Ahad, 29 April 2012

DIALOG TELUK BRUNEI KE-VIII TAHUN 1433/2012

DIALOG TELUK BRUNEI KE-VIII 
Pada: 9 – 10 Julai 2012

Anjuran Bersama:
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI)NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEMA
Mengembangkan Sosio-budaya, Kesusasteraan, Bangsa dan Negara.

1.0 PENGENALAN Pada 9 haribulan Julai 2012 ASTERAWANI genap usia 50 tahun. Sehubungan itu, ASTERAWANI akan mengadakan Sambutan 50 Tahun ASTERAWANI

Dialog Teluk Brunei Ke-VIII merupakan kesinambungan daripada Dialog Teluk Brunei Ke-VII yang lalu. Tahun ini diungkayahkan bersukut baik Sambutan 50 Tahun ASTERAWANI (1962-2012).

2.0 Objektif 2.1 Mencetuskan, menyemarakkan dan meningkatkan lagi aspirasi, semangat dan komitmen baharu ASTERAWANI bagi mengembangkan dan memartabatkan lagi sosio-budaya dan kesusasteraan Brunei, sekaligus sosio-budaya, kesusasteraan Melayu serantau;

2.2 Menghimpunkan, mempertemukan dan mengeratkan lagi tali silaturahim ahli-ahli ASTERAWANI, para pencinta/penggiat sosio-budaya, sastera dan penulis tanah air dan penulis negara-negara tetangga.

2.3 Sentiasa mendokong misi dan visi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai ‘payung’ dan sinergi yang berpadu.

3.0 SKOP Meliputi pelbagai bidang kajian sejarah, sosio-budaya, sosio-ekonomi, bahasa, sastera, kesenian, politik, agama, bangsa dan negara.

4.0 TARIKH 9 - 10 Julai 2012

5.0 YURAN PENYERTAAN Dewasa: BND20 Penuntut: BND10

Bayaran Kepada: “BENDAHARI” Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Negara Brunei Darussalam

6.0 PENGINAPAN Bagi Peserta (luar negara), pihak penganjur menyediakan tempat penginapan dengan kadar yang berpatutan. Sila hubungi pihak penganjur.

7.0 PENGANGKUTAN Pengangkutan disediakan ulang alik dari Penginapan ke tempat dialog.

8.0 PENYERTAAN PEMAKALAH/ PEMBENTANG KERTAS KERJA Pemakalah/Pembentang hendaklah menghantar Kertas Kerja lengkap melalui e-mail (saiz font 12 pt, langkau dua dalam MSWord) bersama abstrak/sinopsis tidak lewat pada 15 Mei 2012.

9.0 PENYERTAAN:

i)Saya menyertai seminar ini sebagai Pembentang Kertas Kerja. Tajuk Kertas Kerja saya ialah:

______________________________________________________________________________


ii)Saya menyertai seminar ini sebagai Peserta. 10.0 BORANG PENYERTAAN

Nama Alamat No. Telefon No. Faks Alamat Email Alamat fb

PENDAFTARAN SEMINAR

Pada : 8 Julai 2012 Tempat : Dewan Bahasa dan Pustaka,Lapangan Terbang Lama,Berakas. Jam : 9.00 pagi hingga 4.30 petang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: URUS SETIA Dialog Teluk Brunei Ke-VIII

Awg Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin – Ketua I ASTERAWANI +673 8615493

Awg Suip bin Haji Abd. Wahab Dewan Bahasa dan Pustaka,Berakas BB3510 Negara Brunei Darussalam + 673 2382511, Faks: 2381817

Awg Haji Mohd Firdaus bin Orang Kaya Kaya Haji Noordin – Setiausaha I ASTERAWANI +673 8180491

Awg Kamis bin Haji Tuah – Bendahari I ASTERAWANI +673 8844574 Faks: +673 2460514 Email: asterawanibrunei@gmail.com FB: Asterawani Brunei

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017