Ahad, 10 April 2011

Mesyuarat AJK PERWILA 2011/01

Ini adalah Mesyuarat AJK Perwila kali pertama setelah berlangsungnya
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang lalu yang bertarikh 6 mac 2011.

Mesyuarat kali ini membincangkan aktiviti-aktiviti Perwila, antaranya
  • Bengkel Kreatif Puisi/Cerpen Berunsur Islam
  • Hadiah Sastera Perwila
  • Pertemuan Sasterawan Nusantara
  • Santai Puisi Perwila
Mesyuarat juga melantik Biro Kewangan & Harta, Biro Kebajikan & Sosial, Biro Bahasa &
Sastera, Biro Dokumentasi & Saranta dan Biro Drama & Lakonan

Mesyuarat ditangguhkan kira-kira jam 11.15 malam oleh Ketua 1, Dr harun Hj Pudin. Ucapan terima kasih kepada Hjh Hasnah sambas atas sumbangan makan minum mesyuarat kali ini.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA