Rabu, 26 September 2012

Mesyuarat Pelaksana Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012

Mesyuarat Pelaksana Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 ini diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Penerangan WP Labuan pada 26 september 2012, jam 2.30 petang.  Program ini dianjurkan oleh Jabatan Penerangan WP Labuan bersama Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA) dengan kerjasama GAPENA.

Wakil PERWILA yang turut hadir
  • Masmah Mohd Ali (Setiausaha)
  • Hj Othman Mahali (Bendahari)
  • Hj Abd Rahman Hj. Lamudin (AJK)
  • Hjh Hasnah Sambas (AJK)
  • Hj Suili Bakar (AJK)
  • Fatimah Ibrahim (AJK)
Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan 2012 akan diadakan pada
Tarikh: 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Tempat: Anjung Budaya, Layang-Layangan Labuan 

Tarikh tutup penyertaan pada 10 oktober 2012

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA