Selasa, 5 Oktober 2010

Kembara Seminar Penulisan di SM Teknik oleh Resmanshah Bersama PERWILA

Seminar Penulisan terus berjalan mengikut jadual, kali ini SM Teknik Labuan menjadi pilihan. Bentuk seminar yang disampaikan adalah sama seperti seminar yang lalu, cuma sekolah dan pelajarnya saja yang berbeza.


Tuan Resmanshah memperkenalkan diri


Walaupun pelajar yang hadir tidak ramai memandangkan waktu itu dalah hari peperiksaan, namun para pelajar yang hadir memberi kerjasama yang memuaskan kepada PERWILA.

Hari ke dua...5 Oktober 2010, selain daripada mengadakan pameran dan jualan hasil karya, Tuan Resmanshah juga ada menceritakan bentuk penulisan yang beliau hasilkan.

Cerita pengalaman seorang penulis...


Wajah ceria para pelajar


Puan Hajjah Hasnah memperkenalkan buku "Sepulau Sekasih kita" karya ahli PERWILA dan sejurus itu beliau membaca puisi hasil karya beliau sendiri yang terdapat didalam antologi "Sepulau Sekasih Kita"



Norgadis Labuan, Cik Rafidah, Tuan Haji Othman dan Tuan Suili ANS juga membaca puisi mereka masing-masing


Barisan AJK PERWILA yang turut hadir


Sesi menandatangani buku oleh Tuan Resmanshah


Jualan buku untuk perserta seminar


Penyampaian sijil dari SM Teknik kepada Tuan Resmanshah

Suara Resmanshah KLIK SINI

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA