Sabtu, 25 Februari 2012

Pesta Teater 2012

Pesta Teater 2012. Anjuran Persatuan Penulis W.P. Labuan (PERWILA) dengan kerjasama Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan.

Pearl Theater Johan Pesta Teater 2012


KUDREX Naib Johan Pesta Teater 2012


3 pengadil jemputan

Pearl Theater

Pearl Theater

Pearl Theater
Pearl Theater

KUDREX

KUDREX

KUDREX


Majlis dirasmikan oleh En Mahathir Abd Hamid, Pengarah Jabatan Pelancongan,
Kebudayaan dan Kesenian, Perbadanan Labuan.


Antara AJK yang bertugas

Jumaat, 24 Februari 2012

Peraduan Menulis Cerpen Labuan 2012

Peraduan Menulis Cerpen Labuan 2012
Anjuran PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PERWILA).
Peraduan menulis cerpen PERWILA 2012 adalah sempana menyambut
Hari Kemerdekaan yang ke-54.

Tema
• Tema boleh berbentuk futuristik, masa kini, masa lampau atau mengenai generasinya yang bercita-cita untuk maju dalam beberapa segi termasuklah kasih saying, berilmu atau mencapai sosio ekonomi yang berpendapatan tinggi dalam tahun tersebut di Labuan

Syarat
• Peraduan ini terbuka kepada ahli-ahli PERWILA dan penulis yang bermastautin tidak kurang enam bulan di WP Labuan.
• Cerpen hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Ditulis dengan 1.5 langkau di atas kertas A4 pada sebelah muka surat sahaja.
• Panjang cerpen ialah antara 14 hingga 25 muka surat.
• Setiap penyertaan hanya dibenarkan menghantar 2 buah cerpen dan cerpen adalah asli.
• Peserta handaklah mengisi boring penyertaan.

Hadiah
Johan: RM 2,000
Naib Johan: RM 1,500
Tempat Ketiga: RM 1,000
7 Hadiah Saguhati RM 500 Setiap Satu

Tarikh Tutup: 15 Julai 2012
Ditunda ke 31 Disember 2012

Borang boleh didapati di
Kiosk Hom Enterprise, No 1,
Terminal Feri Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan
Tuan Haji Othman Mahali, Bendahari PERWILA (016-8321065)

Hantar Kepada
Puan Salbiah Ajis
RTM Labuan FM
Peti Surat 81429, 87014,
Wilayah Persekutuan Labuan

Rabu, 22 Februari 2012

Bengkel Sastera PERWILA Di SMK Pantai WP Labuan

Ahli PERWILA yang turut hadir Masmah Mohd Ali (Setiausaha), Hj Othman Mahali (Bendahari), Hj Suili Bakar (AJK) dan Rafidah Mohamad (Penceramah)


Rafidah Mohamad, Penceramah PERWILA

Ahad, 19 Februari 2012

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIAN


KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000

KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).
Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.
Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.
Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.
Kepanjangan karya sayembara:
Novel: tiada had halaman.
Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya.
Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya.
Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.
Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.
Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke buku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)
atau
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain)

Sabtu, 18 Februari 2012

Bengkel Sastera PERWILA Di SMK Mutiara WP Labuan














Turut hadir Masmah Mohd Ali (Setiausaha), Nadirah Junior (P.Setiausaha), Hj Othman Mahali (Bendahari), Hj Suili Bakar (AJK), Hjh Hasnah Sambas (AJK), Rafidah Mohamad (Penceramah), Mazli Mohamad, Nurzafirah Nadirah, Nuratikah Nazurah dan Nurwathiqah Masturah.

Rabu, 15 Februari 2012

Bengkel Sastera PERWILA Di SM Teknik WP Labuan
















Ketua 1, Dr Harun Hj Pudin pun turut hadir...

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA