Khamis, 18 Oktober 2012

Antologi Puisi DBK Ke-11

Sempena Dialog Borneo-Kalimantan 2013 di WP Labuan ,satu antologi puisi akan diterbitkan. 
Para penyair dan penulis WP Labuan, Sabah, Brunei DS dan Kalimantan dipelawa menghantar sebanyak dua buah puisi berserta biodata ringkas kepada Tuan Rusdi Awang sama ada melalui pos, hantar tangan, atau e-mel sebelum hujung Disember 2012.

Rusdi Awang
e-mel: rusdi@dbp.gov.my
alamat: DBP Cawangan Sabah, Beg Berkunci 149, 88999, Kota Kinabalu

Ahad, 14 Oktober 2012

Sani La Base Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012, Peringkat WP Labuan

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012, Peringkat WP Labuan anjuran Jabatan Penerangan dan PERWILA serta kerjasama GAPENA.

 Majlis dirasmikan oleh YB Senator Datuk Hj Yunus Hj Kurus.  Ahli Dewan Negara, Merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan

Johan: Sani Bin La Base (RM1,000, piala, hamper dan sijil)

N. Johan: Angelia Sima Anak David Luncha (RM500, piala, hamper dan sijil)

Saguhati pertama: Lim Siew Fong (RM100, piala, hamper dan sijil)

Saguhati kedua: Ahmad Al-Ashir Bin Ahmad (RM100, piala, hamper dan sijil)

Saguhati ketiga: Noor Shakira Binti Mohd Hasli (RM100, piala, hamper dan sijil)

Hj Alias Hussin (Hamper dan sijil)

Dg.  Farah Athirah Binti Ag. Asim (Hamper dan sijil)

Jerry Yacob (Hamper dan sijil)

Nurzafirah Nadirah Binti Abbas (Hamper dan sijil)

Mohd Syafiq Garib (Hamper dan sijil)

Lebih 30 orang peserta menyertai sayembara ini dan hanya 10 orang sahaja yang terpilih keperingkat akhir yang berlangsung pada 13 Oktober 2012 yang lalu.

Rabu, 10 Oktober 2012

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012


Saringan
Tarikh: 12 Oktober 2012
Masa: 9.00 pagi dan 2.30 petang
Tempat: Jabatan Penerangan Labuan, Ujana Kewangan WP Labuan.


Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 diadakan pada 
Tarikh: 13 Oktober 2012
Masa: 7.30 malam
Tempat: Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan Labuan.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Mesyuarat Ke-2 AJK Pelaksana DBK ke-11 2013

Mesyuarat AJK Pelaksana DBK kali ke-2 ini diadakan di Menara Perbadanan Labuan.
05 Oktober 2012 (Jumaat).


Tema DBK ke-11, "Merekayasa Citra Sastera Borneo".
DBP ke-11 ditetapkan pada 27-29 Jun 2013 yg akan dihadiri penulis2, sasterawan, budayawan 3 negara - Malaysia, Brunei dan Indonesia/Kalimantan.

Turut hadir Pengarah DBP Sabah, Hj Mohd Jamaluddin Sulong dan pegawai kanannya Rusdi Awang, Mahathir Abd Hamid, Pengarah Jab Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan.
Bergambar bersama Pengarah Jab Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid.

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA