Sabtu, 30 April 2011

Santai Puisi Perwila

Santai Puisi Perwila Dan Majlis makan Malam


Santai Puisi "Jom baca Puisi Perwila" ini adalah kali pertama Perwila anjurkan di Labuan. Sebagai program pertama ini, kehadiran pecinta sastera amat dialu-alukan. Kehadiaran Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yusof Hj Mahal, Pengarah DBP Caw Sabah dan Pengarah Pendidikan Labuan cukup menyuntik semangat ahli Perwila untuk terus memperjuangankan seni sastera di Pulau ini.

Perwila juga mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sebanyak RM 5 ribu dari Ahli Parlimen Labuan, YB Datuk Yusof Hj Mahal.

Cenderahati dari Perwila

Cenderahati untuk Pengarah DBP Caw Sabah dan Wakil Pengarah Murba Holdings Sdb Bhd

Majlis Makan Malam yang diadakan di Restoran malindo ini ditaja oleh En Mohd Ali Bledram, Pengarah Urusan Murba Holdings Sdn Bhd.

Ahad, 24 April 2011

Selamat Hari Lahir Tawil

Selamat Hari Lahir dari PERWILA buat Tawil Beddu, Juruaudit Perwila 2011-2013. Moga akan terus berkarya dalam dunia penulisan.

Khamis, 21 April 2011

Santai Puisi Perwila



Dengan segala hormatnya mempersilakan para pencinta sasterahadir
ke Majlis Santai Puisi Perwila


Pada: 30 April 2011 (Sabtu)
Masa: 2.30 Petang
Tempat : Taman Damai, Kg. Layang-Layangan WP Labuan

Moga Kehadiran kalian akan dapat memeriahkan lagi Majlis Santai Perwila.

Rabu, 13 April 2011

Jemputan Santai Puisi PERWILA

Ruj. Tuan:

Ruj. Kami: PERWILA/325324/2011//02

Tarikh : 13hb April 2011


DBP Sabah
Dewan Bahasa Dan Pustaka Caw. Sabah



Tuan,


Per: Jemputan Santai Puisi PERWILA

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas. Dimaklumkan bahawa dengan senang hati tuan dijemput untuk menghadiri Santai Puisi Perwila seperti ketetapan di bawah.


Tarikh : 30 April 2011 (Ahad)

Masa : 02.00 Petang

Tempat : Pantai Taman Damai, WP Labuan


Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan terlebih dahulu kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Sekian, wassalam



Yang benar,



(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Selasa, 12 April 2011

Peraduan Menulis Puisi Unsur Islam

Sahabat-sahabat penulis khususnya di Sabah yang berminat menulis puisi berunsur Islam, disampaikan maklumat peraduan menulis puisi berunsur Islam 2011 anjuran DBP Cawangan Sabah. Anda boleh mengemukakan maksimum 3 penyertaan, satu penyertaan mengandungi 10 puisi.

Maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Japar Ungki (japar@dbp.gov.my).

Tarikh tutup: 30 Jun 2011.

Ahad, 10 April 2011

Mesyuarat AJK PERWILA 2011/01

Ini adalah Mesyuarat AJK Perwila kali pertama setelah berlangsungnya
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang lalu yang bertarikh 6 mac 2011.

Mesyuarat kali ini membincangkan aktiviti-aktiviti Perwila, antaranya
  • Bengkel Kreatif Puisi/Cerpen Berunsur Islam
  • Hadiah Sastera Perwila
  • Pertemuan Sasterawan Nusantara
  • Santai Puisi Perwila
Mesyuarat juga melantik Biro Kewangan & Harta, Biro Kebajikan & Sosial, Biro Bahasa &
Sastera, Biro Dokumentasi & Saranta dan Biro Drama & Lakonan

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 11.15 malam oleh Ketua 1, Dr harun Hj Pudin. Ucapan terima kasih kepada Hjh Hasnah sambas atas sumbangan makan minum mesyuarat kali ini.

Mesyuarat AJK Persatuan Penulis Wilayah Persekutun Labuan (PERWILA)


Ruj. Tuan:

Ruj. Kami: PERWILA/325324/2011/01

Tarikh : 10hb April 2011


AJK Dan Ahli Perwila


Tuan/Puan,


Per: Mesyuarat AJK Persatuan Penulis Wilayah Persekutun Labuan(PERWILA)

Perkara di atas adalah dirujuk. Adalah dengan ini Tuan/puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat di atas mengikut ketetapan di bawah.

Tarikh : 10 April 2011 (Ahad)

Masa : 08.00 malam

Tempat : SMK Lajau, WP Labuan

Kehadiran Tuan/Puan sangat-sangat diharapkan demi melancarkan perjalanan aktiviti PERWILA.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,



(Masmah Binti Mohd Ali)
Setiausaha 2011-2013

Selasa, 5 April 2011

Bacaan Puisi Di Malam Majlis PementasanTeater Perwila “INFLAKASTA’

Ketua 1 Perwila Dr Harun Hj Pudin membaca puisi yang berjudul "Si Bongkok" karya Isma R.H (Dr Harun Hj Pudin)

Hj Suili Bakar ANS, mempersembahkan karya beliau sendiri

Judul puisi "Pahlawan Melayu" karya Ag Asim

Turut membaca puisi malam itu Tuan Hj Majid, Ketua Kampung Layang-Layangan

Nurzafirah Nadirah membaca puisi karyanya yang bertajuk "Hari Bahagia Ibu"

N Athirah juga membaca puisi hasil karyanya sendiri yang bertajuk "Bila Hati Tertanya-Tanya"

Liza Ali memilih puisi kesukaannya yang bertajuk "Pesan" karya Norgadis Labuan

Norgadis Labuan membaca puisi karyanya sendiri yang bertajuk "3 April Ini"

Hajjah Hasnah merupakan orang lama dalam Perwila, beliau membaca puisi karyanya yang bertajuk "Memori Semalam"

Pengarah JPN, Puan Mistrine Radin, memilih puisi "Pertemuan" karya Norgadis Labuan, dari Antologi Sepulau Sekasih Kita

AJK Perwila bergambar bersama barisan pelakon teater

Isnin, 4 April 2011

Pementasan Teater Perwila “INFLAKASTA’

Pementasan Teater Perwila “INFLAKASTA’
oleh Para Pelajar SM Sains Labuan
Karya Sdr. Hashim Yassin dan diarahkan oleh Sdr. Mohd Khairul Isa
Pada: 03 April 2011 (Ahad)
Masa: 7.30 Malam
Tempat : Anjung Budaya Perbadanan Labuan, Kg. Layang-Layangan WP Labuan

Ahad, 3 April 2011

Selamat Hari Lahir Norgadis Labuan

Selamat Hari Lahir dari PERWILA buat Norgadis Labuan, Setiausaha Perwila 2011-2013.
Moga akan terus berkarya dalam dunia penulisan.

Kad Jemputan

Ke Majlis Pementasan Teater Perwila “INFLAKASTA’
oleh Para Pelajar SM Sains Labuan
Karya Sdr. Hashim Yassin dan diarahkan oleh Sdr. Mohd Khairul Isa
Pada: 03 April 2011 (Ahad)
Masa: 7.30 Malam
Tempat : Anjung Budaya Perbadanan Labuan, Kg. Layang-Layangan WP Labuan


PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA