Jumaat, 24 Februari 2012

Peraduan Menulis Cerpen Labuan 2012

Peraduan Menulis Cerpen Labuan 2012
Anjuran PERSATUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (PERWILA).
Peraduan menulis cerpen PERWILA 2012 adalah sempana menyambut
Hari Kemerdekaan yang ke-54.

Tema
• Tema boleh berbentuk futuristik, masa kini, masa lampau atau mengenai generasinya yang bercita-cita untuk maju dalam beberapa segi termasuklah kasih saying, berilmu atau mencapai sosio ekonomi yang berpendapatan tinggi dalam tahun tersebut di Labuan

Syarat
• Peraduan ini terbuka kepada ahli-ahli PERWILA dan penulis yang bermastautin tidak kurang enam bulan di WP Labuan.
• Cerpen hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Ditulis dengan 1.5 langkau di atas kertas A4 pada sebelah muka surat sahaja.
• Panjang cerpen ialah antara 14 hingga 25 muka surat.
• Setiap penyertaan hanya dibenarkan menghantar 2 buah cerpen dan cerpen adalah asli.
• Peserta handaklah mengisi boring penyertaan.

Hadiah
Johan: RM 2,000
Naib Johan: RM 1,500
Tempat Ketiga: RM 1,000
7 Hadiah Saguhati RM 500 Setiap Satu

Tarikh Tutup: 15 Julai 2012
Ditunda ke 31 Disember 2012

Borang boleh didapati di
Kiosk Hom Enterprise, No 1,
Terminal Feri Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan
Tuan Haji Othman Mahali, Bendahari PERWILA (016-8321065)

Hantar Kepada
Puan Salbiah Ajis
RTM Labuan FM
Peti Surat 81429, 87014,
Wilayah Persekutuan Labuan

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA