Isnin, 10 Ogos 2015

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI KEMERDEKAAN 2015

MAKLUMAT DAN SYARAT PENYERTAAN

PENGENALAN

GAPENA telah diberi mandat oleh Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan (JSBK) mulai tahun 1987 untuk menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan  Kemerdekaan (SDPBK), Peringkat Negeri dan Kebangsaan. Bermula dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan lain-lain. Penganjuran bertujuan menanamkan rasa cinta dan semangat patriotik terhadap tanah air.

Penganjuran sayembara ini telah meluas bukan sahaja di negeri-negeri, malahan di Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), telah mendapat sambutan yang amat membanggakan dan telah melahirkan ribuan deklamator di seluruh tanah air.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bermula pada tahun 2006, penganjuran SDPBK tidak lagi dikelolakan sepenuhnya oleh GAPENA. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) telah mengambil alih daripada GAPENA dan GAPENA hanya dijemput untuk bekerjasama. Sempena Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-53, tahun 2010, telah diumumkan oleh JSBK bahawa SDPK tidak lagi dianjurkan diganti dengan pengucapan puisi sahaja.

Namun mulai tahun 2010 itu juga, atas kesedaran semangat patriotik dan memartabatkan sastera tanah air, GAPENA bersetuju meneruskan SDPK dengan kemampuan yang tersendiri dan  pada tahun 2015 ia diteruskan lagi dengan format dan kemampuan yang sama.


TUJUAN

Meneguhkan perpaduan kaum melalui pengucapan puisi
Memperkasakan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia melalui pengucapan puisi
Menyerikan Sambutan Perayaan Kemerdekaan pada setiap tahun melalui pengucapan puisi


PENYERTAAN

(1). Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun keatas.
      Johan SDPK Peringkat Kebangsaan (1987 – 2014) tidak dibenar menyertai.

(2).Setiap   peserta   hanya   dibenarkan  menyertai  saringan/pemilihan/pertandingan
      akhir peringkat negeri TIDAK LEBIH DARI SEKALI. Ini bermakna, mana-mana peserta yang telah menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir peringkat negeri di sesebuah negeri TIDAK DIBENARKAN  menyertai saringan/pemilihan/pertandingan akhir  peringkat negeri di negeri lain. Peserta yang didapati melanggar syarat dan peraturan ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangannya TERBATAL  dengan sendirinya.

(3). Setiap peserta mestilah mematuhi semua syarat dan peraturan  sayembara seperti
      yang yang ditetapkan oleh GAPENA. Semua keputusan hakim dan/atau pihak penganjur adalah muktamad. Setiap peserta hendaklah menjaga nama baik GAPENA dan tidak akan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini sama ada secara lisan, melalui media cetak, media elektronik, media sosial atau apa jua lain-lain media. Peserta yang melanggar mana-mana syarat dan peraturan sayembara ini dan melakukan apa jua tindakan yang memudaratkan atau menjejaskan nama baik GAPENA atau sayembara ini akan menyebabkan penyertaan atau kemenangan peserta tersebut TERBATAL dengan sendirinya. 


TARIKH / TEMPAT

Dewan  Bahasa  dan Pustaka  akan  memilih seorang (1) peserta sahaja  yang mewakili negeri. Saringan akan diadakan di seluruh negara bermula  dalam tempoh bermula  16 Ogos  2015 hingga 30 September 2015 di lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh DBP.

Saringan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan akan diadakan seperti pada ketetapan berikut;

     Tarikh: 12 September 2015 (Sabtu)
     Masa: i) 9:00 - 12:00 tengah hari (Saringan awal)
               ii) 8:00 malam - 10:00 malam (pemilihan wakil W. P. Labuan)
     Tempat: Dewan Kuliah 2, Kolej Matrikulasi Labuan


Manakala Peringkat Kebangsaan  akan  berlangsung  di  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka Kuala Lumpur pada  16 - 18 Oktober 2015 (Jumaat - Ahad).


PUISI PILIHAN

Para peserta dikehendaki mendeklamasikan salah satu (1) puisi yang terdapat dalam antologi puisi Lentera Zaman terbitan GAPENA 2014. Antologi puisi ini boleh didapatkan di Rumah Gapena, Kuala Lumpur, di enam pejabat-pejabat wilayah/cawangan DBP atau di 18 buah pengedar sah DBP di seluruh negara. 

