Selasa, 21 Mei 2013

Melawat Asrama Di UMS KAL

Petang tadi Setiausaha DBK, Masmah Mohd Ali, Bendahari DBK, Hj Othman Mahali, AJK DBK, Hjh. Hasnah Sambas dan Hj Suili Bakar telah melawat asrama UMS KAL yang akan digunakan sebagai tempat penginapan peserta Dialog Borneo-Kalimantan ke-11 2013.

Setelah membuat sedikit perbincangan, kemungkinan besar program DBK ini akan menggunakan 2 buah blok asrama  iaitu Beta 1 dan Beta 2 untuk peserta.  Selain itu DBK juga akan menggunakan Rumah Tamu Semi - D sebanyak 2 unit.  Satu unit untuk pembentang kertas kerja dan 1 unit lagi untuk urus setia DBK.

Perbincangan seterusnya bersama UMIS KAL akan diadakan pada 27 Mei 2013.

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi AJK PERWILA