Rabu, 23 Ogos 2017

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan


TUJUAN

  1. Memilih peserta mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan Ke-31.
  2. Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi.
  3. Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi.
  4. Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi.


SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 17 tahun keatas dan bermastautin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya dua tahun. Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2016) tidak dibenarkan menyertai.


PUISI PILIHAN

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Sila hubungi PERWILA untuk mendapatkan buku ini. 

Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.


HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

  • Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan

HADIAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

  • Johan Sayembara W. P. Labuan menerima piala pusingan YB Senator Datuk Hj. Bashir b. Hj. Alias, senator W. P. Labuan, wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Naib Johan menerima wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Tempat Ketiga menerima wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.
  • Pemenang saguhati akan menerima hadiah iringan serta sijil penyertaan

YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan adalah RM2.00 bagi setiap peserta.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi;

012-831 9897 (Francis) atau 016-847 9067 (Syaifudin)


TARIKH DAN LOKASI SAYEMBARA

Sayembara akan diadakan seperti butiran berikut;

  • Tarikh: 16 September 2017 (Sabtu)
  • Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
  • Tempat: Anjung Budaya Layang-Layangan, W. P. Labuan


Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA