Selasa, 15 April 2014

SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH KEMBALI LAGI!

Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH tahun lalu telah melakar sejarah penting dalam menyemarakkan bidang kesusasteraan negara. Kali ini, ia kembali lagi dengan membuka peluang lebih besar kepada penulis dari seluruh tanah air!

Tiga kategori dipertandingkan iaitu NOVEL, KUMPULAN CERPEN, DAN KUMPULAN PUISI masih dikekalkan dan hadiah bernilai lebih RM130,000 ditawarkan kepada pemenang!
Syarat-syarat Penyertaan: 
  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur.
  2. Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
  3. Peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu penyertaan untuk mana-mana kategori yang disertai. Bagaimanapun, peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. 
  4. Karya mestilah belum/tidak pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.
  5. Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dengan KLIK DISINI
  6. Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman, bersaiz 12 poin dalam kertas bersaiz A4.
  7. Kepanjangan karya :  
    a. NOVEL
    : tiada had halaman. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan sinopsis tidak lebih dua (2) halaman.  b. KUMPULAN CERPEN: minimum 10 karya atau 10 buah cerpen.
    c. KUMPULAN PUISI: minimum 45 karya atau 45 buah puisi 
  8. Manuskrip yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.
  9. Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai mana-mana pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.
  10. Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit lain.
  11. Tarikh tutup penyertaan: 31 JANUARI 2015.
  12. Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
  13. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan atau surat-menyurat tidak akan dilayan. 
 PENGHANTARAN: 
Manuskrip lengkap berserta borang penyertaan boleh dikirimkan melalui e-mel kepada: sayembara@itbm.com.my
ATAU
Dicetak dan dihantar melalui pos kepada:
URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
WISMA ITBM, NO. 2 JALAN 2/27E, SEKSYEN 10,WANGSA MAJU, 53300 KUALA LUMPUR.(U.P.: MOHD ROZLAN MOHAMED NOOR)
atau
URUS SETIA 
SAYEMBARA PENULISAN ITBM-PENA-BH II 
RUMAH PENA961-7, JALAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,50460 KUALA LUMPUR.(U.P.: AZALAN HUSSAIN)

Tiada ulasan:

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017