Format penghakiman berdasarkan format yang dikeluarkan oleh GAPENA. Peserta dilarang membawa alat-alat muzik semasa mendeklamasikan puisi. Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan tidak dibenarkan menyertai sayembara.


HADIAH

Johan Sayembara Kebangsaan menerima piala pusingan Tun Ghafar Baba, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, wang tunai RM5,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Naib Johan menerima wang tunai RM3,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Tempat Ketiga menerima wang tunai RM2,000.00, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Peserta yang berjaya ke Peringkat Kebangsaan dan tidak berjaya akan menerima saguhati wang tunai RM300.00, hadiah iringan serta sijil penyertaan.                                                                                                                             


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah/Cawangan dan GAPENA. Borang penyertaan bolehlah dihantar kepada :

    DBP Wilayah / Cawangan

    atau

    Urusetia
    Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) 2015
    d/a GAPENA
    JKR 899 Jalan Belfield
    Bukit Petaling
    50460 Kuala Lumpur

    Telefon  : 03 – 2144 2412    Faksimili : 03 – 2141 0340
    e-Mel     : gapena2u (at) gmail.com

    atau hubungi

    Sdr Usman Ibrahim
    Setiausaha Dua GAPENA
    merangkap
    Timbalan Pengarah SDPK 2015
    Telefon  : 017 – 941 7262
    e-Mel     : usmhanibrahim (at) gmail.com   

    atau

    Pn Norazimah Abu Bakarr
    Pengurus Projek GAPENA
    Telefon : 016 - 383 3670
    e-Mel    : azimah_ab (at) yahoo.com  

    Haji Abdul Aziz Mohd Ali
    Setiausaha Kerja GAPENA
    merangkap
    Penyelaras SDPK Ke - 29 Tahun 2015
    Telefon : 019 – 319 6560
    e-Mel    : aazizali18 (at) yahoo.com

 Nota: (at) gantikan dengan @


BORANG PENYERTAAN JUGA BOLEH DIPEROLEHI MELALUI BADAN KERABAT GAPENA SEPERTI BERIKUT:


NEGERI
BADAN KERABAT

1.

Perlis



2.


Kedah


3.


Pulau Pinang


4.


Perak


5.


Selangor


6.


Kuala Lumpur

            (DEKLAMATOR GAPENA)


7.


Negeri Sembilan


8.


Melaka


9.


Johor



10.


Pahang


11.


Terengganu


12.


Kelantan


13.


Sarawak


14.


Sabah


15.


WP Labuan

 





10 ulasan:

syaidatul amanina berkata...

yang ni untuk orang awam ke apa ?

Francis berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Francis berkata...

Sayembara ini terbuka kepada awam. Syarat-syarat penyertaan adalah kekal seperti pada tahun-tahun yang sebelumnya.

SYARAT PENYERTAAN: Terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 17 tahun ke atas. Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan bagi tahun 1987 hingga 2014, TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan ini.

Maklumat tambahan boleh dirujuk di
~SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BULAN KEMERDEKAAN~



Sila hubungi ~GAPENA~
untuk mendapatkan borang dan maklumat penyertaan secara dalam talian.

syaidatul amanina berkata...

Pertandingan di negeri sembilan bila ye

syaidatul amanina berkata...

Pertandingan di negeri sembilan bila ye

syaidatul amanina berkata...

Borang nya blh di dpt kan dimana untuk negeri sembilan

syaidatul amanina berkata...

Borang nya blh di dpt kan dimana untuk negeri sembilan

syaidatul amanina berkata...

Pertandingan di negeri sembilan bila ye

syaidatul amanina berkata...

Pertandingan di negeri sembilan bila ye

Francis berkata...

Sila hubungi Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) http://penulisn9.blogspot.com/

PERWILA

Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) ditubuhkan pada 18 Mei 1985. Persatuan ini dianggotai oleh budayawan, penulis, peminat sastera dan bahasa yang bermastautin di wilayah ini.

Yuran seumur hidup hanya RM50.00 dan pendaftaran RM2.00 sahaja. Keahlian masih terbuka, sila hubungi:

Ketua Satu,

Tuan Haji Othman Mahali

Kios HOM Enterprise, No 1,
Terminal Ferry Antarabangsa,
Wilayah Persekutuan Labuan (016-8321065)

Ketua Dua,

Saudara Sahar Misron

SMK Pantai W.P Labuan (012-9128609)



AJK PERWILA 2015/2017

AJK PERWILA 2015/2017