWILA dan juga pelajar-pelajar yang berminat. Bengkel ini berlangsung di SMK Lajau Wil Per Labuan.



Untuk hari pertama, Tuan Resmanshah memberi beberapa pengenalan...
  • Mengapa mahu jadi penulis?
  • Bagaimana hendak menjadi seorang penulis?
  • Adab dan budaya penulis
  • Proses menghantar manuskrip




Hari kedua, 9 Oktober 2010...
Hari kedua bengkel diteruskan lagi, kali ini ketua 2 PERWILA Tuan Sahar Misron juga turut hadir menyerikan lagi bengkel yang berjalan.


Untuk hari kedua ini peserta bengkel didedahkan kepada...
  • Langkah menulis manuskrip yang berkesan
  • Kajian dan rujukkan
  • Penciptaan dan penghayatan watak
  • Bermain dengan elemen
  • Membuat cut and jump
  • Apakah pentingnya cut and jump?




Hari ketiga, 10 Oktober 2010...
Kelihatan para peserta bengkel masih lagi setia mendengar ceramah dan tunjuk ajar yang berharga dari Tuan Resmanshah.


Hari terakhir bengkel Tuan Resmanshah berkongsi beberapa tips sebagai seorang penulis...

  • Soalan yang melemahkan semangat
  • Mengenal kegagalan jualan penulis
  • Rahsia mendapat duit selain dari royaliti

Tuan Sahar Misron, Ketua Dua PERWILA sempat memberi ucapan selepas bengkel tamat


Peserta bengkel yang hadir


Bergambar ramai

Selasa, 5 Oktober 2010

Kembara Seminar Penulisan di SM Teknik oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Seminar Penulisan terus berjalan mengikut jadual, kali ini SM Teknik Labuan menjadi pilihan. Bentuk seminar yang disampaikan adalah sama seperti seminar yang lalu, cuma sekolah dan pelajarnya saja yang berbeza.


Tuan Resmanshah memperkenalkan diri


Walaupun pelajar yang hadir tidak ramai memandangkan waktu itu dalah hari peperiksaan, namun para pelajar yang hadir memberi kerjasama yang memuaskan kepada PERWILA.

Hari ke dua...5 Oktober 2010, selain daripada mengadakan pameran dan jualan hasil karya, Tuan Resmanshah juga ada menceritakan bentuk penulisan yang beliau hasilkan.

Cerita pengalaman seorang penulis...


Wajah ceria para pelajar


Puan Hajjah Hasnah memperkenalkan buku "Sepulau Sekasih kita" karya ahli PERWILA dan sejurus itu beliau membaca puisi hasil karya beliau sendiri yang terdapat didalam antologi "Sepulau Sekasih Kita"



Norgadis Labuan, Cik Rafidah, Tuan Haji Othman dan Tuan Suili ANS juga membaca puisi mereka masing-masing


Barisan AJK PERWILA yang turut hadir


Sesi menandatangani buku oleh Tuan Resmanshah


Jualan buku untuk perserta seminar


Penyampaian sijil dari SM Teknik kepada Tuan Resmanshah

Suara Resmanshah KLIK SINI

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA