Selasa, 9 November 2010

Antologi Cerpen Dan Puisi Sempena Sambutan 40 Tahun GAPENA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Seperti telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penuh Gapena pada 2 Oktober 2010, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), diberi tanggungjawab menyelenggara penerbitan sebuah antologi cerpen dan sebuah antologi puisi dengan sumbangan karya ahli semua badan gabungan dalam Gapena.

Sehubung dengan itu Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan dengan ini diminta memberi kerjasama dan sokongan penuh kepada ASASI agar semua karya cerpen dan puisi dapat dikumpulkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Setiap badan gabungan dikehendaki mengemukakan dua buah cerpen dan 10 buah puisi karya ahli masing-masing. Bagi memberi peluang kepada ramai penulis, seelok-eloknya, kuota dua buah cerpen dari setiap badan gabungan hasilkan oleh dua orang penulis. Begitu juga dengan puisi, peluang patut diberi kepada beberapa orang penyair yang berpotensi dalam persatuan tuan.

Tema setiap karya sama ada cerpen dan puisi adalah bebas. Sama ada karya tersebut telah tersiar (sila catatkan tarikh dan tempat tersiar) atau belum, mutunya hendaklah mencapai standart yang tinggi dan dapat diterima penerbit, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sila kemukakan karya terpilih daripada persatuan pimpinan Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan kepada ASASI pada atau sebelum 3 Disember 2010. Bagi memudahkan urusan pengumpulan karya, sila salurkan setiap karya ke alamat e-mel Ketua Satu ASASI 05_ayop@yahoo.com

Sekian dan terima kasih.
DR HJ OSMAN AYOB, AMK, BKM, PJK
Ketua Satu, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)

Sila Klik Surat Untuk Pembesaran

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017